Bab:14

Drama Completed 1635

"Abang."Panggil Fathia.
"Ya?"Soalnya.Dia merenung Fathia penuh asyik.Fathia melarikan matanya.Tidak mahu hanyut di lautan godaan ciptaan Hafriz.
"Abang kenal tak siapa yang buat Latiff mengandung?"Soalnya mahu menguji suaminya.
"Tak.Kenapa?"Soalnya kembali.
Fathia menghembus nafas resah.
"Sebenarnya kan,Thia kenal."Akui Fathia.Hafriz tersentak.
"Apa?!!"
Fathia terkejut.
"Siapa Thia?Siapa?!!"Soalnya.
Fathia mahu membuka mulut namun Hafriz mencelah,"Ahah ! Abang tahu ! Ini mesti Ikhwan bekas tunang Latiff kan?!!"Soal Hafriz lantang.
"Bukan ! Bukanlah bang ! Ini orang lain.."Ujar Fathia perlahan.Hafriz mendekatkan wajahnya.
"Latiff kena rogol ke?"Soalnya perlahan.
"Bukanlah abang !!!"Kuat Fathia membalas.
"Habistu?"Soalnya lagi.
"Latiff terlanjur dengan... bekas teman lelaki dia,Amir."Jelas Fathia.
Hafriz bangun.
"Jadi abang ni pak sangguplah ya?!!"Marah Hafriz.Fathia menunduk.Ketakutan melihat Hafriz marah seperti itu.
"Abang yang gatal... eh bukan ! Abang yang kahwin dengan dia kan?Abang pikir lah sendiri."Sindir Fathia.
"Thia,ini tak boleh jadi.Abang takkan benarkan siapa-siapa ganggu hubungan kita.Kita kena mintak Amir bertanggungjawab."Tegas Hafriz.
"Tak boleh abang ! Amir dah nak kahwin... kita tak boleh robohkan masjid orang.Berdosa..."Ujar Fathia dengan polos.
Hafriz geleng.
"Habistu?Salah dia lah yang berzina dengan Latiff.Abang yang kena bertanggungjawab kenapa?!!"Marah Hafriz Lagi.Fathia diam.
Hafriz menarik isterinya ke dalam pelukan.
"I'm sorry for what happen to us."Pinta Hafriz tulus.
Fathia menangis.
"Sayang?Janganlah nangis."Pujuk Hafriz lembut sekali.
Fathia akhirnya tertidur di dalam dakapan erat suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience