~I’m on my way to you right now~

Romance Completed 3131

Kim ji hyo termenung di perhentian bas. Hatinya berat untuk pergi kesekolah barunya. "kim ji hyo. . . Jaga kesihatan. . Jangan berlari. Jangan aktif sangat. Jangan ikut kawan yang tak betul yang boleh menjejaskan kesihatan kamu. Habis sekolah balik rumah terus. " teringat kata kata papanya pagi tadi. "jangan. . Jangan. . Jangan. . Semua jangan",  Kim ji hyo berkata pada dirinya sendiri. Sebuah bas berhenti dihadapan ji hyo. Fikiran dan hati ji hyo tidak sehaluan tapi kaki nya tetap melangkah dengan berat menaiki bas tersebut.

Ada tempat kosong di sebelah lelaki yang sama seragam sekolah sepertinya. Kim ji hyo melangkah menuju ke tempat duduk tersebut. "sorry, boleh saya duduk sini? " lelaki itu tidak memberi jawapan pada pertanyaan ji hyo. 'mungkin dia tak dengar, earphone yang dipakai mungkin sudah pekak kan telinga dia. ',  Kim ji hyo bercakap sendirian.Kim ji hyo duduk tanpa berkata apa.

Tidak lama krmudian, ramai orang menaiki bas tersebut. Tiba tiba ji hyo rasa seperti bahunya sedang memikul satu beban. 'alamak. . Macam mana ni? ' kepala lelaki tersebut berada dibahu ji hyo. Penumpang yang sedang berdiri memandang kearah mereka sambil tersenyum senyum. Ji hyo hanya membiarkan sahaja kerana tidak mahu bertindak kejam.

Bas berhenti dihadapan sekolah mereka. Ji hyo serba salah mahu turun dan membiarkan lelaki yang sedang tidur itu sendirian, atau kejutnya turun sekali tapi itu tak mungkin. Tiada keberanian untuk mengejutnya. Keputusan ji hyo biarkan bas berlalu meninggalkan kawasan sekolahnya. Tiba tiba lelaki disebelahnya tersedar. Memandang di sekeliling, tanpa perasan apa yang terjadi, kelam kabut dia bangun menekan loceng bas. Bas berhenti dan pintu terbuka. lelaki tersebut menuruni tangga bas dan berlalu pergi tindakan lelaki tu memeranjatkan ji hyo.

"waaah. . Dia pergi macam tu je? " kim ji hyo tak percaya apa yang terjadi padanya pagi ini. " pelajar. . Awak taknak turun ke? Pakcik nak jalan dah ni. " pakcik bas menegur kim ji hyo sambil memandang nya melalui cermin. "maaf. . Saya turun sekarang. " ji hyo turun dari bas. Dilihat jam ditangannya "argh! Hari pertama sekolah bermula, aku dah lambat. Bagus ji hyo. ! Argg! " geram dihati tidak habis lagi.

Tidak jauh dari tempat ji hyo berdiri, dilihat lelaki tadi panjat pintu pagar ditepi sekolah mereka. Kim ji hyo berlari kepagar tersebut dan memanjat pagar itu juga. Ji hyo sudah berada di atas pagar tapi takut hendak turun. "macam mana ni? " muka ji hyo sudah mulai pucat.

"nak aku tolong ke? " lelaki yang ada didalam bas bersama ji hyo tadi. Ji hyo menganggukkan kepalanya. lelaki itu menghulurkan tangannya. Ji hyo menyambut tangan lelaki itu. Dengan perlahan tangan ji hyo ditarik dan diletakkan di bahunya. Ji hyo turun dengan selamat.

"terima kasiih" lelaki itu berlalu pergi meninggalkan ji hyo sendirian. "sekejap!" lelaki itu berhenti dan berpaling memandang ji hyo. Ji hyo melihat name tag nama dibaju lelaki itu. 'hwang tae hyung'. "aa. . Boleh tunjukkan saya bilik guru dekat mana? " hwang tae hyung melihat kim ji hyo dengan wajah yang pelik. 'budak baru? '

****

Hwang tae hyung duduk di hujung kelas.memikirkan sesuatu dengan muka yang serius. 'aku tidur dalam bas tadi? ' pertama kali dalam hidupnya tidur didalam bas. Kerana penyakit insomnia, hwang tae hyung susah untuk melelapkan matanya pada waktu malam apatah lagi waktu siang. Sejak dari kejadian itu, tidurnya hanya bergantung pada ubat.

KELAS ATMOSPHERE 2/3

Guru kelas atmosphere masuk ke kelas diikuti kim ji hyo dibelakangnya. Riuh rendah didalam kelas tadi terus menjadi sunyi. Semua mata tertumpu pada kim ji hyo. "hai selamat pagi. . Kita ada kawan baru hari ni. Kenalkn diri kamu" guru kelas atmosphere, cikgu eun so hye seorang yang lembut dan peramah.

"hai. . Saya kim ji hyo. Dari seoul baru berpindah kesini. Selamat berkenalan" pelajar lelaki dikelas atmosphere bertepuk tangan melihat kecantikan yang terserlah diwajah kim ji hyo. Manakala setengah dari murid perempuan didalam kelas itu memandang sinis pada kim ji hyo.

"awak boleh duduk di sebelah hwang tae hyung di hujung sana. " mendengar nama yang disebut oleh cikgu kelasnya, ji hyo terpaku seketika. Dilihat tempat duduk yang ditujukan oleh cikgunya. 'Bersebelahan hwang tae hyung? Kenapa mesti dia lagi dari pagi tadi? ' kim ji hyo menuju ke tempat duduknya. Hwang tae hyung memandang ke arah cermin di sebelahnya. Memandang padang bola sekolah yang luas seperti tidak mengendahkan apa yang terjadi didalam kelas itu.

"hi! Soo yu ri " yu ri duduk di hadapan kim ji hyo menegurnya. "ini park tae joon" dan itu "hwang tae hyung" kim ji hyo dan tae joon berbalas senyuman. Sedar tak sedar inilah permulaan persahabatan mereka berempat.

Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu rehat, tae joon dan tae hyung keluar dari kelas bersama. Tae joon membawa bersama beg gitarnya.

"ya ji hyo. . Kenapa kau pindah sekolah? Seoul bandar yang cantik kan? " yu ri mulakan berbualan mereka sambil berjalan menuju ke kantin sekolah. "saja. . Tukar angin " ji hyo menjawab pertanyaan yuri.

Waktu rehat hampir berakhir, ji hyo dan yuri berjalan menuju kekelas mereka sambil bersembang gelak ketawa. "ouch! " seseorang telah melanggar ji hyo sampi terjatuh. Tiga orang lelaki berada dihadapn ji hyo.

"ya kim ji hyo. Kau okey? " yuri memapah ji hyo bangun. "eh sorry. Tak perasan. Ehh tak pernah nampak dekat sekolah ni. Budak baru ke? " salah seorang dari tiga orang lelaki tadi menegur ji hyo. Yuri memegang lengan ji hyo sekuatnya.ji hyo rasa Seperti ada sesuatu yang ingin dikatakan oleh yuri.

Ji hyo rasa tidak selesa berada di situ. Ji hyo menarik tangan yuri dan ingin berlalu dari situ tapi ditahan oleh lelaki lelaki tadi"sekejap. . Sekejap. . Sombongnya. Baru masuk sekolah ni dah sombong. " ji hyo melihat name tag lelaki yang melanggarnya tadi.  'kang min joo' , 'lee hyun ji' dan 'park min soo'.

"ya budak baru. .  Kau kelas ape? " satu lagi soalan yang ditujukan oleh kang min joo. Seperti tadi kim ji hyo tidak mengendahkan pertanyaannya dan cuba beredar dari situasi itu membuatkan kang min joo tercabar. "ya! " kang min joo menarik tangan kim ji hyo dengan kuat. Kim ji hyo merasa kesakitan ditangannya. "lepaslah! " kim ji hyo cuba menarik tangannya tapi makin kuat digenggam oleh kang min joo.

"ya kang min joo. . " satu penumbuk hinggap di pipi kang min joo. Hwang tae hyung menumbuk pipi kang min joo. Hwang tae hyung tak dapat tahan dirinya apbila melihat raut wajah kim ji hyo  Menahan sakit pabila tangannya digenggam erat oleh kang min joo. park tae joon berada di hadapan kim ji hyo dan soo yuri. Kim ji hyo dan soo yuri menarik nafas lega.

"dengan perempuan pun nak gaduh ke? Tak gentle langsung"park tae joon senyum sinis pada kang min joo dan rakan rakannya.  kang min joo rasa tercabar dengan kata kata park tae joon. "wah. . Sejak bila kau pandai masuk campur urusan orang ni? "kali ini lee hyun ji pula bersuara.

"kenapa tak masuk kelas lagi? ? " tidak jauh dari mereka terdengar satu suara garau sedang menjerit pada mereka. Cikgu hong gi kwang. Guru disiplin sekolah mereka. Sering membawa rotan buluh kemana sahaja. "urusan kita tak habis lagi! " kang min joo memberi amaran pada hwang tae hyung dan rakan rakannya. Mereka semua berjalan masuk ke kelas masing masing.

Di tempat duduk hwang tae hyung seperti tidak pedulikan apa yang dibualkan oleh kim ji hyo, park tae joon dan soo yuri. Sesekali matanya terpandang pergelangan tangan kim ji hyo yang merah akibat ditarik oleh kang min joo tadi.

Tidak lama kemudian cikgu matapelajaran matematik iaitu cikgu hong gi kwang masuk kekelas. Dengan automatik semua pelajar menjadi tertib duduk tegak menghadap meja masing masing.

Sedang asyik mereka menulis dibuku. Hwang tae hyung asyik memandang kim ji hyo yang sesekali memegang pergelangan tangannya yang merah itu. Hwang tae hyung mengeluarkan sehelai kain hitam dari poketnya. Dilipat memanjang kain itu dengan kemas. Dengan perlahan di hawang tae hyung mencapai tangan kim ji hyo yang sakit itu da diletakkan diatas kain hitamnya. Kim ji hyo terkejut dengan tindakan hwang tae hyung tapi dibiarkan sahaja tangannya dibalut oleh hwang tae hyung.

Selepas membalut pegelangan tangan kim ji hyo, hwang tae hyung meletakkan kembali tangan kim ji hyo di atas meja ji hyo. Tanpa memandang sedikit pun kearah kim ji hyo, hwang tae hyung menyambung menulis soalan yang berada dipapan putih.

"Terima Kasih :)"

-kim ji hyo menampal satu kertas notepad di atas buku teks matematik tae hyung. Tae hyung hanya diam tidak mengendahkannya. Kim ji hyo tersenyum melihat tingkah tae hyung. 'nampak seperti tak ambil tahu. Tapi dia seorang yang baik hati' kim ji hyo sambung menulis soalan dibukunya tulisnya. Dalam diam tae hyung tersenyum selepas memandang sekilas notepad yang ditampal oleh kim ji hyo.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience