~Tell me you can’t live without me~

Romance Completed 3131

Park tae joon berhenti bermain gitar dan melihat yuri melukis sesuatu di buku. "cantiknya. . " soo yuri tersenyum mendengar komen dari tae joon. Tae joon serahkan gitarnya pada yuri. "tulis nama aku dekat tepi gitar ni. " yuri memandang tae joon seperti tak percaya. Gitar kesayangan tae joon tiada siapa yang berani menyentuhnya. Park tae joon tidak bagi sesiapa pun yang memegang gitarnya sesuka hati.

Yuri mengambil gitar itu dan menulis nama tae joon dalan bentuk typoghraphy. Tae joon menunggu dengan sabar untuk melihat hasil karya yuri pada gitarnya. Yuri menyerahkan semula gitar tae joon setelah siap karya nya. Tae joon melihat dan tersenyum gembira. "terima kasih" tae joon terlihat sangat puas hati dengan karya tulisan yuri.

"park tae joon" di bawah nama park tae joon tertulis kecil nama "soo yuri" . Tae joon memandang sambil tersenyum. "kenapa ada nama kau dekat bawah ni pula? " tae joon bertanya pada yuri. "supaya kau takkan lupa sampai bila bila aku yang meulis nama kau ni. " tae joon tersenyum lebar mendengar jawapan dari yuri. "aku takkan lupa".  Yuri juga tersenyum pada tae joon.

"mana kawan baik kau dekat belakang ni? " tae joon melihat tempat duduk kim jihyo dan hwang tae hyung kosong dari tadi. Yuri memandang ke belakang. Tak perasan dari tadi kim jihyo dan hwang tae hyung tidak masuk kekelas sejak waktu rehat berakhir tadi.

Dibumbung sekolah hwang tae hyung menyandar di tembok dinding sambil menutup mata. Kim ji hyo disebelahnya sedang memandang kearah langit sambil tersenyum. Terasa ketenangan melihat langit berwarna biru diwaktu itu.

Hwang tae hyung membuka matanya. "kau taknak masuk kelas ke? Dah habis waktu rehat la. " hwang tae hyung bertanya pada kim ji hyo. "kau tak masuk kelas?  " jihyo tidak menjawab pertanyaan hwang tae hyung malah menanyakan seoalan padan tae hyung semula.

"kau jangan ikut aku la. Aku lelaki. Tak apa ponteng kelas. Kau tu perempuan. Jaga disiplin sikit. Pergi masuk kelas sekarang " hwang ta hyung tutup semula matanya. "ji hyo merapatkan mukanya ke muka hwang tae hyung. "kalau aku pergi. . Kau boleh tidur dengan lena ke? " hwang tae hyung membuka matanya semula. Terkejut melihat jihyo rapat dengan nya membuatkan jantungnya berdegup laju.

"okey. . Okeyy. . Jom. . Masuk kelas. . Haishhh perempuan ni. . " hwang tae hyung menolak jihyo lalu bangun dari tempat duduknya dan berjalan meninggalkan jihyo dibelakangnya. 'kenapa ni? Apa kena dengan aku ni. ' hwang ta hyung meletakkan tangannya di bahagian jantungnya. Seperti tak percaya apa yang dirasakannya.

"ya. . Hari hari berdua je. . Dari mana korang berdua ha? " soo yuri terus bertanya selepas hwang tae hyung dan kim ji hyo masuk kekelas. Nasib mereka baik kerana guru matapelajaran waktu itu tidak masuk kekelas lagi. Kim jihyo hanya senyum tanpa menjawab soalan yuri.

Semakin hari mereka berempat makin rapat. Begitu juga dengan kim ji hyo dan hwang tae hyung. Makin hari mereka bersama, kim ji hyo dapat melihat diri hwang ta hyung yang sebenar. Sikap dingin hwang tae hyung hanyalah sikap luarannya. Jika mengenali dirinya yang sebenar, hwang tae hyung seakan budak kecil yang inginkan perhatian seseorang. Setiap hari ji hyo akan duduk disebelah hwang tae hyung. Melihat hwang ta hyung tidur, menyenangkan hati jihyo.

*****

Kim ji hyo datang awal kesekolah harini. . Geram hatinya dengan hwang tae hyung. Selalu nya dua hari cuti sekolah disetiap minggu, pasti hwang ta hyung akan datang kerumah kim ji hyo. Tapi pada minggu lepas hwang ta hyung tidak muncul. Puas kim ji hyo cuba menghubunginya tapi tak dijawab. Dua ari itu kim ji hyo hanya berfikir apa kesalahan yang dilakukan olehnya sehingga hwang tae hyung menjauhkan diri darinya.

Hwang tae hyung masuk ke kelas seperti biasa.  Hwang tae hyung memandang sekilas pada muka kim ji hyo yang sedang duduk di tepinya. "kenapa kau tak jawab bila aku call? " kim ji hyo mula menyoal hwang tae hyung. "saja" hanya sepatah yang dijawab.

Banyak persoalan yang ingin ditanyakan oleh kim ji hyo tapi semua nya tak terkeluar. Melihat muka tae hyung seperti ada masalah. Kim ji hyo hanya mengeluh.

"ji hyo. . Cepatlaa. . Lapar dah ni. . " soo yuri dan kim ji hyo berjalan laju menuju je kantin. Kerana lambat menjawab semua soalan matematik, mereka ditahan didalam kelas sehingga selesai menjawab soalan yang diberikan oleh guru matematiknya.

Sedang mereka beratur menunggu makanan, seorang pelajar perempuan datang menyapa kim ji hyo. "ini ada surat untuk kau" selepas memberi surat itu, budak itu berlalu pergi meninggalkan ji hyo dan yuri.  "apa tu? " ji hyi membuka dan membaca bersama yuri.

"kim ji hyo. . Segera datang ke stor sekolah, cikgu perlukan pertolongan awak untuk mengemas stor ini. " -cikgu eun so hye.

"serius ke dari cikgu? Takkan tiba - tiba? " yuri berasa pelik. Tidak pernah guru kelasnya meminta pertolongan sedemikian. "tak apa aku pergi dulu. Mungkin betul cikgu perlukan pertolongan. " kim ji hyo rasa tidak sedap hati tapi jika betul dari cikgunya, pasti cikgunya perlukan pertolongannya sekarang.

Ji hyo berlari perlahan menuju ke stor di belakang sekolah. Dilihat pintu stor yang terbuka, kim ji hyo masuk ke stor itu dengan segera. "cikgu. . Cikgu eun so hye. . Cikgu. . " tiba tiba pintu stor ditutup dari luar. Kim ji hyo mengetuk pintu stor itu dengan sekuat nya.  "tolong. . . Yaaa! !  Siapa dekat luar? Buka pintu ni sekarang. ! " kim ji hyo mendengar ada suara yang sedang ketawa besar diluar pintu stor itu.

"kang min joo dan rakan rakannya mengunci stor sekolah itu dan meninggalkan ji hyo disitu. Kim ji hyo mengetuk pintu stor itu sekuatnya berharap seseorang akan mendengarkannya.

Yuri kelihatan risau memikirkan kim ji hyo yang tidak masuk kekelas lagi. "banyak ke yang dia perlu buat dekat stor tu? " yuri melihat lagi jam ditangannya. Sudah dua jam kim ji hyo pergi ke stor sejak dari waktu rehat tadi. "kenapa? Dari tadi tengok jam. " park tae joon lihat ada kerisauan dimuka yuri.
"kim ji hyo tak masuk lagi. " yuri meluahkan rasa risaunya kepada tae joon. Sejak dari ji hyo pergi tadi, hatinya rasa tak sedap hati. Kerana mereka lambat keluar dari kelas, waktu rehat pun berlalu dengan cepat. Tak sempat yuri hendak pergi ke stor melihat kim ji hyo, loceng menandakan waktu rehat sudah berakhir membuatkan yuri terpaksa masuk kekelas dan hanya menunggu di kelas.

"sabarla. . Lepas ni kan waktu cikgu eun so hye. Kalau cikgu masuk, kim ji hyo mesti ada sekali kan. . ",  Park tae joon cuba menenangkan yuri. Hwang tae hyung yang duduk dibelakang mereka hanya diam memandang keluar tingkap.

Tiba waktu guru bahasa masuk kekelas, cikgu eun so hy masuk kekelas tepat pada waktunya. Yuri memandang dipintu kelas. Kim ji hyo tetap tak muncul juga. "cikgu. . Kim ji hyo tak ada dengan cikgu ke? " selepas memberi hormat, yuri terus bangun dan bertanyakan tentang ji hyo pada guru kelasnya. "kim ji hyo? Tak ada. Saya tak jumpa ji hyo lagi hari ni. Kenapa ye? " belum sempat yuri menjelaskan pada cikgunya, hwang tae hyung terus bangun dari tempat duduknya dan keluar dari kelas mengikut pintu belakang kelas.

Hwang tae hyung berjalan laju menuju ke stor belakang sekolah. Dilihat pintu stor berkunci. Dipandang sekeliling tiada sesiapa disitu. "mana dia pergi? "Hwng tae hyung menumbuk pintu stor melepaskan geramnya. Hatinya risau memikirkan kim ji hyo. Takut sesuatu terjadi pada kim ji hyo.

"tuk! Tuk! Tuk! " terdengar ad yang mengetuk pintu stor dari dalam. Hwang tae hyung cuba membuka pintu stor itu. . "kim ji hyo. . . Ji hyo. . Ya! Jawab aku. . Kim ji hyo! ! " hwang ta hyung mengegarkan pintu stor itu. "tae hyung. . . " hwang tae hyung mendengar suara lemah ji hyo dari dalam. hwang tae hyung meletakkan telinganya dipintu stor. . "kim ji hyo. . Jangan takut. Aku keluarkan kau dari situ ya. . Tunggu sekejap ya. . " medengar kat kata hwang ta hyung, ji hyo hanya mengangguk laju sambil menangis. Selama dua jam berada distor, kim ji hyo mengetuk pintu stor itu sehingga hilang semu tenanganya.

Hwang tae hyung mengetuk buah kunci itu dengan batu sehingga buah kunci pintu itu terjatuh ketanah. Dibuka pintu melihat ji hyo tersandar didinding bersebelahan dengan pintu stor.

"ya. . Ya. . . Kim ji hyo. . " ji hyo menangis sekuatnya melihat hwang tae hyung dihadapannya.. Hwang tae hyung memapah ji hyo keluar dari stor. Hwang tae hyung bawa ji hyo ke bilik rawatan.

Kim ji hyo disuruh berehat selepas dirawat. Hwang tae hyung duduk disebelahnya dengan muka yang serius. Memikirkan siapa yang mengurung kim ji hyo distor. Cikgu eun so hye, soo yuri dan park tae joon datang kebilik rawatan melihat keadaan kim ji hyo.

"ada dia bagitahu awak siapa yang mengurungnya distor? " hwang tae hyung hanya mengelengkan kepalanya. Soo yuri menceritakan apa yang terjadi pada kim ji hyo pada guru kelas mereka.  cikgu eun so hye rasa bersalah walaupun bukan salahnya tapi kenyataannya ada yang menggunakan namanya untuk mengenakan kim ji hyo.

Tidak lama kemudian cikgu hong gi kwang juga muncul di bilik rawatan. Oleh kerana dia adalah cikgu disiplin, segala kejadian yang terjadi di sekolah, patut di laporkan kepadanya. Segala tindakan akan dijalankan olehnya.

"biarkan kim ji hyo berehat disini sehingga habis waktu sekolah. Esok minta dia datang berjumpa dengan saya. " selepas menyampaikan arahan, cikgu hong gi kwang dan cikgu eun so hye berlalu pergi. "kesian kawan aku. . " soo yuri berdiri di tepi katil ji hyo. Sedikit sebanyak yuri menyalahkan dirinya. Hati nya tak sedap hati saat kim ji hyo menerima surat itu. "kalau aku tahan dia dari pergi stor tu, mesti dia tak lemah macam ni" tae joon menarik yuri dan berlalu dari situ. "habis waktu sekolah nanti aku datang lagi bawa beg kau berdua" hwang tae hyung hanya mengangguk mendengar kata kata tae joon.

Hwang tae hyung membetulkan rambut kim ji hyo yang sudah menutup mata jihyo. Lama hwang tae hyung menatap wajah kim ji hyo.

*****

Saat kim ji hyo tersedar dari tidurnya, hari sudah menjelang petang . Park tae joon dan soo yuri datang semula ke bilik rawatan menghantar beg kim ji hyo dan hwang tae hyung. Yuri memeluk ji hyo. kim ji hyo hanya tersenyum sahaja melihat yuri. Kim ji hyo tahu yuri risaukan dirinya.

"aku boleh balik sendiri. Aku okey. " hwang tae hyung berkeras mahu menghantar kim ji hyo balik kerumah. kim ji hyo tidak mahu menyusahkan hwang tae hyung. Hwang tae hyung banyak membantunya hari ini. Tanpa banyak kata, hwang ta hyung mengambil beg yang digalas oleh kim ji hyo. Hendak atau taknak, kim ji hyo akur juga dengan tindakan hwang tae hyung. Kim ji hyo jalan dibelakang hwang tae hyung. Mereka menunggu bas bersama sama.

Sampai di pintu rumah ji hyo, hwang tae hyung menyerahkan beg ji hyo semula. "pergi masuk" tae hyung memberikan arahan pad jihyo. "ya tae hyung. . Kenapa kau tak jawab panggilan aku? " kim ji hyo mengulang semula soalan nya diwaktu pagi tadi. "saja. Dah cakap tadi. " hwang tae hyung menjawab soalan kim ji hyo. "kenapa kau tak datang semalam? ",  Hwang tae hyung hanya mengeluh. "aku dah okey. Aku boleh tidur sendiri. " hwang tae hyung berbohong pada ji hyo.

"kau rasa penyakit kau menyusahkan aku ke? " hwang tae hyung hanya memandang kim ji hyo tanpa menjawab soalan ji hyo. ' ye. . Aku taknak susahkan kau. Kerana aku, kau kena duduk dengan aku selama berjam jam hanya sebab aku nak tidur. Macam tak masuk akal. Aku taknak bebankan sesiapa dengan penyakit aku. ' hwang tae hyung hanya bercakap didalam hati.

"macam mana kau tidur hari hari? " banyak persoalan yang bermain difikiran ji hyo. "dengan ubat. Sama seperti sebelum kau muncul dalam hidup aku. . " hwang tae hyung menjawab jujur pertanyaan kim ji hyo. Kim ji hyo tahu tekaannya betul.' Tindakan yang tae hyung ambil kerana tidak mahu menyusahkan aku. ' ji hyo mengeluh. "sampai bila kau nak bergantung pada ubat? " ji hyo menunggu jawapan tae hyung. "dan. . Sampai bila aku nak bergantung pada kau? " hwang tae hyung membalas dengan soalan.
"sampai kau tak perlukan aku lagi".  Hwang tae hyung terkejut mendengar jawapan yang diberikan oleh ji hyo.

"hwang tae hyung. . Jangan rasa diri kau membebankan aku. Sebaliknya aku suka duduk dengan kau. Ada dengan kau selalu. "hwang tae hyung tidak faham apa yang dimaksudkan oleh ji hyo.

"aaa sebab. . Sebab aku kan tak ada kawan lain dekat sini. Kau, yuri, tae joon je kawan aku. So kalau aku luangkan masa dengan kau, aku sukalah. Then kalau kau tak datang aku sunyi duduk rumah sorang-sorang. Ha tu la maksud aku. "Ji hyo menyambung kata katanya. Hwang tae hyung hanya memandang ji hyo dengan pndangan yang pelik. 'serius ke dia ni? ' hwang tae hyung seperti tak percaya apa yang dia dengar oleh ji hyo.

"kalau aku call angkat. Aku nak jumpa kau hari hari faham. Kalau kau tak datang. . .. "

"ye ye faham. . . Pergilah masuk. Banyak pula tenaga kau nak bercakap. "

Kim ji hyo tersenyum melihat hwang tae hyung yang kalah dengan kata-katanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience