~It’s not just because I miss you so much~

Romance Completed 3131

Ji hyo menuruni bas yang sudah berhenti di perhentian bas di hadapan sekolahnya. Pagi pagi lagi ji hyo sudah memikirkan hwang tae hyung. "selalu dia tunggu aku dalam bas. Tapi hari ni tak ada!  Hurmm. . Dia tak sekolah ke? " ji hyo bertanya pada dirinya sendiri. Ji hyo keluarkan telefonnya yang berbunyi. "hello. . Yuri. . Ada apa? " ji hyo terus menjawab panggilan tersebut selepas melihat nama yang tertera. "ji hyo. . Kau dimana? " ji hyo pelik mendengar suara cemas yuri. "depan sekolah baru sampai. Kenapa ni? " ji hyo rasa tak sedap hati tiba tiba. "cepatttt. . . . Hwang tae hyung dan park tae joon sedang bergaduh dengan  Kang min joo dan kawan kawannya di bumbung sekolah. " ji hyo terus berlari menuju ke bumbung sekolah.

Ji hyo menaiki tangga dengan sepantas yang boleh tanpa menghiraukan keadaan dirinya. Sampai dibumbung sekolah, ji hyo melihat kang min joo terbaring di lantai. Hwang tae hyung masih menyepak min joo. Ji hyo berlari kearah tae hyung. "hwang tae hyung. Please. . Hentikan.! " tae hyung terkejut melihat ji hyo berada dihadapannya.

"ya!  Kang min joo. . Cikgu disiplin dalam perjalanan kesini. Kau nak terus duduk situ atau kau nak pergi? ",  Ji hyo memberi alasan tentang cikgu disiplinnya untuk menghalau kang min joo pergi dari situ. Kang min joo dan rakan rakannya bangun menatap tajam pada tae hyung dan tae joon. "sekali lagi kau kacau orang orang aku, lagi teruk dari ni aku kerjakan! " hwang tae hyung memberi amaran pada kang min joo. Kang min joo tersenyum sinis pada hwang tae hyung. Tanpa berkata apa kang min joo berlalu pergi.

Kim ji hyo memandang tajam pada park tae joon. " park tae joon. . Kenapa kau tak halang dia? Kau sekali join dia? " ji hyo geram melihat tae joon dan hwang tae hyung. Walaupun ji hyo tahu hwang tae hyung dan park tae joon membelasah kang min joo kerana dia tapi melihat muka mereka yang lebam, membuatkan ji hyo rasa bersalah.

"aku minta maaf." tae joon menepuk bahu ji hyo dan berlalu pergi. Kim ji hyo melihat hwang tae hyung dihadapannya. Hwang tae hyung tak berkata apa apa begitu juga ji hyo. Melihat darah ditepi bibir hwang tae hyung, menyakitkan lagi hati ji hyo. Ji hyo mengeluarkan kain dari poketnya. Kain yang sama hwang tae hyung membalut tangan ji hyo tempoh hari. Ji hyo lap darah yang berada di tepi bibir hwang tae hyung. Tae hyung hanya membiarkan sahaja. Ji hyo berlalu pergi tanpa sepatah kata pada hwang tae hyung.

Park tae joon lihat yuri sedang meletakkan kepalanya diatas meja. Tae joon duduk disebelah yuri dan meletakkan kepalanya dimeja dan memandang kearah yuri. Yuri mengangkat kepalanya dan memarahi tae joon. "ya! ! Tak ada kerja lain ke pagi pagi ni? " tae joon tersenyum melihat yuri. 'comel'

"soo yuri. . Ni. . Sakit. . " park tae joon sengaja mahu meraih simpati yuri. Yuri melihat bengkak dipipi tae joon. Dikeluarkan kain dari poketnya dan dituam dipipi tae joon. . "aaaaa! ! " yuri tuam sambil menekan nekan pada pipi tae joon yang bengkak membuatkan tae joon menjerit. "tau sakit? Pergi la bertumbuk lagi" mara yuri pada tae joon tak habis lagi. Tae joon tersenyum melihat yuri yang sedang memarahinya.

Di kelas hwang tae hyung hanya memandang pada ji hyo yang dari tadi diam tanpa berkata apa apa padanya. Sedikit pun tidak terlihat senyuman ji hyo seperti selalu. 'marah sangat ke dia? ' hwang tae hyung berkata dalam hati. Hwang tae hyung hanya membiarkan kim ji hyo sendirian. Menunggu sehingga kim ji hyo menegurnya semula.

Kerana berlari pagi tadi, keadaan ji hyo menjadi lemah. Ditahan sehingga habis waktu sekolah. Ji hyo tidak mengambil kelas waktu petang hari ni dan ingin pulang kerumah dengan segera. Hwang tae hyung hanya mengikuti ji hyo seperti selalu. Tae hyung mengikut ji hyo sampai dihadapan rumah tanpa berkata apa apa begitu juga ji hyo. Sampai dihadapan rumah ji hyo ingin terus masuk kerumah tapi tangannya dipegang oleh hwang tae hyung. Ji hyo berpusing memandang hwang tae hyung.

"kalau kau nak marah. . Marah la. . Jangan diam macam ni. . " tae hyung rela dimarahi daripada melihat ji hyo tidak menghiraukannya hari ni. Ji hyo mendekati hwang tae hyung. "aku tak tahu aku patut marah atau berterima kasih. Aku tahu kau melakukan itu kerana aku. Tapi melihat luka luka yang ada di tangan dan dimuka kau. . Aku rasa bersalah. Kerana aku kau luka macam ni. "  Ji hyo meluahkan rasanya.
"aku minta maaf" hwang tae hyung tahu dirinya bersalah. Hwang tae hyung melihat airmata yang bertakung dikelopak mata ji hyo. "aku minta maaf. Aku tahu aku salah tapi aku tak boleh biarkan mereka buat macam tu pada kau. Aku minta maaf. " hwang tae hyung berkata pada ji hyo sambil mengelap airmata ji hyo dengan tangannya. Ji hyo hanya membiarkan sahaja tindakan tae hyung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience