Bab 6

Short Story Series 7050

Dua Tahun lalu..

Memandangkan cuti sekolah, usai solat subuh aku kembali ke katil. Melingkar di atas katil berselubung kesejukan. Selalunya budak asrama akan balas dendam dengan tidur memanjang bila pulang ke kampung. Bergitu juga aku.
Walaupun abah melarang tidur selepas subuh, aku tetap juga curi-curi tidur. Bila ada yang memanggil, dengan suara yang jelas menyahut. Selalunya yang rajin memanggil, adik bongsu aku. Sakit hati juga kadang tu. Dia yang tak dapat tidur selepas pulang dari masjid, aku juga dilibatkan sekali.

" Umi ni, cuti-cuti pun masuk dapur awal. " bebelku dibawah selimut. "Umi tak tahu ke anak umi ni nak tidur, kalau umi buat kerja anak umi ni serba salah tau nak tidur. Nanti tak ada orang pula teman bualnya di dapur." aku bangkit dari pembaringan.
Sengaja aku tinggalkan bilik dengan katil tidak berkemas, kalau siap kemas sayang pula mahu belengkar kembali. Tunggu matahari naik lagi aku kemas lah.
" Nak masak apa umi.?" soal aku menuruni tiga anak tangan.
" Hari ini menu kita nasi lemak, tolong ambil daun pandan tepi rumah." Baru tanya, sudah dapat kerja aku pagi buta ni.
"Nak banyak ke sikit.?" soal aku kembali.
" Buat syarat ambil bau saja, nak isi dalam periuk nasi." ujarnya sambil duduk bersila dihadapan mesin kelapa.
Aku menyusun langkah menuju pintu dapur. Selipar aku sarung, kelibat Mak cik Ramlah kelihatan. Tersenyum aku melihat dia berbual dengan pokok bunganya. Bergitu lah rutin hatiannya.
"Awal Mak.." tegur aku tersenyum.
"Awal lah, lewatkan panas pula." balasnya kembali. "nak ke mana tu.?"
" Ambil daun pandan, baru nak buat sarapan."
" Mak beli di kedai saja senang."
" Umi terlebih rajin hari ni.." ujar aku separa teriak saat duduk mengambil sehelai dua daun pandan.

Selesai bersarapan aku menyambung tugasan lain. Kain yang bertimbun minta disidai aku angkat dua bakul biru ke belakang rumah. Memandangkan subuh awal, awal pula matahari naik terik.
" Baju-baju sangkut saja pada hanger jimat sikit ruang, ada lagi dalam mesin tu." arah Cik Ros berdiri dipintu.
" Baik bos.."
Aku menyanyi kecil saat menyidai kain, sudah menjadi hobi aku dari kecil menyanyi. Kadang tu ada saja lagu yang aku reka sendiri, kalau sedap mahu seratus kali ulang dalam sehari. Tapi, apakan daya cita-cita aku bukan menjadi seorang penghibur.

" Umi kain ni bilas ke?" soal aku berdiri dihadapan mesin. " oh, umi.." laung aku lagi sekali kerana tidak bersahut. " bilas kot.." ujar aku sendiri memandangkan ada bau softlan.
Usai menyidai kain aku masuk ke dalam rumah, kelibat umi tidak kelihatan. Kedengaran air di dalam kamar mandi bilik Cik Ros. Aku menghilang ke kamar. Niat yang tergendala aku sambung dengan kipas yang laju berpusing. Telephone bimbit aku capai, pilih lagu untuk dimainkan.

Petang itu aku malas hendak turun ke tanah. Memandangkan kain bertimbun minta di lipat aku duduk bersila diantara bakul kain. Apa yang aku perasan hari ini, Cik Ros tidak banyak bercakap seperti biasa. Sewaktu memasak tengahari tadi matanya kelihatan merah seperti baru menangis.
Anak mana yang seronok melihat berubah umi kesayangan. Pagi tadi elok berbual ketawa. Petang ini banyaknya menghadap telephone bimbit. Ada perkara yang Cik Ros sembunyikan dari aku, sewaktu melipat kain aku banyakkan diam dan memerhati. Cik Ros tak sedikit pun memandang kearah aku.
Abah pula seawal jam 9 pagi lagi sudah keluar menghadiri mesyuarat kenduri. Adik dan abang entah kemana, kecuali kalau umi tahu aktiviti mereka. Hanya kami berdua saja yang tinggal di dalam rumah petang itu.
" Umi kenapa mi.?" soal aku berhenti melipat kain batik saat terlihat air matanya.
Umi sekadar mengeleng. Air matanya di seka.
" Habis kenapa umi menangis.?" soal aku lagi.
Tiada respon untuk beberapa minit. Aku mengeluh kecil. Tugasan aku sambung kembali dengan mata yang curi-curi memandang umi. Berlinang juga air mata aku, siapa tahu mungkin umi ada terasa hati dengan aku. Bermacam andaian aku andaikan saat itu.
" Ada orang dah tak nak umi sibuk tahu kehidupan dia." berlahan suara umi memecah gegendang telinga aku.
" Siapa.?" soal aku terkejut dengan kenyataan umi. " Kak Lisa ke.?" Umi mengeleng kecil.
Umi menghulur telephone bimbit miliknya. Aku segera menyambut. Ruangan mesej terpapar di skrin. " Bacalah, mesej yang atas sekali."
" Nazif.?" soal aku hairan. Apa pula masalah yang dibuat Nazif kali ini. Hati aku tertanya-tanya.
Satu demi satu mesej yang dihantar dan dibalas aku baca. Menyelirap juga darah aku. Aku hanya diam menumpu pada bait-bait mesej. Sedikit pun mata aku tidak beralih.
" Belagak, tak bersyukur langsung." ujar aku saat telephone bimbit bertukar tangan kembali. " Menyampah lah dengan orang macam ni, kita dah sayang dia apa semua dia buat taik pula. 6 tahun bukan sekejap tau. " aku diam memendam kata-kata. " Lantak dia lah umi." ujar aku dengan kerutan di dahi muka marah.
" Nak lantak macam mana Nadia, 6 tahun umi sayang dia macam anak." umi mati kata. Air mata mengalir mengantikan kata-kata.
" Sia-sia, kita saja yang rasa 6 tahun tu dia rasa apa.?" aku persoalkan kembali.
Terasa berdosa pula tertinggi suara dihadapan umi. Bukan niat aku sengaja, tapi Nazif tu puncanya. Tiada angin tiada ribut buat perangai.
" Jangan cakap kat abah pula." pesan Umi dengan tangan sibuk memilih kain. Aku sekadar diam tiada respond.

Usai solat isyak, aku masih berteleku diatas sejadah. Memikirkan sedihnya hati umi membuatkan aku sebak dan sakit hati. Terlintas juga difikiran aku, berapa tahun aku hidup tidak pernah lagi lihat umi sedih sebegitu.
" Aku jadi anak pun tak pernah tau buat umi sedih macam tu." monolog aku sendiri.
Aku bangkit menanggalkan telekung dan sidai di ampaian sejadah. Aku duduk dihadapan meja solek, sikat aku capai perlahan untuk menyikat rambut. Ingin saja aku mesej Nazif memberi amaran.

From Nazif =

Cukup lah setakat ni simpati umi pada Nazif, Nazif tak suka orang sayang Nazif disebabkan simpati dengan hidup Nazif. Cukup lah anak-anak umi sebagai anak. Nazif nak hidup sendiri tak nak susahkan hati umi dah. Salam."

Bait-bait mesej yang dihantar Nazif masih lagi terbayang di ruang mata. Sakit hati ini mengenangkan begitu mudah dia memutuskan hubungan setelah 6 tahun di bina. Pantas aku mencapai telephone bimbit, nama Nazif aku cari diruang kenalan.

To Nazif =

Assalamualaikum.. pertama sekali saya nak minta maaf kalau kata-kata saya keterlaluan. Awak ni melampau tau tak, saya jadi anak tak pernah lagi rasanya buat umi sedih macam tu. Tak reti bersyukur pun satu hal, family saya terima awak sebagai ahli keluarga dengan mudahnya awak nak putusankan. Fikir lah baik-baik apa yang saya nak cakap ni.. bila orang dah sayang kita, dah anggap kita macam anak jangan sekali-kali sakitkan hati dia sebab dia tetap seorang ibu walaupun awak bukan anak dia. Salamualaikum.

Button send aku tekan tanpa berfikir panjang. Walaupun dengan menghantar mesej tanpa mengeluarkan suara hati aku tetap puas. Beberapa minit kemudian aku masih menanti jawapan balas namun hampa yang aku dapat.
" Anak dara oh anak dara, abah nak makan ni." kedengaran suara abah memanggil, tidak lain dan tidak bukan anak dara tu aku lah. Hampeh.
" ok." segera aku keluar bilik.
" Umi mana.?" soal abah.
" Tak siap solat lagi kot." jawap aku kurang yakin.
" Lewatnya solat." ujar abah lagi kedengaran hairan. " Adik, abang meh makan nasi pukul 10 kang tidur, esok lambat bangun subuh abah libas."
" Haa dengar tu. " aku pula menambah. " Adik panggil umi turun makan."
" Umi tengah baca doa." balas Adik menuruni tangga.

Aku biarkan mereka makan dulu, sementara menanti umi siap aku bangkit membancuh air kopi panas. Sedap juga pekena kopi saat hujan turun membasahi bumi begini. Tidak lama kemudian umi muncul untuk makan bersama.
" Esok abang ingat nak pergi rumah tok, nak ajak pakndak tahan pukat." Fahimi meminta izin.
" Adik nak ikut." potong Fahmi pula.
" Baik call je Pakndak suruh dia mari sini ambil korang." aku memberi cadangan.
" Tak payah, subuh esok kami tak balik laa, terus pergi rumah tok." balas Fahimi kembali.
" Laju je kau plan kan." perli aku. Fahimi tersengih menayang gigi.
" Pergi lah, hati-hati sikit musim tak menentu gini." abah memberi keizinan.
" Boleh la nak kirim buah pisang ke tok, ade dah yang masak tu." celah umi menuruni tangga.
" Siap terus laa letak dalam plastik, lupa kang pagi esok." balas abah.
Rumah tok yang dimaksudkan ialah rumah ibu bapa abah. Kami tinggal tidak jauh. 5 minit perjalanan sampai rumah tok belah umi pula. Meski pun tinggal berdekatan, jarang jarang aku dapat kesana memandangkan banyaknya masa duduk di asrama.

Selesai mengemas ruangan meja makan aku mencuci pinggan mangkuk di dalam singki. Memandangkan masih ada anak dara di dalam rumah ini habis semua kerja aku kena selesaikan itu pun bergilir dengan umi. Penyapu aku capai lantai aku sapu bersih. Biar esok pagi ruang dapur tidak terlalu kotor.
Suara tv yang kedengaran menarik minat aku ke ruangan itu. Hanya susuk tubuh abah keseorangan tanpa teman. Kelibat umi tidak pula kelihatan.
"Umi mana.?" soal aku memandang abah.
" Bilik." sepatah abah membalas.
" Awal pula. Nadia pun nak tidur laa abah." aku menghulur tangan kami bersalaman.
" Awallah sebab cerita hindustan tak ada malam ni." balas abah. kami membalas senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience