Bab 7

Short Story Series 7050

Dua Tahun lalu..

Selang beberapa hari selepas mesej itu aku hantar, tiada juga tanda tanda mesej itu akan dibalas. Aku harap dengan kata kata itu hati dan otaknya berfikir sama laju. Mulanya aku berharap juga mesej itu dibalas namun setelah hampir tiga hari perasaan berharap itu hilang.
" Biar tak balas jangan tak baca."
Sejujurnya aku hanya simpan nombor Nazif untuk sekian lama. Mesej yang panjang bertalu tempoh hari adalah mesej pertama aku buat si Nazif. Biar dia tahu anak umi nampak baik tapi mulut boleh tahan. Bukan semua orang muka baik perangai baik.
Alat kawalan jauh aku capai punggung aku rebahkan siaran astro aku alih satu persatu. Sudahnya radio era yang aku buka. Kelibat umi aku cari namun tak kelihatan. Aku bingkas bangun turun ke dapur.
" Umi.." panggil aku. " umiii..!"
" Uuu.. belakang rumah ni." sahutan Cik Ros tenggelam timbul dibawa angin. Jauh.
" Buat apa hah? panas laa."
" Ini pokok pisang ni sakit habis kuning daunnya. Dah lama tak datang sakit ni, ni datang semula." Ujarnya sedikit menggah.
" Susun je tepi tu dulu, petang nanti nadia tarik bawa pergi depan. Naiklah dekat pukul 1 dah ni. Panas." Aku hanya berdiri di kaki lima.
" Sudah dah pun. Pagi esok lori masuk ambil sampah itu yang kena buat juga. kalau tak buang hari ni alamatnya minggu depan la." Ujar Cik Ros sambil terbalikkan pasu bunga untuk dijadikan tempat duduk.
Aku masuk semula ke dalam rumah tudung aku capai lantas disarung ke kepala. Selipar aku pakai berjalan menghampiri Cik Ros. Pasu yang lain aku terbalikkan punggung aku labuhkan.
" Sekejap je cuti, ahad ni masuk asrama isnin sekolah." aku memulakan bicara.
" Tak payahlah cuti lama lama, tengok adik kau berdua tu ada lekat di rumah.? baik sekolah pagi petang tak melilau merata berjalan."
" Alaa saja lah tu nak sururh kita masuk asrama cepat cepat." kendur suara aku ke dengaran merajuk.
" Tak lama dah Nadia, hargai masa belajar ni nanti da habis sekolah mula laa dok rindu rindu. Ingat kawan, ingat cikgu, ingat lawan. Silap hari bulan mak cik kantin pun kamu rindu. Umi da merasa semua tu. Baik kamu nikmati sebaik mungkin masa ni nanti tak merasa dah." Panjang lebar Cik Ros berpesan.

" Yee lah Cik Ros.." balas aku tersenyum lebar. " Nadia perasan mood umi macam ok je dua tiga hari ni."
" Ok dah. Kemarin Nazif ada mesej umi dye minta maaf dengan umi. Serba salah laa tu."
" Oh yeke. Ok laa macam tu, tau pun salah tak patut tau dia buat macam tu." hati aku tersenyum. Mesej aku dia baca.
Harapan aku tidak laa Nazif itu bercerita pada Cik Ros apa yang aku katakan dalam mesej tempoh hari. Hanya aku dan dia saja yang tahu isi kandungan mesej itu. Sekali pun Cik Ros tahu pastinya Nazif yang bercerita.
" Dia tu budak baik, hati dia tu mudah merajuk tambah pula dengan apa yang kak Lisa kamu tu kata pada dia. Umi tahu dia cakap macam tu sebab nak pujuk hati sendiri."
" Pujuk hati sendiri jangan sampai hati orang lain yang terluka." perli aku sekali lalu. " Dia minta maaf je ke? tak ada cakap menda lain.?" soal aku.
" Dia minta maaf lah kalau kata kata dia tempoh hari tu buat umi terasa hati. Lepas tu dia mesej la macam biasa cerita pasal kerja dia, pasal kawan kawan dia."

Aku tersenyum kecil. Kalau Cik Ros tahu aku lah makluk yang bukakan hati dan otak si Nazif tu apa agaknya yang Cik Ros rasa ya. Nazif tu sudah di anggap seperti anak. Segala cerita mengenai Nazif aku tahu. Mana tidaknya setiap kali aku pulang dari asrama bersusun cerita berkait si Nazif hendak di sampaikan pada aku.

" Ehh naiklah, nak zohor dah ni sekejap lagi azan lah tu. Aku ni ada anak lelaki tapi nak dengar azan anak sendiri bukan main payah. Setahun tu dua tiga kali saja itu pun jenuh disuruh jenuh dipaksa." Omel Cik Ros.

" Biasalah tu, suara sedap malu nak bagi orang dengar. " aku bangkit dari duduk.
" Biar suara sedap semangat sikit orang nak ke surau ke masjid, ini tidak lemau je suara sedangkan panggil orang ajak solat tu. "
" Tak tahu laa nak cakap apa, bukan tak belajar bukan tak tahu. Ambil mudah nak buat macam mana."
" Macam macam orang sekarang ni tegur tak kena dah ditegur kita pula yang kena." kami beriringan masuk ke dalam rumah.

Usai solat zohor aku rebahkan badan diatas katil. Telephone bimbit aku capai mesej yang aku hantar kepada Nazif aku baca semula. Aku tertawa kecil lantas mengeleng.
" Tahu takut. " aku letakan semula telephone diatas katil.
Sejujur ada sedikit dihati rasa suka akan Nazif. Namun aku anggap sebagai secret admire dan tak perlu pun yang lain tahu. Buat masa sekarang Cik Ros masih berusaha untuk satu kan hati kak Lisa dan Nazif. Aku sebagai tempat rujuk hanya menyokong setiap idea yang hadir dari Cik Ros.
Terasa berdosa pula bila aku menyukai Nazif sedangkan aku tahu rancangan Cik Ros untuk satu kan hati mereka. Pernah sekali Cik Ros bercerita yang Nazif tidak mahukan budak sekolah. Jadi harapan aku terkubur. Walaupun rasa kecewa itu hadir aku masih meneruskan misi sebagai secret admire tak bertauliah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience