Bab:13

Drama Completed 1728

"Eh,Hafriz..."Mommy Melissa mengukir senyum apabila ternampak kelibat anaknya.Latiff sudah datang ke rumahnya untuk memberitahu sesuatu.
Hafriz membuka tombol pintu dengan kasar.Tanpa salam,dia menampar kuat pipi Latiff.
PANG !
Latiff jatuh terduduk.
"Hafriz ! Kenapa kamu tergamak pukul isteri kamu ni Hafriz !!! Jangan jadi dayus Hafriz..."Marah Puan Melissa.Dia mendekati Latiff.Mata Latiff menjadi merah kerana sebak.
"Mommy... Latiff ni... dia mengandung tahu tak?!!"Jerkah Hafriz seperti hilang pedoman.Hilang juga rasa hormatnya pada mommy.
Puan Melissa bangun.
"So what?!! Hafriz jugak yang mengandungkan dia kan?!!"Tengking Puan Melissa pula.
Hafriz merenung Latiff geram.Mahu sahaja dibunuhnya perempuan sundal ini.
"Anak yang dia kandung... bukan anak Hafriz."Terang Hafriz perlahan.
Puan Melissa ternganga.Dia memandang Latiff pula.
"Apa... Latiff...?"Panggilnya.Latiff menunduk.Kebenaran memang menyakitkan.Realitinya tidak seindah mimpi.
"Betul mommy... ini bukan anak Hafriz.Ini anak..."
PANG !!!
Hambik kau ! Tamparan ini sememangnya dua kali ganda lebih kuat dari Hafriz punya.Jangan buat main dengan mommy !
"Hafriz tak pernah sentuh dia mommy.Sikit pun tak."Jelas Hafriz lagi.Puan Melissa merasa dunianya berpusing.Perlahan-lahan dia rebah ke lantai.
BUK !
"Mommy !"Jerit Hafriz.Dia mengendong mommynya tanpa menghiraukan Latiff yang masih di lantai.
Latiff menutup matanya.Air matanya mengalir tanpa henti.Itulah kata orang, 'Kerana pulut santan binasa,kerana mulut,badan binasa.'
Apalah nasib...

"Thia..."
"Abang,kan Thia dah cakap,jangan ganggu hidup Thia lagi boleh tak?!!"Marah Fathia.
"Sayang,mommy masuk hospital sayang..."Jelas Hafriz dengan pantas.
"Apa?!!"

"Nur,kau kena teman aku pegi hospital.Siap cepat !"Arahnya lalu berlalu.
"Haa?"Nur tidak mengerti.

"Mommy?"Panggil Fathia.Hafriz di sebelah tidak dipedulikannya.
Puan Melissa membuka mata.
"Thia...Thia datang jenguk mommy ya?"Soal Puan Melissa.
Fathia menggenggam erat jemari Puan Melissa.
Mata Puan Melissa bergenangan.
"Janganlah nangis mommy... Mommy tak sakit teruk pun.Percayalah."Pujuk Fathia lembut.
Puan Melissa mula teresak-esak.
"Maafkan mommy Thia.Mommy... mommy yang paksa Hafriz untuk kahwin dengan Latiff."Jelas Puan Melissa.
Fathia tersentak.Apa?
Ditariknya jemarinya dari genggaman Puan Melissa.
Spontan dia memandang suaminya.
"Abang... Thia nak jumpa abang boleh?"Soalnya lembut.
Hafriz akur.Mereka pergi ke cafe yang terdekat.
"Maafkan Thia,bang.Thia yang bersalah.Thia patut dengar penjelasan abang,kan?"Pinta Fathia lembut sambil jemarinya mengelus jemari Hafriz.
"Abang maafkan.Takpelah... Thia tak salah pun.Latiff lah yang salah.Tak pandai jaga diri."Pujuk Hafriz lembut.
Alhamdulillah... berbaik sudah pasangan suami isteri ini...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience