BAB 6

Romance Completed 10686

Meriah sungguh malam ni. Makan malam kami dijamu dengan pelbagai jenis masakan. Mak long, mak ngah, pak uteh semuanya datang dengan anak-anak mereka. Nenek buat reunion! Seronoklah jugak aku dapat jumpa sepupu-sepupu tercinta! Tapi, ada pulak si cicak kubing ni mengacau. Apalah nasib aku! Punyalah aku nak elak tak mahu bertemu mata dengan si cicak kubing ni, alih-alih nenek suruh aku duduk makan sebelah dia pulak! Bencinya!

“Ariana, nak tambah nasi lagi tak?!” tanya nenek.

Aku menggeleng laju. Kalau tengok pada lauk memang rugilah kalau aku tak tambah nasik! Pari bakar cicah air asam, sayur masak lemak, ikan bawal masak sweet and sour. Terbaik semuanya! Tapi, selera aku mati gara-gara ada si cicak kubing ni.

“Mana dia nak tambah nasi, nek! Tengoklah badan dia! Dah macam belon!” Nazim menyindir selamba.

Erkk!! Nyaris nak tercekik nasik aku mendengarkan sindiran si cicak sebelah aku ni. Laju saja tangan kiri aku cubit peha dia.

“Mulut tu biar cantik sikit eh, cicak!! Kita bukan macam awak, badan keding tapi selera macam gajah! Ada saka ke apa?” Aku tak mahu kalah.

Yang lain semua tergelak bila aku cakap macam tu. Padan muka! Puas hati dapat kenakan Nazim depan semua orang. Sekali-sekala aku buat macam tu salahnya!

“Haa, nak sangat ke saka tu datang? Sebutlah lagi! Kejap lagi dia datang, awak jangan jerit mintak kita tolong eh!!” Nazim bingkas bangun. Dah selesai makan nampaknya! Aku tersengih penuh makna.

“Eh cicak! Tunggu kejap!!”

Nazim menoleh. “Nak apa budak manja? Orang ada nama laa.. Bukan cicak!!”

Aku mengerutkan dahi. “Tolong bawakkan pinggan kita boleh? Kaki kita cramp laa! Lama sangat duduk bersimpuh ni!” aku buat muka kesian.

“Kaki cramp ke badan tu berat sangat nak bangun?!” Nazim sudah tersenyum mengejek.

Aku mencebik. Takpe, Ariana. Sabar, bila lagi kau nak buli dia? Aku cuba ukirkan senyuman walaupun telinga sudah berdesing mendengar sindiran bertubi-tubi dari Nazim sejak tadi.

“Alaaa,.. Tolong la cicak! Sekali ni je. Pleaseee….!!” Aku buat suara manja pulak.

Nazim mendengus geram. “Eee, memang sah budak manja!” Nazim akhirnya ambil juga pinggan di tangan aku kemudian masuk ke dapur.

Aku tersengih. Yes!! Tak payah cuci pinggan hari ni! Biar si cicak tu aje yang buat!

“Hai budak berdua ni. Atuk nikahkan juga karang!!” kata atuk yang masih lagi tak berganjak dari duduknya. Atuk dah 3 pinggan makan nasik! Tak kenyang-kenyang lagi atuk aku ni!

“Ish! Tak naklah tuk!! Ariana tak nak kahwin dengan cicak kubing! Nanti dapat anak cicak tokek!!”

Terburai tawa abang-abang aku yang sedang berasap di beranda rumah. Berasap atau dalam perkataan Inggerisnya smoking!

Atuk mengekek-ngekek ketawa. “Ariana jangan cakap tak nak. Nanti yang tak nak itulah yang Ariana dapat!”

Erkk!! Aku rasa macam nak pengsan! Oh tidak! Aku dengan Nazim? Terbalik dunia ni nanti!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience