BAB 2

Romance Completed 10686

Diam tak diam dah 2 tahun Razif menghilang tanpa khabar berita. Aku dah tak kisah pasal Razif. Hati aku pun baru saja nak sembuh lukanya. Jadi ada baiknya aku lupakan saja durjana keparat tu. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku tembak dia guna senapang gajah!

“Ariana, kau apa cerita sekarang?” tanya Erin perlahan.

Suasana di Tutti Frutti begitu mendamaikan. Kelazatan frozen yogurt perisa Red Velvet bersama topping marshmallow dan gummy bears membuatkan aku leka sebentar. Langsung terlupa akan masalah yang membelenggu fikiran aku sebelum ni.

“Aku macam nilah.. Solo.. No more boyfriends, no more tears..!” kata aku selamba.

“Tak payahlah fikir pasal jantan keparat tu. Ikan banyak lagi di lautan!” balas Erin lagi.

Aku tersenyum senget. Ikan memanglah banyak, tapi nak yang terbaik tu susah! Aku mengeluh kecil.

“Entahlah, Erin. Aku malas nak fikir pasal ikan ke, kumbang ke! Yang pasti aku cuma nak rehatkan diri aku dari dunia cinta aje. Aku yakin, kat luar sana tu dah ada seseorang yang telah ditakdirkan untuk jadi Mr. Right aku nanti.. Insya-Allah..!” ujar aku sambil tersenyum ke arah Erin.

Erin mengangguk perlahan. “Yup! You are right. Akan ada someone better untuk kau. Doalah banyak-banyak!”

Aku sengih. “Amin!”

“Amin!” sahut Erin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience