Bab:2

Drama Completed 1640

"Woi pompuan ! Lambat balik?"Soal seorang wanita bernama Ida.Ida ini sebenarnya mama tiri Fathia.Papa Fathia,Helmi,telah berkahwin dengan Ida secara senyap ketika mama Fathia,Syasya sedang sakit.Akibat kejutan yang dialaminya,Syasya akhirnya tenat.Dia tiada semangat untuk teruskan hidup lagi.
Sangkanya,Helmi kahwin lain kerana sakitnya,sedangkan,Helmi memang curang ketika bersamanya.Apabila Syasya sakit,dia mengambil peluang itu untuk dijadikan alasan.
"Ya,mama."Jawab Fathia dengan malas sekali.Benci sekali rasanya apabila melihat wajah wanita yang hanya menyemakkan pandangannya itu.
"Mama ! Nampak handphone Nana tak?"Soal gadis berusia 17 tahun itu.
Matanya menjeling tajam ke arah Fathia.
Fathia pura-pura tidak nampak.
'Budak ni,dah la mengada macam monyet,beli semua benda pakai duit bapak aku.'Gerutu Fathia dalam hati.Bukan dia tak tahu.Nana membeli semuanya pakai duit Helmi.Sedangkan dia,handphone beli pakai duit sendiri,tudung,baju semua beli pakai duit sendiri.Sekarang ni tunggu masa aje nak beli kereta.Biar putih mata keluarga angkatnya !
"Pergi tengok dekat ruang tamu !"Jerit Pn.Ida.
"Pompuan ni buat sakit mata ajelah ! Pegi masuk bilik !"Jerkah Nana padanya.
Darah Fathia naik apabila mulut Nana mula naik bisa.
"Nana ! Jaga mulut tu sikit eh !"Jerkah Fathia pulak.
"Amboi ! Dah pandai marah anak aku?!!"Marah Pn.Ida.
Fathia berdiam diri tidak mahu kurang ajar walaupun bersama mama tirinya.
"Eh,Thia?Baru balik ke?"Soal Encik Helmi dengan lembut.
Fathia menundukkan pandangannya.
"Ya,papa."Jawab Fathia dengan sopan.
Walau benci mana sekalipun dia pada papanya,Helmi tetapi papa kandungnya.
"Awak tengok anak awak ni,abang ! Dah pandai melawan cakap !"Adu Pn.Ida.
Kening Fathia naik sebelah.
"Dia cakap apa?"Soal Helmi.
"Dia..."
"Papa,Thia masuk bilik dulu ya?"Celah Fathia dengan sengaja.
"Ya,masuklah."Jawab Encik Helmi pula.
"Tengok tu ! Menyampuk orang tua bercakap !"Jerkah Pn.Ida.
"Sudahla awak ! Asyik nak mencari salah orang aje ! Salah diri sendiri tak nak tengok !"Marah Encik Helmi yang tahu benar perangai isterinya.
"Amboi ! Awak ni dah pandai marah saya pulak?!!"Jawab Pn.Ida dengan berani.
Fathia pula hanya mendengar kedua ibu bapanya bergaduh.
Sebaik sahaja dia menjejak kan kakinya ke dalam bilik,Fathia mengeluh.
Walaupun semuanya dia ada,kerja,rumah,bilik sendiri,ibu bapa,namun hatinya terasa kosong.Kerana mama tirinya atau kerana dia masih tidak berpunya?

"Awal kau balik,Thia?"Soal teman baiknya,Latiff.Fathia tersenyum manis.
"Dah kerja siap awal,balik pun awallah ! Lagipun aku ada hal ni.Bye,assalamualaikum."Ujar Fathia lalu dengan pantas berlalu pergi.Gajinya hari ini.Simpanannya sudah mencukupi.
Masa untuk beli kereta !

"Amboi,kereta sape tu?"Soal Pn.Ida.Fathia tersenyum.
"Kereta sape lagi?Kereta Thia lah..."Jawab Fathia dengan hidung kembang kempis.
Kereta Persona biru telah menawan matanya.
Apalagi,ambik la !
"Kau beli pakai duit sendiri ke?"Soal Pn.Ida penuh minat.Fathia menggiakan.
"Wah !!! Kak Thia ! Nana nak pinjam boleh?Nak pegi kedai,beli barang perempuan kejap.Boleh?"Soal Nana pula.
Senyuman Fathia pudar.
"Mana boleh.Akak baru beli ! Kereta ni akak aje yang boleh naik."Jawab Fathia penuh bangga diri.
Keterujaan Nana hilang.
"Kedekut !"Jeritnya.
Pn.Ida menjeling.
"Ada lesen ke tak,kau ni?"Soalnya kasar.
"Adalah."Jawab Fathia.
"Kau bagilah Nana naik kejap.Dia dah teringin sangat tu."Pujuk Pn.Ida apabila terpandang muncung anaknya.
"Suruhla papa Thia beli."Jawab Fathia berani.Mata Nana membulat.
"Fathia ! Papa kau,papa aku jugaklah !"Marah Nana dengan wajah bengis.
Pn.Ida mahu membuka kata,namun
Fathia sudah berlalu ke biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience