BAB 4

Romance Completed 7138

Alhamdulillah.. Akhirnya cuti sem. Hip hip hurrey!

“Yay! Paper dah habis!” aku, Maria dan Dee berpegangan tangan sebaik sahaja keluar dewan. Gila kentang semangat jawab paper terakhir. Haha.

Sekilas aku terpandang wajah Hafez. Huu. Pandang je, dia bukannya kenal aku. Aku dah kerap sangat nampak dia sejak akhir-akhir ni. Tapi takdelah nak pergi tegur direct macam malam majlis hari tu. Huh, buatnya dia tak kenal aku ?? Buat malu sahaja.

Dia datang dekat.

“Inn?” dia bersuara.

Aku terkejut. Dia tahu aku? Dia kenal aku?? Aku terkebil-kebil mata.

“Haa..ya.” aku cuba kawal gugup. Dia tersenyum. Senyuman maut. Bikin hati tak terkawal. Jantung berdegup pantas tiba-tiba.

“How’s paper?” tanya dia.

“So far.. Alhamdulillah.” Ujarku. Ikhlas. Ya.. Alhamdulillah dapat jawab.

“Oh.. Kenapa sombong?” tanya dia. Tiba-tiba.

“Ha..??”

Dia tersengih. “Takde apa. Happy cuti sem. Assalamualaikum.” Ujarnya. Lantas cepat melangkah meninggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga.

Perlahan.. Tangan kananku dibawa ke bawah bibir. Sengih.

***

Akram kerap menelefon aku sejak akhir-akhir ni. Gila ke apa? Yeck.

“Haa nak apa. Dah pukul 1 pagi ni awak. Tak reti nak tido ke?” ujarku malas sebaik sahaja menjawab panggilan Akram. Senior aku.

“Lorh.. Dah tidur ke Inn?”

“Takdela. Tengah main saidina dengan adik.” Sindirku.

Akram pecah gelak. Huh..?

“awak nak apa ni. Please.. Get a sleep. I am very sleepy.”

“Okay. As you wish. Good night. Have a sweet dream. Assalamualaikum.”

Aku jawab salam dalam hati. Lantas talian dimatikan. Malas nak layan. Geli aku dengan Akram ni. Entah sejak bila dia boleh jatuh hati dengan aku. Masa majlis hari tu bukan main jeling lagi. Ni nak buat baik. Pleaselah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience