BAB 13

Romance Completed 10686

Meriah sungguh majlis resepsi yang berlangsung di Hotel J.W Marriot, Putrajaya hari ni. Macam tak percaya yang Anis, sepupu aku yang kepala otaknya gila-gila itu kini sudah pun bergelar isteri kepada Wan Mohd Taufiq. Kedua-dua mempelai tampak begitu sempurna. Sama cantik sama padan!

Sejak tadi aku duduk membatu di meja makan. Tak tahu nak buat apa. Saudara-mara yang lain sibuk bergambar atas pelamin dengan mempelai, aku pula asyik melayan perasaan. Mata aku melilau ke sekeliling, tercari-cari bayang seseorang. Namun hampa. Sepupu kahwin pun tak datang ke? Aku menyoal dalam hati. Rasanya dah sebulan lebih aku tak berhubung dengan Nazim. Kali terakhir aku call Nazim bulan lepaslah. Itu pun terkejut kes awek Nazim yang jawab call. Aku jadi frust. Nazim dah berpunya!

“Ehem! Boleh join?” tegur satu suara.

Lamunan aku hilang entah ke mana. Aku menoleh ke kiri. Mata aku membulat.

“Nazim!”

Lelaki itu tersenyum selamba. Kacaknya dia! Makin kacak pulak aku tengok! Mati-mati ingat model catwalk mana datang tegur aku tadi.

“Boleh duduk sebelah awak?” tanyanya lagi.

Aku tak tahu nak jawab apa. Boleh ke tak boleh? Aku melarikan mata ke arah daddy dan mama yang sedang berdiri berhampiran dengan pelamin. Mereka melemparkan senyuman pada kami berdua. Aku menunduk.

“Boleh duduk ke tak ni? Dah lenguh kaki kita berdiri kat sini!”

“Err, bo.. Boleh!!” Ish! Kenapa aku gagap pulak ni?

Nazim tergelak. “Are you okay? Macam tak sihat je! Kenapa duduk sini sorang-sorang?”

“I’m okay.. Saja nak menyendiri. Awak sorang je ke?” aku menyoalnya kembali. Dalam hati sebenarnya nak tahu mana Natasya. Kenapa datang sorang je?

“Sorang je la.. Kita lambat sampai sebab tadi pun ada wedding kawan kat Klang. Tu baru datang sini tu..” beritahu Nazim tanpa dipinta.

Aku tersenyum tawar. Nazim pula membisu. Masing-masing diam melayan perasaan. Mata aku menghala ke arah Anis dan suaminya yang sedang sibuk berposing di depan kamera. Sweet sangat! Hmmm, jealous pulak aku. Anis dah kahwin. Aku ni bila lagi? Umur makin meningkat. Tapi Mr. Right pun tak jumpa-jumpa lagi!

“Nazim, awak masih marahkan kita ke? Kita mintak maaf pasal apa yang dah jadi….” Akhirnya aku memulakan kata.

Nazim menggeleng perlahan. “Tak perlu mintak maaf. Kita dah tahu semuanya. Nenek dan atuk dah cerita. Kita yang patut mintak maaf sebab tak bagi awak peluang untuk jelaskan hal yang sebenar.” Ujar Nazim perlahan. Seperti biasa, anak matanya tak lepas dari merenung anak mata aku. Aku pulak mulalah resah!

“Awak tak salah. Awak tak tahu apa-apa…” balas aku tenang. Tenanglah sangat! Walhal setiap kali teringat akan hal ni, geram aku pada Razif makin menjadi-jadi. Nasib baik aku dah jumpa Razif, aku dah basuh dia cukup-cukup. Lega sangat! Razif tak lagi kacau aku dan dah mintak maaf pada aku sekeluarga. Dan aku nekad untuk tak ada apa-apa hubungan dengannya lagi. Benci bila mengenangkan perangai Razif. Buat aku macam kain buruk. Guna bila perlu, buang bila tak mahu. Menyampah!

Nazim senyum segaris. “Ada hikmah kenapa awak tak jadi kahwin dengan Razif. Agaknya Tuhan nak beri kita peluang untuk dekat dengan awak..”

Erkk!! Peluang untuk dekat dengan aku? Apakah maksud di sebalik kata-kata Nazim? Aku memandangnya pelik.

“Dekat dengan kita? Biar betul awak ni? Awak dah ada girlfriend, buat apa nak dekat dengan kita lagi?” suara aku sedikit keras. Sakit hati sangat! Janganlah Nazim ni jenis-jenis Razif jugak! Kesian Natasya!

Nazim membulatkan matanya. “Girlfriend?? Bila masa saya ada girlfriend?”

“Natasya! Natasya tu girlfriend awak, kan?” Aku mengetap bibir. Geram dengan riak wajah Nazim. Pura-pura tak tahu apa-apa konon! Menyampah!

“What makes you say that? Macam mana awak kenal Natasya?”

“Bulan lepas kita call awak. Ada perempuan jawab. Katanya dia girlfriend awak. Natasya nama dia. Dia tak beritahu awak ke saya call?” Jawab aku sambil merenungnya tajam.

Nazim terdiam sejenak. Dahinya berkerut. Seperti memikirkan sesuatu. Kemudian dia tertawa kecil. “Ohooo.. Natasya! Dia tak ada cakap apa-apa pun! Masa awak call tu saya ke toilet, saya suruh dia pegangkan telefon. Patutlah nampak muka dia lain macam je! Hmm.. Natasya dengan Razif tu boleh genglah kut?! Sama-sama nak jatuhkan kita berdua.”

Kali ni aku pulak yang mengerut dahi. Tak faham apa yang Nazim maksudkan. “Awak cakap apa ni Nazim?”

“Natasya tu ex-girlfriend kita. Dia datang balik sebab nak ajak couple semula. Hari tu kita keluar dengan dia. Itu pun keluar untuk kali terakhir.”

“Kali terakhir?”

“Yup! Kali terakhir sebab kita nak settlekan semuanya dengan dia. Kita nak dia tahu yang kita dah tak nakkan dia. Hati kita milik orang lain!” ujarnya bersungguh-sungguh.

Aku terdiam. Milik siapa pulak hati dia ni? Ramainya awek yang usha dia! Tahulah handsome! Ramai peminat rupanya dia ni! Jealousnya aku! Betullah kata mama, jangan benci sangat nanti bila benci dah bertukar cinta baru tahu akibatnya! Dan sekarang aku harus setuju dengan mama. Aku cintakan Nazim. Parah juga bila terkena macam ni!

“Ramainya awek awak, kan? Dengan siapa pulak awak couple kali ni?” Aku menongkat dagu, merenung wajah kacak itu lama-lama. Nak ubatkan rindu di hati.

Nazim tersengih. Comel sangat!

“Kita pun baru je nak usha sorang awek ni. Tapi tak tahulah dia nak jadi awek kita ke tak?!”

Aku menjuih bibir. “Siapa?”

“Kalau kita cakap nama dia awak jangan terkejut!”

“Takkan punya! Siapa?”

“Nama dia Ariana.. Cucu kepada Hajah Zakiah dan Haji Mustaqim.”

Erkk!! Itu akulah tu! Siapa lagi? Ha ha ha ha!

“Oooo.. Awak nak usha kita yee…!!” Aku cubit pinggang Nazim.

Nazim tergelak. Kemudian dia mengangguk. “Dah lama kita usha dia! Dari kecik lagi!!”

“Wekk!!” Aku jelir Nazim.

Kami tergelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience