Bab 8

Short Story Series 7050

HAMPIR jam 8 pagi aku keluar dari kamar mencari kelibat Cik Ros, bagaikan rindu yang tidak berpenghujung kalau tak nampak kelibat umi kesayangan. Aduh!!
"Hari ni apa projek mi?" soal aku berdiri di pintu melihat umi menyidai kain diampaian belakang rumah.
"Banyak projek yang terbengkalai." suaranya mendatar.
"Malas laa masuk kerja hari ni." aku memeluk tubuh. "Barang baru sampai hari ni, balik lambat sikit tau."
"Tadi kata malas, MC saja lah." cik Ros mula menghasut. Aku ketawa kecil.
" Kalau bolehhh... silap hari bulan esok kena pergi kerja juga. " aku memuncung. " Naik siap dulu mi, nanti petang kita borak borak lagi eh." aku memandang jam hampir ke angka 8.

Memandangkan hari ini agak sibuk, phone yang berdering berulang kali aku tidak perasan dia berbunyi. Hasilnya 5 panggilan masuk tidak berjawab. Hairannya 5 panggilan itu dari nombor yang sama, nombor yang tidak pernah aku lihat.

Aku abaikan, kemas barang untuk pulang memandangkan jam hampir ke angka 7 malam. Jiha yang sibuk menambah make up di hadapan cermin aku pandang sekilas.
" Woii!! dah gelap weh, tak ada siapa nampak pun bibir merah kau tu." perli aku.
" Siapa cakap aku nak tunjuk kat orang. Ini untuk confidence self tau, nanti sampai rumah tengok cermin masih nampak cantik. So, make up ni lebih untuk diri sendiri tengok lah. "
" Confidence self sangat lahh, habis tu kau nak tidur pun make up juga? biar nampak cantik esok pagi dalam cermin.?" soal aku kembali.
" The big no! selalunya bila aku tidur, esok pagi terus masuk bilik air mandi. No time nak tengok muka sendiri dalam cermin." Alasan Jiha buat aku ketawa besar.
" Aku harap bakal suami kau tak terkejut la tengok muka kau bangun pagi."
" Asal pula kau cakap macam tu? kau ingat aku tanpa make up tak cantik ke?" Soal Jiha sambil melukis kening.
" Sebab kau sendiri tak confidence dengan muka kau sendiri, sibuk nak tambah tu tambah ni.. kata nak nature beauty.."
" Kau saja kan nak perli aku.. kau lain laa muka flawless, jerawat pun segan segan nak tumpang bertenggek. Aku ni bukan takat jerawat tau, segala jenis keturunan dia ajak melepak sekali." Jiha menyimpan alat make up. Perlahan berjalan menghampiri aku.
" Aku no comment bab tu, tapi aku nak bagi cadangan kat kau. Apa kata gaji ni aku teman kau buat facial. Daripada kau tutup tutup macam tu baik kau rawat. Tutup tanpa rawat, nanti lagi dasyat, mana tau kulit kau tu sebenarnya alah dengan produk produk macam tu ke.?"
" Aku bukan tak nak, selalu aku dengar muka makin teruk lepas buat facial. Takut lah aku."
" Logik, nak pergi buat facial mahal tak mampu pula." aku ketawa kecil.
" Tau tak pe.. Eh, Nadia.. minggu depan jom teman aku balik Pasoh aku dah lama tak balik, mak ayah aku asyik call je nenek aku suruh aku minta cuti balik sana.."
" Minggu depan aku tak free laa Jiha, kan aku cakap kat kau ada orang nak datang rumah."
" Bukan minggu ni ke?" soal Najihah
" Tak jadi, so dia datang minggu depan."
" Siapa eh orang tu? aku kenal ke?" soal Najihah lagi.
" Tak, kau tak kenal punya.. dia sepupu jauh abah aku. Dia tak pernah datang pun, ni laa baru nak munculnya." Aku menjeling. " Apa kau ni, kan aku dah cakap yang Nazif nak datang rumah."
" Aah laa aku lupa. Aku tengok kau macam dah ready je, senyum ketawa. Ok aku sayang kau yang hari ni. Nanti kalau kau rasa Nazif tu padan dengan aku cakap tau."
" Gatal.. da laa jom balik, tak memasal balik malam hari ni. Baru buat azam baru tak nak balik kerja lewat sebab kerja belambak."
" Kalau melibatkan kerja, tak payah la buat azam.. tiga empat tahun akan datang belum tentu terialisasi azam tu. " Kami ketawa serentak.

Usai azan isyak aku segera turun ke dapur. Periuk nasi aku jenguk masih banyak. Aku tekan button warm untuk panaskan nasi. Begitu laa rutin harian. Setiap malam kami makan, walaupun kata orang kalau nak kurus makan sebelum pukul 6 petang. Namun ada aku kisah.
" Kak Lisa balik malam ni. " Cik Ros muncul di dapur. " Dalam pukul 10 sampai laa tu. Nanti tukarkan cadar bilik kak Lisa ye cadar tu dah lama."
" Ok. " balas aku sepatah. " Kak lisa cuti mi? sampai bila.? bukan ke hari tu kata ada program sekolah." soal aku.
" Dua minggu lah cuti sekolah, program sekolah tu tak jadi katanya tunda tarikh lain tak tahu pula kenapa. Lagi pun dia balik ni ada jemputan kawin kawan dia. Dah kebetulan kena dengan cuti dapat la dia join sekali."
" Oo patut lah, kiranya time Nazif datang nanti dia ada laa eh.?"
" Aah ada." Cik Ros menuju peti. Bekas ikan dia ambil. " gorengkan ikan ni, ikan bawah tudung saji tu tak cukup." Aku hanya menurut.
" Kak Lisa tau Nazif nak datang.?" soal aku lagi.
" Umi tak ada bagi tahu dia." balas Cik Ros bersahaja.
" So kak Lisa tak tahu laa nih?" soal aku kembali.
" Kemungkinan tak tahu. Tapi tak tahu laa kot dia tahu. " ujar Cik Ros bersahaja. " esok anak bujang umi berdua tu balik, rindu pula."
" Aah.. abang sah sah naik bas. Adik tu macam mana.?"
" Abah kata nak pergi ambil. Kalau pergi ambil umi ikut laa esok. Nadia kerja kan.?" soal Cik Ros.
" Aah.. Nadia minta cuti dah sabtu sampai isnin." aku tersenyum kecil. " Kak Lisa sorang laa kat rumah esok."

" Silap hari bulan dia nak ikut sekali amik adik." Cik Ros tertawa kecil.

" Tak kisah laa, lagi pun Nadia balik lewat esok." Balas aku.

Aku menoleh kearah jam hampir menunjuk ke angka 11 kelibat dan bayang kak Lisa tidak juga kelihatan. Aku meminta diri untuk tidur memandangkan esok kerja. Tinggallah Cik Ros dan Encik Zali di hadapan tv menanti kepulangan Kak Lisa.
Baru saja hendak terlelap kedengaran suara Kak Lisa memberi salam. Namun mengantuk mengatasi segala aku lena hingga ke pagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience