Bab:1

Drama Completed 1640

Fathia mengeluh apabila seorang pakcik tua berjanggut hitam duduk di sebelahnya.
'Ish pakcik ni pun ! Tempat duduk banyak dia nak duduk sebelah aku jugak !'Keluh Fathia di dalam hati.
Fathia memandang pakcik itu.Pakcik itu tersenyum memandang Fathia.
'Eee... gigi dah ka kuning.Ada hati nak ngorat aku.Rumah kata pergi,kubur kata mari pun masih macam ni lagi.Haihh...'
Gerutu Fathia di dalam hati.
Fathia menjauhkan tubuhnya daripada pakcik tersebut.Tubuh Fathia bagai direnjat elektrik.Pakcik itu sedang membelai tangannya !
PANG !!!
"Pakcik ! Pakcik jangan kurang ajar eh?Kalau pakcik buat macam ni lagi,saya jerit kang."Ugut Fathia.Wajahnya dibengiskan sebengis mungkin.Padan muka ! Dapat penampar free !
Pakcik itu tersengih.
Seorang jejaka berlalu,Fathia segera bangun dan memaut erat tangan pemuda tersebut.
"Abang ! Dah lama saya tunggu abang ! Abang tengok lelaki ni,dia pegang tangan Thia,bang."Adu Fathia kepada jejaka yang tidak dikenalinya itu.
Lelaki itu kebingungan.
"Abang ! Penampar la dia !"Arah Fathia.
Spontan jejaka itu mengangkat tangannya seperti robot.Dengan tubuh yang sado sepertinya,sekejap sahaja pakcik itu boleh tumbang.
Pakcik bergigi kuning itu tersengih ketakutan.
Penumpang yang lain memandang penuh minat.
"Maafkan pakcik,nak.Pakcik janji tak buat dah."Pinta pakcik itu.
"Hei ! Rumah kata pergi,kubur kata mari pun pakcik nak menggatal lagi ! Ingat pakcik,kita hidup bukan selamanya...
Kita ni... kena sentiasa ingat Allah.Allah sentiasa ingatkan kita tapi kita tak pernah sentiasa ingatkan Dia ! Nabi Muhammad SAW pun waktu mati,dia tak fikir pasal isteri dia ke,anak-anak dia ke,dia fikir pasal kita,umatnya.Pakcik tak rasa bersalah ke?Pakcik... pakcik pergilah balik rumah jaga bini dengan cucu.Jangan buat perangai tak senonoh !!!"Fathia berleter panjang.Lelaki yang dipautnya tergamam bersama penumpang lain yang mencuri dengar.Panjangnya ceramah !
Bas berhenti.Tudia ! Fathia berleter hingga mereka tiba di destinasi.Telinga pakcik itu memerah.Malu rasanya seumur hidup.
'Sampai mati aku tak akan jejakkan kaki ke dalam bas ni lagi dah !'Bisik hati pakcik itu.

Fathia menghembus nafas lega.Lelaki yang masih dipautnya hanya melihat perbuatan Fathia.Fathia dengan segera melepaskan tangan pemuda tersebut.
"Maafkan saya,saya tak sengaja.Terdesak sangat tadi !"Terang Fathia dengan cemas.
Jejaka itu menyimpan tawa.
"Takpe."Ujarnya pendek.
"Saya Fathia.Panggil saya Thia."Mudah Fathia mengenalkan diri.Jejaka itu tersenyum manis.
"Saya Hafriz Lutfi.Panggil saya Hafriz."Kenal Hafriz pula.
Fathia membalas senyuman Hafriz.
"Terima kasih sebab tadi,Hafriz.Jumpa awak nanti.Bye !"Ujar Fathia lalu berlalu pergi dengan tergesa-gesa.
Hafriz ketawa melihat Fathia.
"Fathia...Fathia.. comelnyee engkau."
Ujar Hafriz dalam diam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience