BAB 1

Romance Completed 7138

Letih. Menyesal gila aku join benda alah ni.

Tak pernah aku terbayang nak jadi AJK Majlis Anugerah Dekan. Sambut pelajar-pelajar yang berjaya dapat dekan untuk keputusan peperiksaan semester lepas. Dan alhamdulillah nama aku pun tersenarai. Kiranya, aku sambut diri sendiri..? Errr..

Actually, aku saja nak cuba jadi AJK. Tak tahulah pulak akan jadi sesibuk ini. Sekali dalam seminggu mesti kena attend meeting. Kalau tak, mahu mampuih hang kena sembur dengan ketua AJK. Itu belum pengarah program yang sembur hang. Okay, belum sampai presiden MPP yang sembur hang. Haha.

Aku geleng kepala perlahan. Nak mengeluh, takde guna. Majlis lagi tiga minggu. Follow the flow sahaja Inn.

“Inn, malam karang temankan aku pergi dobi.” Dee merayu. Tahu sangat dia takut nak keluar malam-malam macam ni.

“Malam ni aku ada meeting. Kau tahu ajela senior Akram tu. Asyik nak aim aku aje. Penat doh.” Rungutku. Terkadang seram membayang wajah Akram tenung aku macam nak telan.

“Alohh. Lupa pulak kau ada meeting malam ni.” Dee menepuk dahi sendiri.

“Takpela.. aku ajak Maria temankan.” Sambung Dee lantas tersenyum. Faham benar akan kesibukan sahabat baiknya itu.

Aku tersengih. “Thanks Dee.”

**

Selaku AJK Program, aku ditugaskan untuk menjaga masa dan mengetahui semua tugas setiap biro. Memang perghhh sangat. Sudahlah aku tak dibenarkan duduk di meja sendiri. Meja yang ada nama aku sebagai penerima anugerah dekan.

Daripada aku duk rilek-rilek sepanjang ucapan Prof, aku duk berjalan-jalan melihat meja yang ada nama aku. ‘Inn Maisara bt Ahmad.’ Aku tersenyum sendiri. Kawan-kawan sekelas memanggil-manggil aku.

“Inn, marilah sini.” Dee melambai-lambai tangan. Aku perlahan menuju ke arahnya. Mampuih kena sembur dengan Akram kalau dia nampak aku duk rilek. Haih. Pedulikan dia!

“Kau dah makan belum?” tanya Dee sambil menyuakan nasi ke dalam mulutnya.

“Dah. Aku dah makan pukul 6 petang tadi. Malam ni aku tak boleh makan. Jaga event.” Mata dijulingkan ke atas. Dee dan Maria hanya ketawa.

Mereka berdua sahabat baik aku sejak di semester 1. Alhamdulillah.. Kami bertiga masih diberikan rezeki berjaya memperoleh pointer CGPA 4.00.Aku pun tak sangka. Heh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience