~I can’t live without you, it has to be you~

Romance Completed 3131

Ji hyo ditolak masuk ke bilik pembedahan. Papa ji hyo, hwang tae hyung, yuri, taejoon serta guru kelas mereka menunggu sehingga selesai diluar bilik pembedahan.

Sepuluh jam berlalu akhirnya doktor yang bertugas keluar dari bilik pembedahan menemui keluarga. "tahniah encik. Pembedahan berjaya. Tapi. . Erm Boleh encik ikut kebilik saya sebentar? " doktor dan papa ji hyo berlalu meninggalkan mereka yang lain. Ji hyo keluar dari bilik pembedahan. Matanya masih tertutup tidak sedarkan diri akibat ubat yang kuat. ji hyo ditolak kebilik pemerhatian. Mendengar operation berjaya sudah melegakan hati mereka. Tae joon menenangkan yuri yang menangis dari tadi.

"tae hyung melawat ji hyo dibilik pemerhatian. Teringat kata kata papa jihyo.  " walaupun pembedahan berjaya, keadaan ji hyo masih tidak stabil, kesan pada pembedahan, ji hyo kemungkinan akan hilang ingatan seketika. Ji hyo akan ditahan dihospital sehingga keadaannya stabil.

Tae hyung menitiskan airmatanya melihat keadaan jihyo yang masih tidak sedarkan diri. "ya tae hyung. . Kalau aku tak  Ada nanti jangan lupakan aku. " teringat kata kata ji hyo malam tadi. "jangan cakap macam tu. Kau kena keluar dari bilik pembedahan tu dengan selamat. Aku tunggu kau. Kuat lah. . Please" tae hyung tersenyum ada jihyo. "kau kuat. ".

Setelah keadaannya stabil, ju hyo dipindahkan ke bilik ward vip. Ji hyo sedar dari tidurnya yang panjang. Dilihat sekeliling. Hwang tae hyung dan papa nya duduk disebelah menunggu ji hyo dengan senyuman. Ji hyo tidak mengenali sesiapa didalam bilik itu. Seperti budak yang baru lahir, kepalanya kosong tidak mengingati apa apa.

Kim ji suk memeluk anaknya menangis mengenangkan nasib anaknya. Walaupun dia hilang ingatan, yang penting dia selamat. "ini. . Papa ji hyo. " airmata jihyo mengalir setelah melihat airmata dipipi papa nya. Ji hyo tidak mengingati apa apa tapi diterima jisuk dengan hati terbuka kerana wajah itu yang dilihat ketika tersedar dari tidurnya.

Ji hyo memandang pada hwang tae hyung. Seperti banyak persoalan didalam kepalanya. "hai. . Hwang tae hyung. ",  Ji hyo menyambut tangan hwang tae hyung. "siapa? " ji hyo memandang pada papanya. "bakal suami" ji hyo terkejut memandang tae hyung. Tae hyung juga kelihatan seperti terkejut dengan kata kata papa jihyo memandang pada papa jihyo yang sedang menepuk belakang tae hyung. Papa ji hyo tersenyum padanya. Tae hyung membalas senyuman papanya.

"haah. . Bakal suami. " jihyo pandang pelik pada tae hyung. "ya. . Kenapa kau pandang aku macam tu? " tae hyung tak puas hati dengan cara jihyo memandangnya. "papa. . Saya kena paksa kahwin dengan dia ke? " kim ji suk ketawa besar mendengar soalan anaknya. "ya. . Kau yang suka dekat aku okey. Kau ikut aku hari hari kesana sini dekat sekolah tau. " tae hyung tidak mahu kalah. "hurm pasti aku dah tak betul ikut kau kesana sini. " tae hyung membulatkan matanya mendengar kata kata ji hyo. Papanya pula ketawa besar melihat telatah mereka. Hatinya bahagia melihat anaknya berjaya menempuhi dugaan besar dalam hidupnya.

Yuri dan tae joon masuk kebilik jihyo. "jihyoooo. . " yuri terus memeluk jihyo. "siapa ya? " yuri rasa tersentap tanpa mengetahui keadaan jihyo yang hilang ingatan. "kau tak kenal aku? " yuri menangis melihat ji hyo. "sorry sorry. . . " jihyo rasa bersalah pada yuri.

tae hyung bisik pada yuri. Yuri diam sebentar "aku yuri. Sahabat kau. Satu satunya sahabat yang baik dan cantik untuk kau"  Jihyo tersenyum memandang kearah yuri. Dipeluk yuri sekuatnya. "maaf aku tak ingat kau tapi aku tau kau memang kawan yang baik" jihyo menitiskan airmatanya. Gembira dikelilingi orang yang menyanyangi dirinya. "aku tae joon. Kawan baik kau yang handsome" jihyo memeluk tae joon seperti yang lain.

"aish! Aku dia tak peluk pun! " hwang ta hyung merungut sendirian melihat ji hyo memeluk tae joon dan yuri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience