BAB 8

Romance Completed 7138

“Anak makcik tak dapat datang. Dia masih di luar negara.” Ujar Puan Aisya dengan wajah sedikit kesal.

“Oh yeke..” aku mengangguk-angguk kecil.

“Katanya ada hal yang perlu dibereskan.”

Hal apa? Dia kerja ke? Haih.. Nak je aku tanya macam tu.

“Dia tanya, boleh tak tarikh nikah pilih bulan dalam bulan 12?” tanya Puan Aisya.

Aku sedikit terkejut. Bulan 12? Sekarang bulan 10. Lagi dua bulan? Amboi, cepatnya??

“Kenapa cepat sangat ya?” tanya umi, menyampuk.

“Entah abang ni.. Kejap ada orang call. Maaf ya semua.” Irdina meminta diri untuk menjawab panggilan.

“Kak, abang nak cakap.” Irdina menghulurkan telefonnya kepadaku.

Erk.. “Kak nak cakap apa??” aku dah kalut.

Irdina menjongket bahu.

“Hello.. Assalamualaikum. Inn?” lelaki di hujung talian bersuara.

“Waalaikumussalam. Ya saya.”

“Sebelum tu, maafkan saya sebab tak dapat pulang ke Malaysia untuk majlis pertunangan kita hari ni.”

“Er.. It’s okay.”

“Bulan 12 nanti saya akan pulang ke Malaysia. Saya harap kita boleh terikat atas dasar Islam pada bulan tersebut. Sebab saya cuti sebulan sahaja. Bulan 1 saya ada final practical dekat Australia. Kena balik sana semula. So.. Awak macam mana?” tanya dia.

Hah??

“Awak study kat mana? Pardon?” tanya aku untuk mendapat kepastian. Is that him?

“Australia. Why? Is there anything wrong?” dia pelik.

Jantungku berdegup pantas. Keringat peluh di dahi mula keluar. Adus. Cuak pulak.

“Nama awak apa?” aku beranikan diri untuk bertanya. Kalau bukan dia, maka bukanlah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience