Bab 5

Short Story Series 7050

Dua tahun lalu....

Cuti sekolah penghujung mei baru bermula, asrama aku tinggalkan seawal jam 12.40 tengahari. Tidak sabar rasanya pulang ke rumah menikmati cuti sekolah yang berbaki dua minggu.

" Assalamualaikum.." aku memberi salam lantas masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumussalam.." suara Cik Ros jauh di dapur.
"Cik Ros ada.." aku sengeh meleret dengan soalan aku sendiri.
" Ada ni haa, tengah berperang lagi." Cik Ros tersenyum memandang aku. " balik dengan siapa? abah tahu tak.?"
" Naik jet peribadi sofia." aku ketawa. "Dah, pagi tadi lagi call abah cakap balik dengan Sofia." aku menghampiri Cik Ros lantas bersalaman. " Kak Lisa tak balik mi.?" soal aku.
" Tak, kak lisa ada class katanya. Minggu lepas dia ada balik tiga hari juga."
Aku sekadar menggangguk kecil. " Orang naik mandi solat dulu laa mi, kejap lagi Dia turun balik tolong makan eh." aku ketawa sambil membawa beg balik kampung kearah kamar.
" Bertuah anak..." balas Cik Ros mengundang tawa aku yang lebih besar.

Petang itu aku menemani Cik Ros dilaman rumah. Pokok jambu air yang semakin membesar mengugurkan banyak daun kering untuk digantikan dengan pucuk baru. Bergitu lah kehidupan, sampai saat kita mati saat itu ada yang lahir ke dunia menggantikan kematian kita.
" Dia tak nampak lagi bayang adik dengan abang hari ni umi." aku yang menyakar sampah berhenti sekejap melepas lelah.
" Balik je solat jumaat tadi, naik tukar baju terus turun semula geng dah tunggu depan rumah."
" Adik dengan abang tu makin besar, kena pantau juga kawan-kawan dia siapa, melepak ke apa." aku kembali menyambung kerja.
" Kawan-kawan dia budak sini je, tiap kali hilang abah turut tak ada lah risau sangat. Selalunya dia memancing kat kolam Wak Saiful tu."
" Kolam itu kan kolam tinggal, dalam hutan ceruk pula tu, bahaya." aku masih lagi risau akan aktiviti adik-adik aku.
" Puas larang dah Nadia, ada saja jawabnya. Ada orang besar lah, dah pandai berenang lah, air tak dalam lah. Tahu saja lah adik tu mulut dia macam mana, tambah pula ada si abang jadi back up lagi laa menjadi."
" Tahun depan abang masuk tingkatan satu, tak ada geng laa dia." aku ketawa kecil.
" Itu lah, si abang tu nak duduk asrama katanya."
" Bagi je dia duduk asrama, tersusun juga jadual harian dia. Kalau sekolah harian biasa, melepak saja lah yang pandai. Tingkatan satu pun dah pandai main moto bagai."
"Memang abah nak hantar dia ke asrama pun, dia sendiri dah cakap macam tu senang lah kerja kita. Budak sekarang ni bukan boleh paksa sangat, kang patah."
" Sebab tu ada pepatah, melentur buluh biarlah dari rebung. Kalau dah jadi buluh nak dilentur kita yang dilentur balik. " aku ketawa sendiri.
" Abah ni mana dekat pukul 6 dah ni, tak nampak pun bayang."
" Kerja luar kawasan kot." tebak aku memerhati Cik Ros.
" Hari jumaat selalunya tak ada kerja luar kawasan, tapi tak tahu la. Selalunya bagi tahu."
" Kejap-kejap lagi balik la tu, mana tau lepak kedai makan dulu ke. " aku tersenyum kecil.
" Tak tahu laa tu, tapi abah tu payah sikit. Kalau bos dia ke, kawan lama ke dia pergi semacam tapi tak lama lah."
" Anggaplah hari ini bos dia belanja stuff.." aku cuba menyalakan api dilonggokan sampah. " Huh! gagal lagi....!!! umi nah bakar sampah " aku menghulurkan mencis biru kearah Cik Ros.
" Bakarlah kertas dulu, tiub ke... bakar daun mana menjadi. Bukannya payah pun." bebel Cik Ros menyambut huluran mancis.
" Masalahnya api tu tak suka Nadia umi, dia menyala sekejap je, lepas tu padam. Ingat seronok main cak-cak dengan dia."
Cik Ros ketawa kecil kearah aku. "Ada je mulut dia." aku ketawa mendengar ayat yang keluar dari mulut Cik Ros.

Hampir jam 7 petang, kelibat adik dan abang kelihatan dari jauh berlumba menaiki basikal. Aku yang melihat gelagat mereka tergelak melihat adik yang jauh tertinggal dibelakang kerana mengutip selipar jepun yang tercicir. Waktu itu juga kelibat abah menaiki moto honda hitam kelihatan. Kelang kabut dua beradik itu dibuatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience