BAB 5

Romance Completed 7138

Sem 5..

Anugerah dekan kali ni aku tak nak masuk campur nak jadi AJK bagai. Penyakit yang biasa mula menular dalam diri. M.A.L.A.S.

Dengan secara sukarela aku meletakkan jawatan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar. Lantaklah apa orang nak kata. Ini semua sebab Akram. Eceh. Suka hati je nak salahkan orang lain.

“Uit, cuba tengok nama siapa dekat sebelah kau.” Bisik Maria perlahan.

Aku curi pandang kerusi di bahagian kanan.

‘Akram’

Air liur terasa berkasat.

Apahal dohhh Akram duk sebelah aku???

“He got 4flat for last sem, dan dia dapat anugerah emas. Bukan calang-calang senior dia ni.” Ujar Maria. Nasib baiklah si Akram belum sampai. Kalau tidak mahu bangga dia dengar statement tu. Huh.

Aku ingat aku boleh aman lepas senior keluar dari kolej ni. Alih-alih kena pandang muka diorang lagi dalam majlis dekan ni. Dengan Akram pulak tu. Duh.. Seram sejuk aku dibuatnya.

“Hai.” Ada orang menyapa.

Spontan aku mengangkat muka.

Erk.

“akram..”

“Inn? Long time no see. How are you?” tanya Akram. Ramah.

Aku sengih kelat. “Alhamdulillah..”

Maria dengan Dee dah terdiam. Ada lagi seorang yang baru sahaja sampai. Hafez.

Hafez tersenyum. Maka secara automatik aku akan membalas senyumannya.

“Hafez, glad to see you.” Tegur Akram ramah. Again.

Hafez senyum nipis. “Glad to see you too, abang Akram.” Balasnya.

Tett.. Mesej whatsapp masuk.

Segera aku membuka inbox.

Maria: Woo.. Dua orang serentak di meja yang sama. So apa perasaan kau?

Dee: Wakaka. Terbaik wokk.

Me : Please Maria, tukar seat dengan aku. Aku nak duk sebelah Hafez *gedik

Maria pecah gelak. Aku dengan Dee berlagak selamba. Cepat-cepat Maria cover diam.

“So, dengar cerita Inn letak jawatan MPP. Betulke?” tanya Akram.

“Erk.. Yeah.” Aku mengangguk kecil.

“But why? You’re a good leader anyway.” Ada riak kecewa terpamer pada wajah Akram.

Aku tersengih. “Sebab saya tak nak.” Perlahan aku curi pandang wajah Hafez yang khusyuk melihat pada skrin telefonnya.

Majlis makan malam mula berlangsung. Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah kepada pelajar yang berjaya mendapat Anugerah Emas. Salah seorang pelajar tersebut adalah Akram. Dia mula beredar dari meja makan dan menuju ke belakang pentas.

Nafas lega dihela. Bolehlah aku rilek sebentar. Si Akram ni tak reti nak berhenti bercakap ke apa? Huh.

“Weh, aku nak ke toilet jap. Dee, jom temankan aku.” Maria menarik lengan Dee.

“Eh.. Nak ikut!” kemas aku memegang tangan Dee lagi satu.

Maria mengenyitkan sebelah mata ke arahku. Dan aku.. Blur seketika. Mereka berdua sengaja meninggalkan aku berdua-duaan di meja makan bersama Hafez.

Hening.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience