BAB 12

Romance Completed 10686

Hari demi hari rindu aku pada Nazim kian bercambah. Rindu nak bergaduh dengan Nazim, rindu nak menyakat Nazim. 2 minggu tak nampak Nazim depan mata, aku rasa kehilangan! Nazim, saya rindukan awak. Awak tak rindukan saya ke?

Aku melangkah ke balkoni rumah dan berdiri di situ buat seketika. Kat sinilah tempat aku tenangkan fikiran kalau aku dihimpit masalah. Telefon bimbit kesayangan aku pegang kemas. Tengah berkira-kira nak telefon Nazim atau hantar pesanan ringkas saja padanya. Aku nak pujuk dia! Dah tak tahan rasa rindu di hati. Dapat dengar suara dia sekejap pun jadilah!

Aku nekad mahu menelefonnya. Aku dekatkan Iphone ke telinga sebaik saja aku menekan butang hijau. Jantung pula tak usah cakaplah. Berdegup laju! Akhirnya panggilan aku berjawab. Aku tersenyum lega.

“Hello…”

Aku mengerut dahi. Suara perempuan! Siapa ya?

“Err, hello.. Boleh saya cakap dengan Nazim?” teragak-agak aku bertanya. Aku yakin itu bukan nenek. Aku kenal suara nenek!

“Nazim pergi toilet kejap. Siapa ni?”

“Err, kawan dia. Boleh saya tahu dengan siapa saya bercakap?”

“I’m Natasya, his girlfriend…” laju saja gadis itu menjawab.

Jantung aku bagaikan berhenti berdegup. Terasa begitu sukar untuk aku bernafas. Menggigil tangan aku mendengarkan jawapan gadis itu. Girlfriend?

“Oh, okey. Maaf sebab menganggu.. Assalamualaikum..” ucap aku kemudian cepat-cepat aku letak telefon.

Nazim dah ada girlfriend? Mudahnya dia serahkan hatinya pada orang lain! Mata aku berkaca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience