Bab:9

Drama Completed 1635

Fathia mengeluh.
"Sayang ni dah kenapa?"Soal Hafriz hairan melihat isterinya muram.
"Takde apalah."Sembunyi Fathia.Baginya,tidak baik jika dia mengaibkan teman baik dia sendiri.Memang dia marah dengan tindakan Latiff.Tapi mereka sudah berkawan selama 20 tahun.Apatah lagi nasi sudah menjadi bubur.Latiff memerlukan seorang peneman sekarang.Ada baiknya juga dia berkahwin daripada bertindak liar.
"Sayang,tak baik tau berahsia dengan suami."Lembut bicra Hafriz.
Fathia memandang wajah tampan Hafriz.
"Betul... takde apa.Pasal Latiff je pun."Ujar Fathia perlahan.Hafriz memegang dagu Fathia agar Fathia memandangnya.
Mata mereka bertembung.
"Thia..."Panggil Hafriz.
"Ya bang."Jawab Fathia.
Hafriz merenung Fathia.Fathia semakin tidak selesa.
"Latiff nak kahwin."Ujar Fathia lebih seperti berbisik.
"Baguslah tu ! Dah tu?Kenapa masam je muka?"Soal Hafriz lagi.
Fathia menggeleng.
"Taklah... Thia cuma sebak je.Kawan baik Thia dah nak kahwin.Yey !"Ujar Fathia penuh kepura-puraan.Hafriz mengesannya.
"Takpelah kalau macam tu.Dah,jom tido.Lewat malam dah ni."Ajak Hafriz tidak mahu terlalu memaksa.
Fathia akur.
Di dalam hatinya terlintas, 'Kenapa Hafriz tak nak sentuh aku langsung?Ada yang kurang dengan aku ke?Ke bau badan aku busuk?'soal hati nya lalu hidungnya cuba menghidu bau ketiaknya.Wangi saja ! Pakai deoderan.Fathia sedikit tersinggung kerana Hafriz langsung tidak menyentuhnya.Fathia mengalihkan tubuhnya.Hafriz sudah menutup mata.
Fathia mendekatkan tubuh mereka lalu memeluk Hafriz erat.Hangat dan selesa.Akhirnya Fathia tertidur begitu sahaja di dalam pelukan Sang Suami.
Hafriz dalam diam mengukir senyum bahagia.

Sedar tak sedar masa berlalu begitu saja.Latiff juga sudah bertunang.

Setahun berlalu

Hari pernikahan Latiff sudah tiba.
Latiff kini sudah bersiap cantik,glamour dan mewah.
Jelita sungguh orangnya.
"Mama,Ikhwan mana ma?Pihak lelaki tak sampai lagi ke?"Soal latiff dengan manja dengan lentok.
Mama Latiff yang bernama Puan Mariam itu menggeleng.
"Tak pun.Latiff tunggu kejap ya,ma pegi call diorang kejap."Ujar Puan Mariam lalu berlalu.
Peluh menitis di leher Latiff.Dia begitu gementar.Tangannya mencapai handphonennya.
"Hello,Thia.Kau kat mana?"Salam tidak diberi.Latiff terus menerjah.
"Latiff aku mintak maaf sangat-sangat.Tiba-tiba je bos aku adakan meeting.Aku tak boleh pegi lah.I'm so sorry."Pinta Fathia serba salah.
"Alah kau ni !"Latiff merajuk.
"Eleh,aku nikah dulu pun kau tak datang kan?"Sindir Fathia.
"Ish,yalah yalah !Tak payahlah nak ungkit !"Marah Latiff.Hilang seri pengantinnya.
"Okey bye.Ada mesyuarat nih."Fathia terus memutuskan talian.
Latiff merengus marah.
"Latiff ! Ikhwan takde ! Pengantin lelaki hilang !"Jerit Puan Mariam.
Mata Latiff membulat.
"Apa ma?!!"Jeritnya pula.

"Mana pengantin ni?Tak keluar-keluar."Ujar Hafriz.Disebabkan Fathia tak dapat datang,dia datang bagi pihak isterinya.
"Melissa ! Ada masalah ! Kau kena tolong aku."Ujar Puan Mariam tergesa-gesa.
Dia terpandang Hafriz.
Tampannya anak sahabat baiknya.
"Kenapa ni?"Soal Puan Melissa.
"Bawak anak kau sekali !"

"What?!! Apa mommy?Hafriz dah kahwin lah !! Mana boleh kahwin dengan kawan baik Thia sendiri !"Jerit Hafiz penuh kemarahan.Puan Mariam terkejut.Hafriz sudah berkahwin?
Dengan Fathia?!!
"Alah... Itu kamu pikirlah kemudian.Nanti kita bincang.Sekarang,kamu pegi dekat tok kadi tu."Desak Puan Melissa.Kasihan dengan Latiff.
"Tak nak mommy !"Marah Hafriz lagi.
"Hafriz I merayu... tolonglah selamatkan maruah keluarga I dengan maruah I..."Ujar Latiff terlalu terdesak.Dia jatuh terduduk.
Puan Melissa berkata,"Fathia pasti faham.Lagipun ni kan kawan baik dia sendiri?Tolonglah Hafriz... Mommy merayu.."Puan Melissa pula merayu.
Hafriz mengeluh.
"Yalah."
Mungkin Fathia akan mengerti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience