Bab:4

Drama Completed 1635

"Eh,Thia ! Kita jumpa lagi !"Tegur Hafriz sambil mencuit bahu Fathia dengan mesra.Fathia menoleh pantas.
"Hafriz !"Spontan bibirnya mengukir senyum manis.'Asal jumpa mamat ni je senyum,pastu hati berbunga bunga.Kenapa dengan kau,wahai hati !'
Marah hati Fathia sendiri.
Hafriz berasa riang melihat senyuman manis Fathia,gadis idamannya itu.
"Bukan ke dah terang?Kita ni memang berjodoh ! Mesti jumpak kat mana-mana punya !"Ujar Hafriz riang seperti budak-budak.Fathia menyimpan tawa.
"Memandai aje awak ni ! Bumi ni memang kecil pun.Musytari lagi besar tau !"Ujar Fathia yang pura-pura marah sedangkan hatinya sedang riang.
"Jangan nak nafikan,Fathia.Kalau kita dah tak jumpa kat mana-mana,saya akui kata-kata awak.Tapi kalau kita berjumpa lagi lepas ni,yang digelar kebetulan,saya akan terus masuk meminang awak.Itu namanya,takdir.Assalamualaikum."Ujar Hafriz dengan hati yang terluka.Dia berasa amat gembira setiap kali bersama Fathia.Namun Fathia asyik menafikannya ! Hatinya risau jika terdapat lelaki lain di dalam hati gadis tersebut.Dia terus berlalu meninggalkan Fathia yang terkulat-kulat sendirian.Hatinya dirundum resah.
Macam mana kalau mereka bertemu lagi selepas ini?Bagaimana kalau Hafriz benar-benar mengotakan janjinya?

"Assalamualaikum."Latiff memberi salam.
"Waalaikumussalam."Jawab Fathia sambil menuruni tangga dengan gelojoh.
Nana menjeling kakak angkatnya."Macam budak-budak."Ujar Nana dengan perlahan namun masih didengari Fathia.
"Biarlah !"Jawab Fathia.Nana memekakkan telinganya.
Latiff hanya memandang.
"Korang ni bila nak berbaik?Kerja nak gaduh aje !"Soal Latiff.
"NEVER !"Fathia dan Nana menjawab serentak.
Latiff menggelengkan kepalanya.

"Thia,kejap lagi ikut saya pegi lunch ya?"Ajak Zarul sambil keningnya menari-nari.Fathia adalah gadis atau wanita paling cantik,jelita dan lemah lembut di pejabatnya.Sudah lama dia meminati Fathia secara senyap.
"Okey,Encik Zarul."Akur Fathia.
Orang atasan ajak lunch,why not?

"You,dah ada boyfriend ke,Thia?"Soal Zarul dengan mesra sekali.
Fathia langsung tidak menjangka kan apa-apa.
"Takde,Encik Zarul."Jawab Fathia dengan naif.
Zarul tersenyum dalam diam.
"Kalau macam tu,apa kata I je yang jadi boyfriend you?"Kias Zarul.
Fathia memandang Zarul yang tersengih-sengih.
"Tak pelah,Encik Zarul.Encik Zarul kan dah ada Jannah?Nanti makwe Encik marah."Tolak Fathia dengan sopan.
Mata Zarul membulat.Seleranya hilang melayang.Tidak disangkanya yang Fathia mengetahui siapa teman wanitanya.
"Macam mana you kenal Jannah?"Soal Zarul dengan berhati-hati.
"Jannah kan datang office Encik Zarul semalam.Hampir setiap hari dia datang,kan?"Ujar Fathia pula.
Zarul berpura-pura batuk.

"Oh ! Ini rupanya kerja awak ya,Thia ! Patutlah saya ajak couple awak tak nak ! Rupanya dah ada jantan lain !!!!"Hafriz tiba-tiba muncul dan memekik.
Fathia terkulat-kulat.
"Hafriz?Apa yang awak cakap ni?Masa bilanya awak ajak saya couple?"Soal Fathia pula.Namun secara lembut.
Zarul hanya memerhati.
"Alah,takkanlah awak bodoh sangat nak faham maksud saya !!!"Tengking Hafriz tanpa mempedulikan mata yang memandang.
"Encik,kalau nak cari gaduh,sila keluar.Jangan buat kacau dalam kedai saya !"Ujar seorang lelaki memakai sut berkumis nipis menegur dengan tegas.
Hafriz merenung wajah Zarul menunjukkan yang dia berdendam.
Dahi Zarul berkerut.
"Apa masalah dia ni?"Soal Zarul apabila Hafriz sudah tiada.
Fathia hanya diam.
"Maaflah Encik Zarul,saya kena balik sekarang.Nanti mama marah saya balik rumah lambat.Assalamualaikum."Ujar Fathia lalu berlalu pergi.
Zarul menjawab salam di dalam hati.

"Awak,apa masalah awak ni ! Buat malu aje tadi tu ! Muka tembok betul !"Marah Fathia.Dia berasa kasihan dengan Zarul yang dituduh jantan.
"Habistu awak tu !"Balas Hafriz pula.
"Saya apa?!!!"Fathia menjerit kuat.Kesabarannya ada batasnya.
Hafriz mengalihkan kepalanya ke kanan,manakala Fathia pula mengalihkan kepalanya ke kiri.
Lima minit kemudian,Hafriz berkata,"Saya minta maaf."Pintanya.
Fathia merenung mata Hafriz.
'Hancur iman aku.'Bisik hati Hafriz.
"Kenapa awak buat macam tu?"Soal Fathia ingin tahu.
"Sebab saya cintakan awak."Ucap Hafriz dengan selamba.
Wajah Fathia memerah.
"Betul ke?"Soalnya.
"Ya."Balasnya.
Diam.
"Awak,saya nak datang merisik awak."
"APA?!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience