Bab 2

Short Story Series 7050

Sengaja aku hadiahkan seyuman paling lebar buat Jiha. Kerutan halus di dahinya jelas kelihatan. Hampir 15 minit aku menunggu selepas Jiha membalas text aku. Pagi masih muda, cahaya matahari terasa terik. Mungkin nanti petang hujan turun membasahi bumi.

"Kau kenapa ni, jangan cakap tak jadi pergi pulak." Jiha bersuara saat keretanya berhenti dihadapan aku.
"Aku tak cakap apa pun kan.?" soal aku kembali. Senyuman aku hilang.
"Kau tu bukan boleh kira, dah nak masuk kereta pun boleh cancel." kutuk Jiha.
"Aku malas pergi kang." ugut aku.
"No time lah aku nak layan rajuk kau tu, dah cepat masuk. Banyak aktiviti kita hari ni." Ujar Jiha bersahaja. "eh, umi kau mana.?" soal Jiha.
"Awal lagi turun ke kebun dia belakang rumah tu." punggung aku sudah melabuh di seat kosong sebelah pemandu.
" Rajin umi kau, bukan macam kau."
" Sekali lagi kau sindir aku, aku turun eh." ugut aku lagi.

Muka Jiha bersahaja. Handbrake ditarik, pedal minyak dipijak. Perlahan kami menyusuri jalan kampung. Sesekali aku hadiahkan juga senyuman buat mak cik mak cik yang sibuk mengemas laman rumah.
Selalunya cuti sekolah bergini ramai anak-anak kecil bermain. Berbasikal, berkejaran, memancing, apa-apa saja aktiviti yang menghiburkan hati mereka. Hampir senja riuh pula dengan suara ibu-ibu memanggil anak pulang.

"Eh, kau tak jawap lagi soalan aku semalam kan.?" Jiha memulakan perbualan. Sengaja aku kuatkan keluh.
"Alaa kau ni, dengan aku pun sibuk nak berahsia bagai." sambungnya lagi.
" Nanti kau tau juga, kau jangan nak hilangkan 'mood' jalan-jalan aku boleh. Nanti kau juga yang bosan." sengaja aku tekankan perkataan mood, biar dia faham.
" Sudah-sudahlah bermain dengan mood, nanti kau sendiri yang letih. Usia kita ni muda lagi, banyak benda nak belajar, nak kejar, nak capai, nak gapai. Kalau terus terikat dengan mood, sampai bila-bila pun kita dalam masalah beb." Jiha memulakan mukaddimah. Sengaja aku biarkan dia berceloteh sebagai penganti radio.

Kata-kata Jiha aku hadam sebaik mungkin. Pandangan kosong aku lemparkan keluar tingkap. Ada benarnya apa yang dikata Jiha. Aku terlalu mudah melayan emosi. Sampaikan perkara kecil aku boleh fikir sebesar alam.
" Kau dah sarapan ke Jiha.?" soal aku tersengeh memandang Jiha.
" Pandai je kau tukar topic kan." Jiha menjeling sekilas. " Belum lagi, kau.?" soal Jiha kembali.
"Belum juga, tadi aku jamah sikit je kuih koci dengan air teh."
"Kita sarapan dulu lah, nanti tak terganggu dah aktiviti kita."
" Betul, aku sokong." semangat aku membalas. Lapar punya fasal.

Hampir sejam jugak kami di toko buku. Habis rak buku aku ronda. Jiha? hanya statik di rak novel. Entah apa yang dipilih. Pada aku semua novel adalah sama dan penceritaan adalah cerita yang sama cuma tajuk yang berbeza.
Aku gemar membaca cuma waktu tidak mengizinkan. Novel ialah sebuah naskah yang memerlukan banyak pengorbanan masa dan emosi yang berubah rubah. Hinggakan jika tidur pun termimpikan bab sambungan bagi bab yang tergantung. Ngeri!
" Kau ambillah satu dua, aku belanja." Jiha bersuara menarik perhatian aku.
" Belanja benda lain la Jiha, aku bab buku ni slow sikit." aku menayang barisan gigi.
" Tolak tuah kau ni, jarang tau Najihah Rasyid nak belanja orang." Jiha ketawa sendiri.
" Kau sepatutnya bersyukur tau Jiha, kalau aku beli buku-buku ni then tak baca siapa yang rugi? kau juga kan. Nah disebabkan itu aku tak nak kau menanggung kerugian." bebelku bersahaja.
" Ok, fine Nadia." sengaja dihempas buku pada rak.

Aku memerhati ke arah Jiha yang sibuk berbual melalui telephone bimbit. Butir bicaranya kurang jelas memandangkan kami di kedudukan agak jauh. Sesekali dia ketawa kecil, tersenyum dan tersipu. Aku yang pandang rasa meluat.
"Kau ni, nak tengok wayang ke tidak ni?" soal aku saat Jiha menamatkan perbualannya.
"Mesri lah, aku plan dari semalam lagi."
"Ingatkan tak nak, tersenyum-senyum cakap dengan phone, menyampah aku tengok."
"Bukan dengan phone ok, tapi dengan Alif." ujarnya bersahaja.
"Masalah sekarang Alif tak ada pun depan kau dan tadi kau just bercakap dengan phone yang bersuara. Itu fakta." menonong aku tinggalkan Jiha dibelakang.
"Cemburu cakap saja lah.!" tempit Jiha. Aku sembunyi senyum.

Dari menontong wayang hingga ke bermain bowling Jiha saja yang mengeluarkan duit. Sedia maklum la, dua tiga hari lepas baru masuk gaji. Aku? hanya tunggu orang belanja. Bab makan aku tiada masalah, banyak mana pun biar aku yang belanja.
Hampir jam 6 petang Jiha menghantar aku pulang. Jiha tahu benar aku tidak gemar pulang ke rumah lewat, sekali pun melepasi jam 7 petang. Bukannya umi dan abah melarang, cuma aku tidak mahu membiasakan diri begitu. Itu keputusan aku, tanpa paksaan sesiapa. Itu fakta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience