BAB 9

Romance Completed 10686

Dah 4 hari aku sekeluarga bercuti di Pahang. Daddy kata lagi 2 hari dah nak balik ke KL semula jadinya daddy suruh aku enjoy puas-puas sementara kami masih kat sini. Dan hari ni lagi sekali aku keluar dengan Nazim. Berdua! Kali ni atuk yang suruh. Atuk suruh aku carikan dia DVD Hantu Kak Limah Balik Rumah. Bila aku kata aku boleh keluar sorang atuk jatuhkan hukum yang Nazim harus temankan aku! Tapi kenapa Nazim? Kenapa tak suruh along atau angah je temankan? Aku pulak malaslah nak banyak tanya. Ikutkan saja arahan atuk tersayang!

“Atuk mesti tak sabar nak tengok cerita ni..!” Aku sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk bila terkenangkan atuk yang tiba-tiba saja teringin nak layan DVD Hantu Kak Limah. Rasanya atuk susah nak layan filem Melayu. Atuk selalunya layan filem aksi macam Bruce Lee! Dah berubah angin kut atuk aku ni?

Nazim tersengih. Kemudian dia mengangguk.

“Malam ni kita bolehlah tengok atuk ketawa sampai pecah perut!” ujar Nazim.

Ha’ah! Tak sabar nak tengok atuk ketawa sampai terguling-guling depan TV. Mesti kelakar! He he he he! Aku tengok jam. Dah pukul 5.30? Cepatnya masa berjalan. Alahai, banyak pulak kereta hari ni. Kereta Nazim pulak parking kat seberang jalan. Nak parking kat Megamall ni pulak tempat dah penuh. Aku tengok kiri, lepas tu tengok kanan. Nazim pun sama. Baru je aku nak melangkah, tiba-tiba aku terasa tangan aku dipegang seseorang. Mata aku terbeliak saat ini. Terkejutnya aku hanya Allah yang tahu! Rupa-rupanya yang memegang tangan aku itu ialah Nazim!

“Err, Nazim!!” Itu saja yang mampu aku cakap.

“Sorry, kereta banyak ni! Takkan saya nak biar awak lintas sorang! Dah jom!” Nazim tetap mahu memimpin aku melintas jalan raya.

Aku bagaikan sudah terkena pukau. Hanya menurut saja ke mana Nazim tarik aku. Dah tak tahu ke mana aku melangkah. Kalau orang tengok kami sekarang, mesti orang ingat kami ni husband and wife! As if! Sampai ke kereta, Nazim masih tak lepaskan tangan aku.

“Nazim.. Tangan kita..” perlahan suara aku saat ini. Aku menunduk, tak berani nak pandang Nazim.

“Eh! Sorry..!!” Cepat-cepat Nazim lepaskan tangan. Dari riak wajahnya aku tahu dia dah rasa bersalah sebab buat macam tu.

Sepanjang perjalanan balik ke rumah, aku jadi orang bisu. Diam tak cakap apa-apa. Masih terkejut dengan kejadian tadi! Serius! Macam tak percaya Nazim buat macam tu. Jujur aku cakap ini kali kedua Nazim buat aku rasa terharu. Masa aku couple dengan Razif dulu pun, jantan keparat tu tak pernah buat sesuatu yang sangat mengharukan. Tapi Nazim.. He is very sweet!

“Ariana, I am very sorry.. Tadi tu kita betul-betul tak sengaja! You know, macam tindakan refleks. Tiba-tiba je tangan ni tarik tangan awak.” Lagi sekali Nazim memohon maaf.

Aku senyum. “It’s okay, Nazim.. Tak perlu risau. Kita tak marah, cuma terkejut je sikit..”

Nazim tertawa perlahan. “Jangan cakap kat mama dengan daddy awak, especially atuk. Nanti dia orang ingat kita nak menggatal dengan awak!” ujarnya dengan tawa yang masih bersisa.

Aku turut tertawa. Boleh pulak macam tu!

“Kalau mama dengan daddy tak mungkin kut fikir macam tu. Tapi kalau atuk.. Yes! Kita yakin atuk akan cakap macam tu! Habis la awak!! Reputasi cucu manja kesayangan akan hancur lepas dia orang tahu si cicak kubing menggatal dengan Ariana budak manja ni!”

Kami tergelak sakan dalam kereta tu. Sengaja aku bagi Nazim cuak. Walhal bukan jenis aku memburuk-burukkan orang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience