BAB 8 - Benda Terbang

Horror & Thriller Series 30750

Pernah tak kalau nak bercuti di mana-mana dan tempah hotel anda akan baca hotel review? Aku tak pernah buat hinggalah aku mengalami pengalaman tu sendiri.

Masa sampai Melaka, kawan aku ni dah tergerak suruh aku check in mana-mana hotel. Aku tak jangka Melaka masa raya orang ramai. Hati degil juga nak juga singgah Rumah pak cik aku, Pak Yob dulu. Ada 2-3 jam aku bersembang dengan mereka dan kami pun beransur pulang.

Dalam pukul 8 malam kami keliling Bandar Melaka nak check in. Ada full , ada yang tak reasonable harga dia mengalahkan hotel lima bintang di Kuala Lumpur. Dipendek cerita jam pun dah menunjukan 11 malam. Badan aku memang dah penat. Kawan aku ni pula mata dah kecil. Akhirnya aku buat keputusan untuk ke bandar hilir berdekatan Hotel Holiday Inn di sana.

Semua bilik penuh juga. Masa tu kawan aku ni tak kisah sangat fasal caj hotel . Aku je yang kisah, sebab aku kalau check-in lepas 9pm, baik kita ambil bilik murah-murah je tak berbaloi. Seriously aku lupa nama hotel ni. Tapi hotel dia 'busuk-busuk'. Aku tak pandang kiri kanan. Tanya Pak Cik tu kata bilik kami harga RM150 satu malam. Lepas tu tangan dia melilau cari kunci. Tapi ada amoi ni panggil aku kata ada satu bilik ni RM45 satu malam tapi kalau tambah jadi dua malam, dia nak caj RM80 je.

Ini tawaran yang bagus. Mungkin sebab promosi hari raya. Jadi aku beritahu kawan aku yang aku belanja penginapan di hotel malam ini. Tapi kawan aku ni diam je. Penat sangat mungkin. Jadi, malam tu aku tidur, bilik dia selesa ala-ala hotel Tune. Tak adalah 'busuk' sangat. Tapi kawan aku entah apa masalah dia, diam je. Malam tu dia memang tak tutup TV. Kalau masuk bilik air pun tak tutup bilik air. Tak faham apa masalah dia.

Malam tu tak ada perkara pelik, cuma aku kena himpit tu sajalah. Buka-buka mata TV tayang cerita hantu. Terus trauma nak tidur. Yang kawan aku ni pula tak pernah-pernah tidur selebung badan. Dah macam apa pula aku tengok malam-malam. Sampailah keesokan paginya, cousin aku ni bertubi-tubi paksa aku siap mandi awal. Cuti relaks lah, dia tengok aku macam siput, dia siap dulu. Still dia mandi tak tutup pintu.

Aku jadi sengal , sebab tak boleh nak pusing sebab dia cakap aku mengintai dia mandi. So aku pasanglah TV, aku rasa tak adalah kuat mana. Tapi agaknya floor tu senyap macam bergegarlah bunyi dia macam bilik kami je meriah. Entahlah aku rasa kuat kot.

Tiba-tiba bilik aku ni bergegar tiga penjuru, kecuali penjuru pintu . Kawan aku mandi ni pun siap tanya apa benda tu? Entah aku jawab, orang main kot sambil gelak. Tak semen-mena bila aku cakap kotor macam tu bilik tu bertambah gegar kuat. Aku diam jelah lepas tu. Ada juga timbul rasa tak sedap hati. Tak kan tiga penjuru pelanggan lain-lain bilik nak main ketuk-ketuk bilik. Tapi bilik tu bergegar kuat macam nak runtuh.

Kawan aku keluar terus sound aku, kau ada 5 minit je mandi. Kalau lambat dia nak tunggu bawah kereta. Jadi aku pantas siap aku rasa kurang 3 minit aku dah siap dengan rambut basah tu pergi pack. Masa nak pack tu mulut aku dah tercabul tanya kawan aku. Apa benda tuh? Dia cakap dah habis siap dah?

Aku angguk, lepas tu keluar bilik. Tanpa cakap apa -apa kawan aku tunjuk bilik kami. Terasing dari bilik lain dan sebelah bilik tu adalah stor memang tak ada bilik pun dekat bilik kitaorang kena langkah 10 langkah baru ada bilik. Aku terus je jawab kita check out.

Lepas check out baru aku perasan, kereta kami je park situ. Aku terfikir tak kan siang-siang pun kena kacau ke? Rupanya kawan aku ni jenis nampak, lepas tu malam tu dia memang nampak ada benda tu terbang-terbang. Tahu-tahu terbang atas kepala aku, masa tu dia kumat-kamit baca apa-apa yang patut. Patutlah aku rasa kena himpit dan memamg patutlah dia selubung badan dia. Taubat lepas tu tak mahu tangkap muat .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience