BAB 7

Romance Completed 7138

Tiga hari sudah berlalu..

Mata tak boleh nak lelap. Badan asyik duk tergolek sana, tergolek sini. Masih tak dapat tidur. Ada orang nak kahwin dengan aku. Siapa?? Anak kawan abi ke? Kenapa abi tak nak bagi tahu aku, siapa?? Eii. Tak sukalah macam ni.

Laptop dibuka. Tetikus di bahagian kanan digerakkan mencari fail gambar lama. Aku double-click pada gambar yang aku rasa sayang nak buang.

Aku dan Hafez. Gambar zaman aku berusia 19 tahun. Huh. Sangatlah tak matang.

Solat sunat istikharah sudahpun dibuat secara berturut-turut tiga malam. Jawapan yang kuat adalah..

“Ikut aje cakap parents kau. Dia lebih makan asam garam dulu daripada kau.” Ujar Maria bersungguh-sungguh.

“Waa! Terima ajela.” Jawapan Dee di bumi UK sana.

Aku?

Spontan aku menekan butang delete pada gambar tadi. Kenangan lama usah dikenang. Mungkin Hafez bukan jodoh kau. Perlahan, air mataku mula menitik.

***

Hari ni merupakan majlis pertunangan antara aku dengan anak kawan abi. Abi masih lagi nak berahsia. Dah nak rahsia sangat, aku pun janji dengan abi supaya tak bagi tahu nama lelaki yang bakal ditunangkan itu.

Syarat kedua aku ialah, aku tak nak berpakaian melaram semata-mata majlis pertunangan. Cukuplah jubah putih yang merupakan jubah kesayangan aku. Last pakai masa dekan sem 3. Huu. Nak nangis. Rindu Hafez.

“Umi, keluarga mereka dah sampai ke?” tanya aku dengan penuh rasa debar di hati. Serius rasa nak hantuk kepala kat dinding. Biar pengsan terus.

“Dah. Adik banyakkan baca ayat kursi. Istighfar. InshaAllah, mereka keluarga yang baik-baik.” Pujuk umi lembut.

Hati aku menjadi tenang. Wajah umi seakan bahagia. Tak mengapalah.. Redhakan sahaja semua ini Inn. Mungkin kau akan dapat bahagia tu lepas kau kahwin. Berkat keluarga tu penting. Lagipun semua ni merupakan ibadat. Nikah tu ibadat.

Tapi sekarang kau nak bertunang. Haha! Cepat nau pikir pasal nikah. Waaa..

“Assalamualaikum..” pintu bilik dikuak perlahan.

Dua orang wanita berniqab masuk ke dalam bilikku. Adakah ini ibu kepada bakal tunangan aku? Waa.. Waa..

Perlahan wanita tersebut membuka niqabnya. Begitu juga dengan wanita di sebelahnya.

“Inn Maisara?” tanya salah seorang wanita yang baru sahaja membuka niqabnya itu.

Aku sekadar mengangguk.

“Makcik Puan Aisya. Ni anak bongsu makcik, Irdina.” Puan Aisya memperkenalkan diri sambil bersalaman denganku.

“Assalamualaikum kak.” Irdina bersalaman denganku lantas memeluk dan cium.

“Cantik orangnya..” puji Puan Aisya tulus.

Aku berdiam diri. Hanya senyuman menghiasi wajah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience