BAB 6

Romance Completed 7138

Tiba-tiba ada suara berdehem. Hafez melirik mata ke arahku. Aku mengangkat kedua-dua kening, ‘apa?’

“So, awak rapat dengan Akram?” tanya Hafez, tiba-tiba.

Dan tiba-tiba jugak tangan aku berpeluh. Haih.. Nervous teruk betul.

“Tak sangat.”

“Really?”

Keningku mula bertaut. What is wrong with you Hafez?

“Rapat sebab kami satu group yang sama masa MPP dulu.” Ujarku.

“Awak sihat?” tanya Hafez lembut.

“Erk.. Kenapa? Nampak saya sakit ke?” balasku cuba melawak. Padahal tengah cuak tahap ke berapa aku pun tak berapa nak pasti.

Hafez gelak perlahan.

Mak ai.. First time nampak dia ketawa. Okay.. Rasanya hati mula jadi cair. Menitik tik tik..

“Sombong as usual.” Ujarnya sendiri.

“What..? Awak kata saya sombong eh tadi??” tanyaku kembali menginginkan kepastian. Daripada semester 3 lagi dia asyik kata aku sombong. Padahal dia tu yang sombong.

“Nope.”

“Yee.. Awak kata saya sombong tadi. Suka hati jee kata saya sombong. Okay fine.” Aku meneguk fresh orange yang tersedia di atas meja. Rasa panas pulak dalaman ni.

“Seronok berborak?” Akram menyampuk. Ini lagi sorang, bertambah spoil mood aku!

***

5 tahun berlalu..

Kini aku genap 24 tahun. Hari ini merupakan hari konvokesyen. Alhamdulillah. Masih diberikan peluang untuk berkonvo. Seronok tengok Maria yang berkonvo bersama suami.

Oh,ya! Aku dengan Maria menuntut di UKM. Manakala Dee selamat terbang ke United Kingdom.

Jodoh Maria sampai awal. Seronok betul dia. Sudah rezeki ditetapkan oleh Allah. Sekarang Maria sedang mengandung 5 bulan. Syukur. Seronok aku tengok dia bahagia.

Aku?? Boyfriend memang sahlah tak ada. Mahu kena pancung dengan Abi?? Haha.

Hafez? Dengar cerita dia menuntut di Australia. Tak pasti kos apa. Sebab kami memang tak bertegur sapa.

Sekadar senyum apabila berselisih. Wahaha. Konon malu. Huh. Padahal dalam hati dengan penuh harapan nak kahwin dengan dia. Okay, please sedar diri wahai Inn Maisara.

Masih segar dalam ingatan.. Dia asyik duk kata aku ni sombong. Padahal dia sombong tahap ke langit. Sikit pun tak cakap dia fly ke Australia. Ini pun aku tahu sebab si Dee yang bagi tahu. Diorang pergi exam IELTS sama-sama.

“Tahniah Maria!”

“Tahniah kau jugak!!” Maria menjerit teruja.

Aku tersengih.

“Eh, aku pergi sana jap. Encik Zauj dah panggil. Hiks.” Segera Maria menuju ke arah suaminya. Untunglaa ada suami.. Manakala aku pergi memeluk cium tangan umi dan abi.

“Thanks Abi sebab sudi datang konvo adik.” Ucapku.

“No problem. Tapi Abi minta maaf sebab lambat. Ada urusan dekat rumah.” Ujar Abi dengan wajah sedikit kesal sebab tak dapat menemani anak bongsunya itu sepanjang majlis konvo di dalam dewan.

“It’s okay. Adik tak kisah pun.”

“Abi dapat panggilan.” Abi senyum penuh makna.

“o..key..?” still tak dapat tangkap senyuman makna abi tu.

“Ada orang nak kahwin dengan adik!” Umi jerit sakan.

Terus membulat mataku. Tak tahulah macam mana nak bagi respon. Gembira? Sedih? Tak bersyukur? Jodoh dah sampai? Erk. Aku mengetap bibir. Lidah terkelu.

“Siapa..?” perlahan aku menyoal.

“Someone that I know.” Ujar Abi saja nak berteka-teki.

“Oh..” kepala diangguk perlahan.

“So.. Apa jawapan adik?” tanya Umi.

“Umi, sorry.. Adik ingat nak kerja dulu.” Serba salah aku memberi jawapan.

Belakang badanku diusap perlahan. “Ye.. Umi faham. Tapi, kalau jodoh tu dari Allah. Adik memang tak boleh menentang. Adik buat istikharah,okay?” pujuk umi dengan penuh harapan.

Aku hanya diam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience