Bab:11

Drama Completed 1635

Hafriz memutarkan radio kereta.Sakit hatinya pada Latiff memang tak boleh bawak bincang dah.Dia mesti berjumpa Latiff sekarang jugak !
Dia membuka pintu rumah Latiff tanpa memberi salam.Tidak berkunci.
Latiff sedang menonton televisyen.
Hafriz mendekati.Ditarikya rambut Latiff kasar.
"ARGHH !!"Latiff menjerit.
Hafriz memaksa Latiff memandangnya.
"Latiff.Kan aku dah cakap jangan sampai terbongkar.Yang kau bodoh sangat pegi telefon Fathia semalam tu kenapa?!!"Marah Hafriz.
Mata Latiff bergenang.
"Maafkan Latiff bang.Itu bukan Latiff.Itu mama Latiff..."Ujar Latiff tersekat-sekat.
Hafriz naik angin.
"Kan aku dah cakap jangan panggil aku macam tu ! Geli ! Kau dengan mak kau pun bodoh ! Tak faham bahasa ! Jangan ganggu hidup aku dengan Thia boleh tak !!!"jerit Hafriz.Telinganya merah.
Latiff merentap rambutnya dari pegangan suaminya.
"Hafriz !!! Jangan panggil mama Latiff macam tu ! Dia tak bodoh ! Latiff yang suruh dia telefon engkau ! Lagipun apa salah nya Latiff nak dapatkan hak Latiff?!!"Ujar Latiff pula.
Hafriz merenung Latiff dengan kemarahan yang tidak dapat dibendung.
"Latiff kau dengar sini baik-baik eh... kau jangan lupa bagitau mama kesayangan kau tu sekali.Perkahwinan kita hanya sementara.Apabila sampai masanya,aku akan ceraikan engkau !!!"Jerit Hafriz lantang.
Latiff jatuh terduduk.Sungguh hatinya terguris.Hafriz memperlakukan dirinya seperti dirinya tiada harga diri.Sedikit pun Hafriz tidak mahu menyentuhnya.

"Eh,Fathia.Cepatnya kau nak balik ! Ada apa apa ke?"Soal Nur sengaja ambil tahu.
"Aku nak jumpak Latiff,Nur..."Terang Fathia.
Dia memasuki kereta Personanya.
Nombor Latiff didailnya.Rasa bersalahnya pada Latiff belum surut kerana tidak hadir semasa persandingan kawan baiknya.
"Ish,apahal Latiff nih... boleh pulak dia tak angkat."Rungut Fathia.Dia parkir keretanya di hadapan rumah Latiff.
'Macam kenal je kereta nih.'bisik hati Fathia.
Dia membuka pintu rumah Latiff.
"Maafkan Latiff bang.Itu bukan Latiff.Itu mama Latiff..."Fathia terdengar suara sebak Latiff.
'Apa yang dia cakap ni?Bergaduh dengan suami ke?'Soal hatinya.
"Kan aku dah cakap ! Jangan panggil aku macam ! Geli ! Kau dengan mak kau pun bodoh ! Tak faham bahasa ! Jangan ganggu hidup aku dengan Thia boleh tak?!!"Jerit suatu suara lelaki.
Fathia tersentak.Hafriz?
Dia mencuri pandang.
Hafriz sedang merenung penuh kemarahan ke arah Latiff yang terduduk di atas lantai.
"Hafriz ! Jangan panggil mama Latiff macam tu ! Dia tak bodoh ! Latiff yang suruh dia telefon engkau ! Lagipun apa salahnya Latiff nak dapatkan hak Latiff?!!"Lawan Latiff.
"Latiff... kau dengar sini baik-baik eh.Kau bagitau mama kesayangan kau tu sekali,perkahwinan kita hanya sementara,apabila sampai masanya,aku akan ceraikan kau !!!"
Fathia tersentak.Latiff berkahwin dengan suaminya?
Apa?
Fathia mendekati mereka.
Hafriz tergamam.
"Sayang?"
"Fathia..."Latiff bersuara.
"Abang... apa yang..."Soal Fathia.
"Maafkan abang sayang... abang dipaksa mommy untuk kahwini Latiff.Abang tiada pilihan..."Rayu Hafriz.
"Lelaki,seorang memang tak pernah cukup kan?"Yang ada hanya esakan tangis hiba.
Hafriz jatuh terduduk.
Latiff bangun.Dia sudah tidak peduli akan persahabatannya selama 20 tahun bersama Fathia.Semuanya hanyalah sia-sia.
Dia sudah bersama Hafriz.Mungkin memang jodohnya bersama Hafriz?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience