Bab 1

Short Story Series 7050

Jarum jam yang bergerak perlahan aku pandang kosong. Sekitar 7 minit lagi tepat jam 6 petang. Teman teman yang lain sudah sibuk bersiap untuk pulang. Ada yang menambah mekap di muka, ada yang mengemas ruang kerja, ada yang sibuk berbual. Aku? hanya duduk memandang sepi kearah pintu utama.

"Apa plan kau esok?" soal Jiha menghampiri meja aku.
"Tak tau lagi, mungkin duduk rumah seharian then lusa masuk kerja semula." balasku malas.
"Apa barang duduk rumah." Jiha menyindir lantas ketawa. " Kalau kau nak, kalau la kan.. esok jom ikut aku kita tengok wayang ke, main bowling ke. Nak?" soal Jiha menanti keputusan aku.
"Tengok dulu macam mana, malam ni aku whatsapp kau." balasku lantas bangun mencapai beg. "Jom balik."
"Janji tau, minggu lepas dah tipu aku, minggu ni tak boleh tipu dah." Ujar Jiha membuntuti aku.
"Bukan tipu lah, nanti kau tau juga." balasku perlahan. "Nak aku hantar kau balik tak.?" soalku pada Jiha.
"Tak.. kejap lagi adik aku sampai."
" Ok.. " balasku sebelum masuk dalam perut kereta. "Kejap, tadi kau ajak aku keluarkan? kereta kau mana?" soalku sambil berdiri di muka pintu.
"Aku suruh adik aku basuh, jimat sikit duit tak payah hantar car wash."
"Kedekut." ujarku separa menjerit "Berapa ringgit je sangat, itu pun berkira."
"Sorry sikit kedekut eh, kau ingat si Aden tu percuma ke perkhidmatan dia? silap hari bulan lagi mahal tau dari car wash." Jiha mengutuk adik bongsunya.
"Sudah lah kau, aku gerak dulu la jiha. Malam karang aku inform semula jadi ke tak."
" Jom je lah. bukan selalu pun sebulan sekali pun payah lah kau ni. "
"Malam.. malam.." jeritku sambil melambai lambai tangan kearah Jiha. Jelas sekali muncung itik yang dibuatnya. Aku tertawa kecil.

Sampai saja diperkarangan rumah kelibat Cik Ros menyiram pokok menarik perhatian aku. Aku membalas senyumnya. Segera aku keluar membawa beg sandang. Kerusi panjang yang tersedia berhampiran pokok kelapa aku hampiri. Aku duduk melepas keluh lelah.
" Naik la minum petang dulu, umi ada goreng keropok dengan air teh." pelawa Cik Ros sambil membasuh kaki.
"Kejap lagi laa, ambil angin petang sekali sekala best jugak. " aku menepuk tempat kosong disebelah aku mengajak Cik Ros duduk.
" Abah mana.?" soalku mencari kelibat lelaki separuh usia.
"Sebelum asar tadi lagi abah turun. Tak tau pula ke mana. Kalau umi tanya, jawapanya ke London. Baik tak payah tanya. Biar kan aja." Cik Ros ketawa menampakkan garis halus dihujung matanya.
"Banyak kerja tadi.?" soal Cik Ros.
" Hari ni relax sikit, isnin depan stok baru masuk."
" Biasa la tu, nama pun kerja. Umi yang duduk rumah ni pun tak berhabisan kerja. Siap satu, lima lagi menunggu siap dua ada lagi." aku hanya tersenyum mendengar celoteh dari mulut Cik Ros.
Selalunya petang bergini ada saja aktiviti tanah dikerja Cik Ros a.k.a umi kesayangan aku. Dari tanam bunga sampai ke bakar sampah memang itu aktivitinya tiap petang. Kalau semalam tanam bunga hari ini siram bunga. Kalau semalam sapu sampah, hari ini bakar sampah.
Abah selalu jugak jadi peneman, mana kerja berat abah settlekan. Begitulah hidup berpasangan, saling memerlukan, saling diperlukan. Abah pencen kerajaan, banyaklah masanya kini untuk diluangkan bersama isteri dan anak-anak.

"Esok umi ada plan nak ke mana ke?" soal aku sambil membetulkan kedudukan.
"Kenapa, kamu ada janji dengan kawan ke?" soal Cik Ros kembali.
"Tak janji pun, cuma Jiha ada plan sikit esok." ujarku berterus terang.
"Pergilah, umi ni kalau nak ke mana boleh saja dengan abah tu." Cik Ros memberi kebenaran. " Nak ke mana.?" soal Cik Ros lagi.
" Tak tau lagi, malam ni la nak bincang semula. Jiha ada ajak tengok wayang esok."
" Tak apa, pergi lah. Hari-hari kerja, ade hari kita nak main jugak." Cik Ros tersenyum kecil.

Dalam ralit berborak kelibat Cik Zali kelihatan dengan motor honda miliknya. Dihadiahkan sebaris senyuman saat melewati kami berdua. Bergitulah abah, murah sungguh dengan senyuman. Mungkin sebab itu juga umi jatuh cinta!.
"Dari mana abah.?" soalku ingin tahu saat abah menghampiri kami.
" Dari masjid, ada tahlil malam ni. Tadi ada rewang sikit."
" Tahlil siapa.?" soal aku lagi.
" Mulah Haji Noh, anak dia ada balik semua tu."
" Aa.. kami ikut juga ke malam ni.?" soal aku.
" Nak ikut jom, tak nak tak paksa." Ujar Encik Zali melabuh punggung disisi aku. "Kalau dapat air ni sedap juga." kopiah dikepala ditarik buat pengipas. Encik Zali senyum melirik kearah aku.
" Ha yelah, tunggu kejap. " segera aku menyusun langkah masuk kedalam rumah.

Malam itu, sampai saja ke rumah segera aku ke kamar memeriksa hand phone. Seperti yang disangka, bertalu whatsapp yang aku terima dari kenalan yang sama. Siapa lagi kalau bukan Jiha. Tak lupa jugak miss call yang berkali-kali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience