Bab 9

Short Story Series 7050

ALARM phone berdering nyaring mengejutkan aku dari lena panjang. Skrin phone aku pandang dengan mata sebelah tertutup rapat menahan silau. Tepat jam 6 setengah pagi. Aku bangkit untuk mandi tuala diampaian aku tarik perlahan.
" Malasnya kerja." rungut aku sendiri sebelum lolos ke kamar mandi.

Saat aku bersiap kedengaran suara Cik Ros dan Kak Lisa berbual. Hujung pangkalnya dan butir bicara tidak kedengaran. Kurung moden kelabu aku sarung lantas turun ke dapur menolong apa yang patut.
" Haii kak, bila sampai.?" aku memula perbualan.
" Malam tadi dekat pukul 12 dah, banyak berhenti kejap lapar kejap nak pergi tandas. Sejuk." Balas kak Lisa sambil tangan mencapai jug air.
" Umi jadi ke abah ambil adik.?" soal aku.
" Jadi abah kata nak jumaat sana. Asrama adik pun tak jauh dah dengan masjid besar tu." balas umi. Nasi goreng diceduk masuk ke dalam mangkuk besar dari kuali. " Abang sampai dalam pukul 5, Nadia balik laa kejap bagi kunci rumah dekat abang."

" Haa yelah, Kak Lisa ikut.?" soal aku berbalik pada Kak Lisa.

" Cadangnya nak ikut, akak tak pernah sampai lagi maahad tahfiz adik. "

" Kira tak ada orang lah yang tinggal ni semua pergi.?" soal aku menghampiri rak pinggan. Pinggan aku ambil sudu aku capai kaki melangkah menghampiri meja makan. Aku duduk di hadapan mangkuk nasi goreng wangi menusuk hidung.

" Aah, kami gerak pagi ni sampai sana nanti rehat kejap rumah andak nanti adik keluar asrama kami pergi ambil dia pula. Selalunya lepas solat jumaat baru warden dia lepas student keluar." Cik Ros membalas pertanyaan aku.

" Ok laa kalau macam tu." balas aku ringkas.

Belum jam 8 aku sudah sampai di tempat kerja. Sengaja aku bertolak awal. Mengelak dari perbual panjang dengan kak Lisa. Kak Lisa kakak sulung yang sangat penyayang. Kasih akan adik beradik. Setiap apa yang umi dan abah arahkan dia akan akur menurut perintah.
Tapi entah mana silapnya, Kak Lisa menolak cadangan Cik Ros untuk menyatukan hati dia dengan Nazif. Mungkin dia ada pilihan sendiri. Tapi disebabkan penolakan itu umi terasa hati namun dalam diam umi masih berusaha untuk menyatukan mereka.
Aku hanya memendam rasa. Dalam aku menaruh hati ada hati yang perlu aku jaga.Hati sendiri biar aku yang jaga. Aku ikutkan saja cadangan umi . Mungkin ada baiknya aku beralah. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Namun yang pasti dalam mengelak bukan bererti menolak. Jadi lebih baik pendamkan saja.

Setahun lalu..
" Akak, Nadia nak tanya sikit boleh.?" soal aku sambil duduk bersila diatas lantai sementara meraut pelepah kelapa untuk dibuat penyapu lidi.
" Tanyalah." sepatah Kak Lisa membalas.
" Akak tak suka ke dengan Si Nazif tu.?" soal aku hairan.
" Kenapa pula tak suka, dia ok dia baik umi abah pun suka dia." Balas Kak Lisa bersahaja.
" Habis tu kenapa akak tak setuju je dengan cadangan umi tu.?" soal aku. " Akak ada pilihan sendiri ke.?" sambung aku lagi.
" Dia bukan jodoh akak kot. Nadia kalau betul dia jodoh akak macam mana akak tolak pun dia tetap jodoh akak. Tapi buat masa sekarang biar lah masa yang tentukan kami berjodoh atau tak." Balas Kak Lisa masih tekun meraut lidi.
" Entah la kak, mungkin sebab Nadia ni sekolah lagi jadi Nadia tak faham maksud jodoh tu sendiri. Nadia bukan apa kak, umi tu selalu cakap dengan Nadia nak satukan akak dengan Nazif tu." aku terdiam seketika. " Dia nak sangat Nazif tu jadi menantu dia. Akak pun tau kan Nazif dengan umi tu dah berapa tahun kenal."

" Apa kata kalau Nadia je kawin dengan Nazif tu." Kak Lisa serkap jarang.
" Apa akak mengarut ni, Nadia sekolah lagi tau, dua tiga tahun lagi nak habis. Lagi pun dia mana nak budak sekolah." aku membalas kata kata Kak Lisa. " Lagi pun dia bukan test Nadia lah." aku ketawa kecil menyembunyi rasa dia hati.
" Kalau macam tu Nadia habiskan dulu sekolah, habis sekolah kawin lah dengan dia." Kak Lisa bersahaja memberi cadangan.
" Akak, umi nak akak yang kawin dengan Nazif bukan Nadia. Nadia ni adik akak, Nadia pun nak tengok akak naik pelamin ada suami ada anak."
Laju saja tangan aku menyusun lidi yang berterabur untuk diikat dengan tiub hitam motor yang siap dipotong. Kak Lisa pula sibuk mengumpul daun kelapa untuk dibuang.


"NADIA!!" suara Najihah memecah sunyi pagi. " kau berangan eh.?"
" Tak lah, kau ni tak baik tau main terjah macam tu." aku membetulkan posisi duduk.
" Awal kau pagi ni, dah punch kad ke belum.?" soal Najihah sambil duduk di atas meja aku.
" Belum, tolong lah. Kau bukan tak biasa kan buat macam tu. "
" Boleh no hal, tunggu pukul 10 nanti aku punch kan. Bye." Laju Najihan bangkit menghilang.
" Ok, aku harapkan kau ni, pukul berapa pun tak kisah." balas aku kembali. " Kau punch lambat kita putus kawan." omel aku sambil tersenyum sendiri.
" Nadia petang nanti tolong hantar ni dekat Intan, dia tunggu dekat butik." Fail putih bertukar tangan.
" Kalau saya hantar awal boleh.?" soal aku. " sebab saya nak keluar sekejap petang ni."
" Tak kisah la, sebabnya memang dah janji nak hantar petang. Kalau hantar sekarang takut dia keluar jumpa client pula." ujar Kak Azlina.
" Tak pun, saya hantar dulu fail ni lepas tu saya melencung kejap ya." ujar aku berseloroh.
" Boleh lah, nanti dah hantar bagi tahu saya ya. Kau jangan dating pula." serentak kami ketawa.
" Kalau dating saya tak bagi tahu sesiapa. " balas aku kembali dalam tawa kecil. " balik rumah kejap, Fahimi balik dari asrama kunci rumah dengan saya."
" Ha yelah." Kak Azlina hilang ke arah belakang. " Nadia, awak start cuti esok sampai isnin kan.?"

" Aah, esok sampai isnin." aku menoleh ke arah Kak Azlina yang berdiri di muka pintu ruangannya.

" Make sure kerja awak siap petang ni." arahan dikeluarkan. Aku tersengeh.
" Esok pagi saya masuk kejap." Balas aku yakin. Kak Azlina tersenyum sebelum hilang di balik dinding.

" Bagi kerja last minit pastu sibuk nak warning orang." Najihah muncul di depan meja aku. " selalu macam tu, sedangkan dah mohon cuti seminggu awal."

" Otak kau la nak membawang dekat sini, anak buah dia dengar macam mana." aku menampar lengan Najihah kuat.

" Sakit.!" kerusinya ditarik. Lantas duduk menghadap mejanya. " Biar dia dengar." laju tangan kanannya mengosok lengan kirinya. Perit mungkin ditampar aku.

" Diamlah kau." aku kembali menyambung kerja sambil curi curi mencari kelibat Ardilia. Penyampai nombor satu Kak Azlina.

Buat masa sekarang fikiran aku hanya pada kerja. Bukannya tidak ada tawaran sambung belajar. Kata orang bila sudah merasa duit pencarian sendiri agak susah hendak berpatah balik. Biarlah aku dengan cara aku sendiri asalkan umi dan abah menyokong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience