Bab:6

Drama Completed 1635

"Awak,jom kita jumpa?"Suara garau Hafriz muncul di talian.Fathia diam.Otaknya ligat berfikir.
"Tak boleh lah awak... saya banyak kerja ni.Maaf ya?"Fathia merasa serba salah.
Hafriz mengeluh kasar.Fathia gementar.
"Awak ni sebenarnya tak ikhlas bersama saya kan?"Marah Hafriz.
"Maafkan saya,Hafriz."Pinta Fathia.
"Okeylah.Bye."Hafriz memutuskan talian tanpa memberi salam.
Fathia tahu Hafriz berjauh hati.
Dia masih berasa tidak selesa bersama Hafriz.

"Thia,jom lunch sekali?"Ajak Zarul.Fathia kaku.Kalai kantoi dengan Hafriz dia lunch dengan lelaki lain,pasti dia kecewa.
"Thia,jomlah !"Jannah bersuara pula.
"Owh,Cik Jannah pun ada rupanya.Okeylah."Fathia iyakan.
"Itu baru Fathia Kasih yang I kenal."Ujar Jannah senang hati.
Fathia tersenyum hambar.

"Hah !"Mulut Fathia melopong melihat Hafriz bersama seorang wanita berambut coklat.Berbaju kotak merah.
Matanya merah tiba-tiba.
"Ini kerja dia ya..."Detik Fathia.
Dia berjalan mendekati mereka.
"Eh,Thia !"Jannah dan Zarul memanggil serentak.
Apabila Fathia semakin mendekat,wanita itu memeluk tangan Hafriz.Seperti tidak dipercayai,Hafriz hanya membiarkannya.
"Assalamualaikum."Sapa Fathia dengan lembut dan sopan.
"Waalaikumussalam."Wanita itu menjawab tetapi Hafriz pula terkejut melihat Fathia di situ.
"Thia !"Jerit Hafriz.
Wanita itu kehairanan.
"Oh,ini kerja awak rupanya ya,Hafriz.Saya bekerja keras untuk kesenangan kita,tapi awak pulak menggatal dengan betina tak guna ni ya?!!"Marah Fathia.Suaranya dicuba sedaya-upaya diperlahankan.
Wanita itu bangun.Marah dirinya digelar betina.
"Hoi pompuan !!! Kau panggil aku apa?!! Kau cari pasal dengan orang yang salah hari ni !!!!"Pekik wanita itu lalu menghayunkan tangannya.
PANG !
Fathia jatuh tersungkur.
Pipinya disentuh.Merah !
Hafriz tergamam.Wanita itu mahu menyerang namun ditahannya.
"Apa yang you buat ni,Leah ! You jangan berani nak sentuh dia lagi !!!"Marah Hafriz dengan wajah yang bengis.Leah ketakutan.
Fathia tidak suka dirinya diperlakukan sebegitu rupa.Dia bangun dan menampar perempuan itu pula.
PANG !
Hafriz sekali lagi tergamam.Tidak disangkanya Fathia akan bertindak sebegitu rupa.
Wanita itu pula tersungkur.
"Pegi mampos dengan betina macam kau."Bidas Fathia.Hilang semua kesopanannya.
Leah tersentak.Terkejut dengan wanita bertudung seperti Fathia berani menamparnya.
Fathia merenung Hafriz dengan mata yang bergenang.
"Thia,I..."
"Saya tak sangka awak macam ni kan,Hafriz.Kalau macam ni,pertunangan kita takde maknanya."Ujar Fathia perlahan.
"Jangan cakap macam tu,Fathia.Thia..."
Fathia meletakkan cincin pertunangannya di atas meja makan.
Zarul dan Jannah yang memerhati dari jauh terpinga-pinga dengan apa yang terjadi.
Apakah?
Hafriz mengelap air matanya.Dia tidak boleh menangis.Tidak ! Semuanya hanyalah salah faham ! Fathia tetap akan jadi miliknya.Dia pasti !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience