Bab 3

Short Story Series 7050

Usai solat isyak aku berbaring malas didalam bilik. Segala jenis laman sosial aku buka dari fac hingga instagram semuanya membosankan. Dunia penuh dengan wanita cantik dan kehidupan yang kaya raya tiada masalah.
Syiling putih aku pandang kosong. Macam-macam yang aku fikirkan. Bunyi kipas yang semakin berusia sedikit pun tidak menganggu, malah menjadi peneman sunyi.
"Dia.." suara Cik Ros berselang seli dengan ketukan di pintu.
"Masuk lah.." aku membetulkan posisi baring supaya nampak lagi sopan.
"Buat apa.?" soalnya menjenguk ke dalam.
" Meh la baring-baring." pelawa aku tersenyum. Perlahan Cik Ros menghampiri katil. Punggungnya melabuh dihujung katil.
" Sabtu depan abang Nazif nak datang sini." perlahan suaranya menyusun kata. Dada aku berombak laju.
"Oh, yeke? sampai bila?" soal aku cuba menahan getar di hati.
"Isnin pagi dia gerak balik semula, dia tak ambil cuti pun cuma kebetulan ahad tu dia off." Cik Ros memandang aku dengan senyuman.
"Abah tau.?" soal aku sambil bangun mengubah posisi duduk. Cik Ros mengangguk kecil.
"Wow." ujarku sedikit teruja. " Rasanya last dia datang sini raya puasa dua tahun sudah kan.?" soal aku. Cik Ros menggangguk balas. "Kak Lisa balik minggu depan?" soal aku lagi.
"Kak Lisa kata dia ada program sekolah, balik tak balik tengah bulan depan."
"Habis tu Kak Lisa tau tak Nazif nak datang sini.?" soal aku lagi.
"Tak. Elok la dia tak tahu."
"Apa umi cakap macam tu, kalau Kak Lisa tahu mau kecil hati dia."
"Hati dia saja yang kecil, hati umi ni?" soal Cik Ros sedikit beremosi.
"Sudah lah umi, kata dah lupa perkara tu. Jangan lah diungkit lagi. Kak Lisa tu perempuan, dia pun berhak tentukan siapa pilihan hati dia. Kalau dia kawin sekali pun dengan Nazif buatnya dia buat perangai dengan Nazif macam mana. Kesian kan.?" balas aku cuba meng'back-Up Kak Lisa kakak kesayangan aku.

Dalam pada aku ingin menyambung kata, kedengaran enjin moto Cik Zali pulang dari masjid. Aku memandang Cik Ros sambil senyum.
" Abah balik dah tu, gerenti nak makan punya." aku mengelonsor turun dari katil.
"Tau pun, makin tua makin semangat pula dia makan." Sempat Cik Ros mengata suaminya sambil ketawa kecil.
"Tak apa, nanti dah sakit tak lalu pula nak makan." balas aku kembali sambil ketawa.

Malam itu sukar benar aku lelapkan mata. Jam di dinding menunjukkan angka 2 suku pagi. Kokokan ayam jantan kedengaran bersahutan. Mata aku masih terkebil-kebil dalam kesuraman cahaya lampu tidur di hujung dinding.
Bila memikirkan Kak Lisa sedalam mungkin aku timbus perasaan cinta aku. Dalam tak sedar aku jadi penghianat dalam sebuah perhubungan. Tidak aku pinta perasaan itu hadir, tidak aku duga perasaan itu bergitu yakin.
Sengaja aku larikan diri setiap kali Kak Lisa pulang menjenguk umi dan abah. Hampir setahun juga aku tidak bertemu kak Lisa. Aku malu dengan kak Lisa. Aku bersalah dengan perasaan aku sendiri. Terasa diri bergitu kejam saat mencintai.
Memandangkan Nazif ialah anak yang kehilangan kasih sayang ibubapa, keluarga aku mengambil dia sebagai anak angkat. Aku terima dia sebagai abang sulung dalam keluarga aku memandangkan aku tidak berabang.
Nazif hanya kehilangan ibu, yang tinggal kini ayah dan kakaknya. Namun, kematian ibunya seperti dia dipersalahkan. Diabai ayah saat kehilangan ibu tercinta di usia 12 tahun. Allah, bergitu berat dugaan Nazif. Ibunya terlibat kemalangan yang membabitkan lori selepas menghantar Nazif ke sekolah, nasafnya terhenti tika dan saat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience