~I’m the real one that you’re looking for~

Romance Completed 3131

Hwang tae hyung menunggu ji hyo disekolah. Selalunya pada waktu pagi mereka akan berjumpa didalam bas yang sama. Tapi pada hari ni ji hyo tidak muncul. Di tunggu sampai kelas bermula. "yuri. . Ji hyo ada cakap ke dia tak datang hari ni? " hwang tae hyung bertanya pada yuri."tak ada aku mesej dari pagi tadi dia tak balas. " hwang tae hyung duduk seorang diri di hujung kelas.

Hwang tae hyung terus menuju kerumah ji hyo selepas waktu sekolah. Dari pagi cuba menghubungi ji hyo tak diangkat, hwang tae hyung tidak dapat menahan dirinya lagi. Takut jika sesuatu terjadi pada ji hyo.

"selamat petang pakcik. Ji hyo ada?" tae hyung berjumpa dengan papa ji hyo dihadapan pintu pagar rumah ji hyo. Pastinya papa jihyo mengenali tae hyung setelah beberapa kali tae hyung datang kerumahnya. "tae hyung. . Dah balik sekolah? Hurm. . Ji hyo pergi tak pergi kesekolah beberapa hari ni. Dia di seoul, menguruskan beberapa hal nya. " papa ji hyo terpaksa berbohong kerana ji hyo. Tae hyung perasan ada orang dibalik jendela ditingkat dua rumah itu. Tapi tidak pasti siapa. Tae hyung berlalu sambil melangkah perlahan.
"ji hyo. . Kenapa taknak jumpa tae hyung. Muram mukanya papa tengok. " papa ji hyo, kim ji suk mengelengkan kepala pada anaknya. Ji hyo mendekati papanya dan memeluk papanya. "ji hyo taknak dia tengok muka pucat ji hyo. "setitis airmata jatuh kepipi ji hyo. "pasti ji hyo pun merindukan kawan kawan kan. "  Kim ji suk memeluk ji hyo semula. Memahami apa yang anaknya rasa. Kim ji suk tidak akan menjadi penghalang hubungan yang terjalin antara ji hyo dan tae hyung. Asalkan anaknya bahagia itu sudah memadai baginya. Lagi pula kim ji suk memang sudah menyukai pada hwang tae hyung sejak pertama kali bertemu dengannya. Tae hyung selalu menjaga ji hyo.

Sudah tiga hari ji hyo tidak datang kesekolah. Hwang tae hyung pasti dibalik jendela rumah itu adalah ji hyo yang sedang memerhatikannya. Kerana hwang tae hyung pasti akan pergi kerumah ji hyo sebaik habis waktu sekolah. Dilihat bayang bayang ji hyo di tingkat dua rumahnya. Hwang tae hyung memikirkan kesalahan dirinya.

Hwang tae hyung memandang keluar tingkap memandang langit dipenuhi awan putih berlalu dengan perlahan. Tiba tiba telefonnya berbunyi. Dilihat nama ji hyo terpapar diskrin telefon, segera dijawab panggilan tu. "ya ji hyo" belum sempat hwang tae hyung meneruskan kata katanya. "selamat petang pakcik" tae joon dan yuri memandang kearah tae hyung. "saya datang sekarang" hwang tae hyung mencapai begnya dan ingin berlalu pergi. Tae joon menahannya. "ya. . Apa yang terjadi? " tae hyung memandang kearah tae joon. "ji hyo. . Ji hyo masuk hospital. Aku pergi dulu." tae joon mengangguk. Yuri kelihatan risau. "jihyo. Kenapa ji hyo" yuri risaukan kawan baiknya.

tae hyung sampai dihospital. Mencari bilik ji hyo. Papa ji hyo yg mnunggunya d depan ward melambai tae hyung. "macam mna ji hyo pakcik? " terlihat kerisauan di muka tae hyung. "ji hyo tengah berehat. Dudukla pakcik nak cakap sikit. " tae hyung dan papa ji hyo duduk di bangku hadapan bilik ward ji hyo. 

"pakcik minta maaf menipu pada kamu tempoh hari. Ji hyo tidak mahu kamu tahu tentang penyakitnya. Dia taknak kamu semua sedih kerananya. Pakcik harap kamu tidak marahkan dia. " hwang tae hyung hanya mengangguk mendengar kata kata papa ji hyo.

"ji hyo. . Ji hyo ada ketumbuhan dikepalanya. Ji hyo duduk seorang yang aktif. Ceria. Jarang nak lihat muka muram dia. Pasti akan tersenyum hari hari. Tapi selepas dia tahu tentang penyakitnya, dia minta pakcik berpindah kerumah lama ibunya ini. Dia taknak kawan kawan disekolah sedih kerananya. Sebelum kawan kawannya tahu, dia berpindah dulu. Sejak dari itu, ji hyo menjadi pendiam. Hanya termenung. Pakcik takut dia putus harapan. Pakcik daftarkan nya sekolah kamu. Selepas dia mendapat kawan. Kamu, yuri, tae joon itulah pertama kali pakcik melihat dia tersenyum setelah sekian lama. " tae hyung hanya mendengar cerita papa ji hyo dengan tenang.

"tiga hari lepas dia menangis didalam bilik. Dia rindukan kamu semua. Tapi dia taknak jumpa kamu kerana mukanya pucat dia cakap nanti kamu semua risaukannya. Tapi pagi tadi. . Tiba tiba dia pengsan. Penyakitnya semakin cepat bertindak dari jangkaan. Pembedahan akan dibuat dengan segera tapi peratus 20/80. " papa ji hyo mengelap airmata yang jatuh kepipinya. Satu satu anaknya berada dalam kesakitan. Hati orang tua mana yang tidak sedih kelihat keadaan anaknya.

"pembedahannya akan dijalankan petang esok. Pakcik nak kamu berada bersamanya. Pakcik taknak dia atau pakcik menyesal kerana menyembunyikan hal ni pada kamu semua. " tanpa sedar air mata tae hyung jatuh kepipi. Tae hyung menguatkan semangatnya berjalan masuk ke ward ji hyo.

"papaa. . . Lamanya papa amek air. " ji hyo mendengar pintu bilik ward nya ditutup. Tidak percaya apa yang dilihatnya. Hwang tae hyung berada dihadapan ji hyo. Airmata ji hyo mengalir dipipi. Tae hyung mendekati ji hyo. Dipeluk ji hyo seeratnya. Tiada kata yang terluah antara mereka.

Tae hyung menyapu airmata yang mengalir dipipi ji hyo. "ya. . Macam mana kau boleh ada dekat sini? " ji hyo cuba berlagak sihat dihadapan tae hyung. Tae hyung hanya diam melihat ji hyo. Rindu tak terkata selepas tiga hari tidak jumpa ji hyo. Dapat tahu tentang keadaan ji hyo menambahkan lagi sedih dihatinya.

" Kenapa sembunyikan semua ni dari aku? " hwang tae hyung bersuara setelah diam dari tadi. "aku. . Aku taknak kau risau" tae hyung tak dapat terima alasan jihyo. "tiba tiba kau jauhkan diri. Tak datang sekolah. Aku tak risau ke? " ji hyo menundukkan mukanya. Rasa besalah terhadap tae hyung. "aku minta maaf" tae hyung menarik ji hyo kedakpannya. "ya. . Tapi bagus juga kan aku buat mcm ni. Baru aku tahu kau sayang aku" ji hyo cuba mengusik tae hyung. "apa kau cakap? Selama ni tak nampak ke sayang aku? " ji hyo terkejut dengan soalan ta hyung. "aaa taknampak. Selalu muka serius je" tae hyung tersenyum mendengar jawapn ji hyo.

"jihyooooo. . . . ",  Yuri dan tae joon masuk ke bilik ward jihyo. Yuri sudah menangis semahunya. Tae hyung sudah menceritakan keadaan ji hyo pada tae joon dan yuri didalam telefon. Yuri hanya menangis tidak berkata apa apa. Yuri dan tae joon memeluk jihyo besama. Selamat bilik ward jihyo bilik vip jauh dari ward lain. Kalau tak pasti akan bising dengan suara tangisan yuri memenuhi bilik ward itu. Yur tidak menyangka kadaan ji hyo teruk seperti itu.

"hari ni. . Aku tidur sini teman ji hyo. Korang berdua boleh balik. " ji hyo tersenyum mendengar kata kata mereka. "tak. . Kita berdua balik. . Biar tae hyung yang jaga ji hyo okay. . Esok kita datang lagi. " tae joon memujuk yuri.

Kini tinggal ji hyo dan tae hyung sahaja dibilik itu papa ji hyo pun sudah balik bersama tae joon dan yuri. Ji hyo berasa kekok berduaan dengan te hyung. Tae hyung duduk dikatil ji hyo. Memandang tepat kearah ji hyo. Ji hyo melarikan mata nya dari bertemu dengan mata tae hyung. Tae hyung hanya tersenyum menyedari tingkah ji hyo.

"kenapa tu? " tae hyung tersenyum mengoda memandang kearah ji hyo.

"tak de pape" ji hyo jawab tetapi tidak memandang kearah ta hyung.

"kau malu dengan aku ke? " tae hyung gelak melihat tingkah laku jihyo yang tak menentu itu.

"ya. . Ya. . . Mana ada" ji hyo menafikan kata kata tae hyung. Tae hyung tersenyum melihat ji hyo.

"kau kuat tau. Kau kene kuat. Okay? " tae hyung duduk disebelah ji hyo diatas katil. Tae hyung mengenggam tangan ji hyo. Ji hyo meletakkan kepalanya dibahu tae hyung. "keluar dengan selamat. Aku tunggu kau. Okey. " ta hyung menahan airmatanya.

Walau apa pun keadaan ji hyo, hatinya tak pernah berubah malah makin suka pada ji hyo.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience