~Let’s stay like this, together~

Romance Completed 3131

"argh! Kenapa dengan kepala aku ni? Jangan la buat hal hari ni. . Please. . . " ji hyo berasa pening kepala teramat sangat. Dicapai ubat disebelah meja soleknya. Sejak akhir akhir ni, keadaan ji hyo tak stabil. Ji hyo memandang dirinya dicermin. "kau kuat kim ji hyo! "

Hwang tae hyung dan kim ji hyo dalam perjalanan berjumpa yuri dan tae joon dipanggung wayang. Kim ji hyo mengawal sakitnya. 'aku akan gembira hari ni. . Please' ji hyo melihat wajah yuri yang gembira di meja menunggu.

Hwang tae hyung dan park tae joon beratur membeli tiket wayang. Mata hwang tae hyung asyik memandang ke arah meja kim ji hyo dan yuri. Park tae joon yang dari tadi memerhatikan tingkah laku hwang tae hyung, hanya tersenyum.

"kau ni serius kan? " park tae joon mahukan kepastian diatas keraguannya. "serius pasal apa?  " hwang tae hyung memandang tae joon dengan pandangan yang pelik. "kau. . Suka kim ji hyo " hwang tae hyung tidak terkejut dengan apa yang dikatakan oleh tae joon kerana tae hyung tahu tidak ada apa yang boleh disorokkan dari tae joon. Kerana persahabatan yang sudah sekian lama, Tae joon mengetahui segalanya tentang tae hyung.

"aku rasa. . Serius. " tae joon tersenyum sambil mendengar jawapan dari tae hyung mereka tersenyum bersama. Untuk pertama kalinya tae joon melihat sisi tae hyung sebegitu ". . Sekurang kurangnya aku boleh pastikan kau masih manusia.  " tae hyung membulatkan matanya pada tae joon. Mereka ketawa bersama.

Kim ji hyo dan yuri posing selfie menangkap gambar bersama. Tiba ada seorang lelaki datang mendekati meja mereka. "hai. . Dari tadi saya lihat awak berdua. Kalau saya nak berkenalan dengan awak boleh? Lelaki itu memandang tepat kearah mata ji hyo seolah sudah jatuh cinta dari pandang pertama. Ji hyo dan yuri yang keliru dengan keadaan itu, hanya mendiamkan diri. "ini. . No telefon saya. Kalau sudi call la. . Saya tunggu ya. " lelaki itu menyerahkan satu kertas kecil pada ji hyo dan berlalu pergi.

Belum sempat ji hyo melihat nombor telefon yang tertera di kertas itu, hwang tae hyung yang muncul dari belakang mereka, sudah merampasnya. Dikonyokkan kertas itu dan membuangnya kelantai. Tae joon tergelak melihat sifat cemburu kawannya itu. "ya. . Daebak. Hwang tae hyung. Kau cemburu ke? " yuri menyoal tae hyung selepas melihat tindakan tae hyung. "tak. . Cuma. . Cuma. . " yuri membulatkan mata nya tak disangka apa yang dilihatnya. Yuri memandang park tae joon yang berada disebelahnya. Tae joon hanya tersenyum memahami apa yang ada difikiran yuri.

"kita ada lebih kurang dua jam lagi sebelum wayang bermula. Jom pergi makan dulu. " park tae joon memberikan cadangannya dalam masa yang sama menukar topik demi menyelamatkan tae hyung dari keadaan itu. Bagi tae joon, itu adalah saat pertama kalinya tae hyung menyukai seseorang. Biar tae hyung saja yang mengendalikan halnya sendiri.

Selesai menonton wayang mereka berjalan ditaman berdekatan dengan shopping mall itu. Hwang tae hyung menaiki satu basikal bersama kim ji hyo manakala park tae joon dan soo yuri menaiki basikal yang lain. Jika dilihat dari sudut pandangan lain, mereka seperti couple date yang yang sedang mengumpulkan memori terindah bersama. Jelas kelihatan kegembiraan diwajah mereka berempat ketika itu.

'Aku gembira dapat mengenali mereka. Akan aku simpan kenangan manis bersama mereka. . . . selagi aku masih ada masa. ' kim ji hyo berkata dalam hati. Tanpa disedarinya, dia memeluk hwang tae hyung dari belakang sementara tae hyung sedang mengayuh basikal. Tae hyung yang tersedar akan tindakan ji hyo, hanya tersenyum. 

"aku rasa sekarang dah boleh balik kot. Hari macam nak hujan je. " mereka mendapat kata sepakat untuk mengakhiri perjumpaan mereka. Tae joon dan yuri mengambil haluan mereka begitu juga tae hyung dan ji hyo.

Sampai sahaja diperhentian bas, hujan mula turun dengan lebatnya. Hanya mereka berdua yang berda di perhentian bas tersebut. Kim ji hyo merasa pening dengan tiba tiba. Dia memegang kepalanya menahan kesakitan. "ya. . Kim ji hyo. . Kau okey ke? " hwang tae hyung risau melihat keadaan ji hyo. "aku okey" ji hyo cuba sebaik nya mengawal sakitnya.

Hwang tae hyung membuka baju lapisan luarnya dan meletakkan pada bahu ji hyo. "kau tak sejuk ke? " ji hyo memandang tae hyung dan tae hyung hanya tersenyum membalas pandangan ji hyo. "aku okey. Kau jangan risau. " hwang tae hyung meletakkan tangan nya dibahu ji hyo membawa ji hyo kedalam pelukannya. Ji hyo hanya membiarkan kerana saat itu, memang dia memerlukan seseorang. Kesakitan yang dialaminya sejak akhir akhir ini merisaukan dirinya sendiri. 'masih banyak yang perlu aku lakukan. . Please be strong ji hyo' ji hyo masih berada dalam pelukan tae hyung. Ji hyo menutup matanya menahan kesakitan yang dialaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience