BAB 3

Romance Completed 7138

Sesi terakhir, sesi bergambar. Aku dan rakan kelas berpusu-pusu mengambil gambar bersama pensyarah. Gaya macam tak dapat jumpa untuk semester depan. Haha. Padahal aku ada lagi dua sem di sini.

Dalam duk sibuk bergambar, aku terpandang Hafez yang sedang berborak dengan dua orang rakannya yang lain. Yang aku pelik, dua orang rakannya tu aku kenal. Tapi Hafez? Tak pernah pulak aku nampak dia sebelum ni? Aik..??

Perlahan aku mendekati dia. “Erk.. Hai?”

Dia tersenyum.”Hai.”

“Jom ambil gambar??” tanya aku. Adus. Sejak bila kau jadi macam ni Inn???

“Ha..?”

Aku menayangkan gigi. Sengih. Malu. Semua bercampur.

“Ambil gambar.. Buat kenangan?”

“Oh.. Sure.”

Dia setuju? Walaweh. Dah setuju tu.. Kita on sajalah. Aku suruh Maria tangkap gambar aku dengan Hafez. Selesai sahaja, aku ucap terima kasih kepada Hafez.

“Tahniah..” ucapku.

“Awak pun. Tahniah jugak.” Balasnya.

“Hope dapat jumpa lagi anugerah semester depan.”ujarku teruja. Iyelah. Teruja nak duduk satu meja dengan dia. Wahaha!

“InshaAllah..”

Dan kami, berpisah sebaik sahaja keluar dari dewan majlis.

***

“So, apa cerita kau dengan Hafez??” tanya Dee sengaja buka topik cerita anugerah dekan minggu yang baru sahaja melabuhkan tirai minggu lepas.

Aku duduk menongkatkan dagu dengan tangan. “Tak ada cerita. Aku tak pernah nampak dia. Kau pernah nampak?” tanya aku pula.

Dee menggeleng kepala. See? Dia ni wujud ke tidak sebenarnya?? Maria menarik-narik lengan aku.

“apa?” soalku malas.

“Tu, tengoklah sana. Dekat café.” Ujar Maria. Aku malas-malas memandang ke arah bahagian café.

Hafez.

“Erk.. Dia.” Aku bersuara perlahan.

“Dia datang sini.” Bisik Dee.

Aku berlagak selamba. Konon tak nampak. And you know what? He sits behind me. Walaupun lalu sebelah, langsung dia tak pandang aku. Dukacita aku dibuatnya.

Masing-masing buat tak kenal. Atau dia memang tak dapat cam aku? Yela.. Masa majlis hari tu, aku pakai selendang. Dekat kampus aku pakai tudung bawal bidang 60. Hmm. Takpela. Kalau tak cam, nak buat macam mana,kan? Minat dari jauh ajela yang mampu. Heh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience