BAB 1

Romance Completed 10686

Hari ni merupakan hari yang sangat bersejarah buat aku dan bakal suami aku, Razif. Dalam masa setengah jam saja lagi pihak pengantin lelaki akan tiba. Berdebar-debar bila memikirkan yang aku akan menjadi isteri kepada lelaki yang aku cintai. Semoga perkahwinan ini dipenuhi bunga-bunga bahagia dan akan terus mekar hingga ke syurga.

Aku sudah pun siap disolek dan didandan oleh Erin, sepupu aku sendiri. Dia memang berbakat dalam bab solekan dan mengandam pengantin. Sebab itulah dia dah berjaya bukak bisnes sendiri. Ada butik sendiri dan Erin merupakan mak andam yang boleh dikatakan agak popular di sekitar Kuala Lumpur ni.

Saudara-mara sudah mula membanjiri kediaman kami. Aku jadi semakin tak tentu arah. Sudah hampir 20 minit berlalu namun bayang pihak pengantin lelaki masih tak kunjung tiba. Aku tengok jam di dinding. Razif, pukul berapa baru nak sampai ni? Jauh sangat ke Damansara dengan Ampang? Jalan sesak kut? Aku cuba menyedapkan hati.

“Erin, mana Razif ni? Aku tak sedap hati dah ni..” luah aku sebaik saja aku cuba menelefon Razif. Tapi tiada jawapan dari Razif.

“Relaks..! Kejap lagi dia sampailah tu.. Kau ni kut ya pun sabarlaa.. Tahulah dah nak jadi isteri orang!”

Pengapit-pengapit aku yang turut sama ada dalam bilik itu ketawa serentak. Pengapit-pengapit yang aku sendiri pilih. Sepupu-sepupu aku jugak! Senang kalau ambil sepupu sendiri jadi pengapit.

Tiba-tiba aku terdengar suara orang beri salam dari luar rumah. Aku tersenyum lega. Alhamdulillah, Razif dah sampai. Jantung aku semakin berdegup kencang, tangan pula sejuk macam ais. Relaks, Ariana.. Tarik nafas… Selawat banyak-banyak,.. ingat Allah!

Erin membetul-betulkan veil dan crown di kepala aku. “Cantik sangat kau, Ariana. Macam bidadari!”

Aku tersengih. “Tengoklah sepupu-sepupu aku pulak. Dan tengoklah siapa yang dandan aku! Thanks, Erin!! Untung ada sepupu yang jadi mak andam!”

Erin tersengih. Beberapa saat kemudian mama, daddy dan bakal mertua aku masuk ke bilik. Mama menyuruh semua yang ada di dalam bilik itu keluar sekejap. Mama kata ada benda nak cakap dengan aku. Aku jadi pelik. Kenapa ni? Muka mama pun nampak kelat je!

“Mama, kenapa? Auntie.. Ada apa?” aku pandang mama dan ibu Razif bersilih ganti.

Ibu Razif tiba-tiba saja menangis teresak-esak. Aku jadi semakin panik. “Auntie, kenapa ni? Mana Razif?!” Aku genggam tangan wanita itu.

“Ariana, maafkan auntie.. Tapi Razif tiba-tiba buat hal.. Pagi tadi auntie masuk bilik Razif. Tengok-tengok Razif dah tak ada.. Yang ada cuma ini…” Puan Ainul menunjuk sekeping kertas yang dipegangnya sejak tadi kepada aku.

Aku menelan air liur. Apa benda ni? Menggigil-gigil tangan aku membuka lipatan kertas itu.

‘Ma, abah.. Maafkan Razif. Razif tak boleh kahwin dengan Ariana. Razif baru sedar yang Razif masih belum bersedia untuk semua ni. Please forgive me.. Buat sementara ni Razif perlu jauhkan diri dari semua orang, terutamanya Ariana. Beritahu Ariana yang Razif pohon seribu kemaafan darinya. Sekian, wassalam..’

Setitik demi setitik air mata berguguran ke pipi. Aku gumpal kertas itu dengan perasaan geram. Aku bayangkan kertas itu adalah Razif. Setan kau, Razif!!!!!! Kau jantan tak guna!! Aku benci kau!!!

“Sampai hati kau, Razif!!!! Sampai hati kau!!!!” Aku sudah seperti terkena histeria. Menjerit, meraung tak sedarkan diri. Mama dan Puan Ainul memeluk aku erat, cuba menenangkan aku. Badan aku lemah hingga tak mampu untuk berdiri lagi. Pandangan pula semakin kelam… Dan selepas itu dah tak ingat apa yang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience