~I can finally live when I breathe with you~

Romance Completed 3131

Park tae joon sedang mainkan gitarnya di taman bunga disekolah mereka. Ditemani oleh kim ji hyo, soo yuri dan hwang tae hyung. Tidak lama kemudian bunyi gitar dan alunan suaranya menarik perhatian pelajar pelajar yang sedang bersantai di taman itu. Mereka mengerumuni park tae joon. Ada yang mengambil gambar, ada yang merakam video.

Kim ji hyo melihat hwang tae hyung yang bangun dari tempatnya. Kim ji hyo mengikut hwang tae hyung dari belakang. "ya hwang tae hyung. . Kenapa tak dengar nyanyian tae joon sampai habis. Bestkan dia nyanyi. " 

"kenapa muka kau penat je? Tak cukup tidur ke? "  Pertanyaan demi pertanyaan yang dikeluarkan oleh kim ji hyo. "ya" hanya satu perkataan dijawab oleh tae hyung.

"tak cukup tidur? Kenapa tak boleh tidur? Tapi dalam bas hari tu senang je tidur. " langkah kaki hwang tae hyung terhenti selepas mendengar apa yang dikatakan oleh kim ji hyo. "ya. . Macam mana kau tahu aku tertidur dalam bas? " seingat tae hyung hanya dia seorang yang berada di dalam bas tempoh hari.

"mestilah tahu. Ni yang menjadi bantal kau. " kim ji hyo menunjuk bahunya. Hwang tae hyung tidak percaya apa yang didengarnya saat ini. "hari pertama aku lambat kesekolah sebab menjadi bantal kaulah. Tapi kau terus terjaga dan tinggalkan aku macam tu je. " hwang tae hyung cuba mengingat kembali kejadian tempoh hari. Hwang tae hyung teringat sesuatu. Perfume tu. .

Hwang tae hyung menarik kim ji hyo mendekatinya. Hanya seinci menjarakkan mereka. Hwang tae hyung cuba menciumi bau perfume yang digunakan oleh ji hyo. "ya. . Yaaa! Apa kau cuba buat ni? "kim ji hyo pelik melihat tindakan hwang tae hyung. "tipu. . Kau tak ada bau perfume itu pun. " tae hyung menolak kembali ji hyo memberi jarak antara mereka.

"perfume? Dua hari ni tak pakai perfume. Sebab dah habislah. " hwang tae hyung membuat muka tidak percaya dan berlalu pergi meninggalkan kim ji hyo. "yaaa hwang tae hyung. . Aku cakap betul ni. . " kata kata ji hyo tidak diendahkan oleh hwang tae hyung.

waktu petang waktu untuk pelajar membuat halnya sendiri. Ada yang mengulang kaji pelajaran. Ada yang hanya berborak menghabiskan masa mereka.

Hwang tae hyung hanya duduk di tempat duduknya memandang keluar jendela melihat pelajar yang berada dipadang bola yang sedang bermain bola. Fikirannya melayang memikirkan apa yang dikatakan oleh kim ji hyo sebentar tadi. 'kalau dia tak ada dekat situ, macam mana dia boleh tahu situasi kejadian tu. ? Hurm. . Pelik. ' hwang tae hyung cuba berfikir positif tapi alih alih silapnya juga tidak memandang sesiapa yang berada disebelahnya.

Kim ji hyo masuk ke kelas dengan muka yang geram. Berjalan menuju ke tempat duduknya. Tidak diendahkan hwang tae hyung yang berada disebelahnya. 'Tidak guna bercerita lagi jika dia memang tak percaya. Tapi itu kenyataannya tau. ' kim ji hyo mengerutu didalam hati.

Hwang tae hyung melihat ji hyo mengulangkaji pelajaran disebelahnya. Hwang tae hyung menulis sesuatu di kertas dan diserahkan pada ji hyo.

"Apa jenama perfume tu? "

Ji hyo memandang hwang tae hyung dengan geram. Disabar hatinya dan membalas soalan tae hyung.

"La secret sweet amor - hanya jual disebuah kedai perfume di seoul sahaja. "

Selepas membaca notepad ji hyo. Hwang tae hyung menaip text pada seseorang. Ji hyo menyambung semula mengulangkaji.

*****

Hwang tae hyung duduk didalam biliknya. Memandang kearah perfume yang berada diatas meja tulisnya. "bau dah betul. Kenapa aku tak boleh tidur lagi? " hwang tae hyung spray perfume itu berkali kali di bantal dan cuba melelapkan matanya tapi tidak berhasil juga.

Hwang tae hyung duduk semula. "kalau bau perfume dah betul, maknanya betul la yang berada disebelah aku didalam bas tempoh hari, kim ji hyo. Oh my god! " hwang tae hyung rasa malu mengetahui kebenarannya.

Hwang tae hyung cuba menenangkan dirinya. "cuti sekolah dua hari. Maknanya dua hari tak jumpa kim ji hyo. Tak boleh. . Aku tak boleh tunggu lagi. " hwang tae hyung keluarkan telefon bimbitnya dan mencari nama kim ji hyo.

"ya. . Kim ji hyo?  Kau dimana sekarang? "
Kim ji hyo terpaku seketika melihat nama yang tertera di telefonnya.

"hello. . Aku. . Aku dekat rumah. Kenapa? "
Ji hyo menjawab pertanyaan tae hyung. Pertama kali hwang tae hyung menghubunginya. Tiba tiba hatinya rasa berdebar. Kim ji hyo sendiri tidak mengerti apa yang dirasanya saat ini.

"bagi alamat rumah kau. Aku datang sekarang. Sekarang tau! "
hwang tae hyung menamatkan perbualan mereka

"apa? Nak datang sini? Apa masalah mamat ni? " kim ji hyo tidak tahu apa yang tak kena dengan hwang tae hyung. Tidak lama kemudian satu mesej masuk.

"location" -hwang tae hyung.

Nak tak nak kim ji hyo memberi location rumahnya. Setengah jam kemudian hwang tae hyung sampai hadapan rumah kim ji hyo dengan membawa beg kertas kecil ditangannya.

Kim ji hyo keluar berjumpa dengan hwang tae hyung. Langkahnya seperti ragu ragu kerana tidak tahu apa yang sedang terjadi.

"kenapa? " hwang tae hyung memandang kim ji hyo tanpa berkelip. Pertama kali melihat kim ji hyo tanpa pakaian seragam sekolah. Terasa seperti sedang berjumpa dengan orang lain. 'cantik' satu perkataan yang terlintas difikirannya.

"ini. . . Perfume tu" hwang tae hyung menyerahkan perfume yang baru dibeli kepada ji hyo. Ji hyo terkejut melihat apa yang ada dihadapannya. "wahh. . Daebak! Mana kau dapat? Hanya satu kedai yang menjual perfume ni di seoul. " hwang tae hyung tidak menjawab pertanyaan ji hyo malah membuat satu permintaan.

"boleh aku minta sesuatu pada kau? " melihat wajah serius tae hyung, ji hyo menjadi tertanya tanya. "apa dia? " ji hyo semakin ingin tahu apa yang dimahukan oleh tae hyung.

Keyakinan tae hyung sebentar tadi tiba tiba hilang bila sudah berhadapan dengan kim ji hyo. Hwang tae hyung fikir dia perlu menjaga imejnya juga. Membuat permintaan pada ji hyo seperti membuang egonya sendiri. Hwang tae hyung berpaling dan beredar dari situ.

"yaa. . . Yaa. . Hwang tae hyung. Apa kau nak sebenarnya? " kim ji hyo tidak puas hati dengan tingkah laku hwang tae hyung. Ji hyo berlari dan berhenti dihadapan tae hyung. "kenapa kau terus pergi? Datang kesini semata mata nak bagi perfume ni je ke? Tak mungkin kan. Apa kau nak sebenarnya? " ji hyo memandang tepat dimuka tae hyung. 'handsome' satu perkataan terlintas difikirannya.

Hwang tae hyung seperti tidak pasti dengan permintaannya. Takut disalah anggap oleh kim ji hyo. "jangan risaulah. Ini rahsia kita okey. Cakaplah kau nak apa sebenarnya? " ji hyo seperti tahu apa yang difikirkan oleh tae hyung. Takut permintaannya berlebihan. Tapi kerana memikirkan tae hyung sanggup datang kerumah nya pada hari cuti sebegini, pasti ada yang penting baginya.

"erm. . Boleh kau. . Er. . " ji hyo menunggu dengan sabar apa yang ingin dikatakan oleh tae hyung. "boleh kau pakai perfume tu dan duduk dengan aku sekejap? " tae hyung memberanikan dirinya. Di habiskan ayatnya tanpa memandang wajah kim ji hyo yang berada dihadapannya.

"apa? Tak dengar la. . Ulang lagi sekali. " ji hyo saja ingin menyakat tae hyung. Membuatkan tae hyung geram dan berlalu pergi. "abaikan". Hati ji hyo tercuit melihat tae hyung merajuk. "comel".

Kim ji hyo berjalan semula dihadapan tae hyung. Langkah tae hyung terhenti. Mukanya serius memandang kim ji hyo yang sedang gelakkannya. "jom. . Kita duduk dekat taman atas bukit tu. " ji hyo menarik tangan tae hyung dan mereka menuju ke taman diatas bukit rumah ji hyo.

Mereka duduk bersebelahan bersandar disebuah pokok besar. Dihadapan mereka terlihat satu pemandangan yang cantik. Perumahan yang berada dibawah bukit terlihat jelas sekali. Matahari sedang mula turun sikit demi sedikit mejadikan pemandangan disitu bertambah indah.

Sudah satu jam setengah mereka berada disitu. Ji hyo hanya duduk diam memandang pemandangan dihadapannya. Manakala tae hyung dari tadi sudah terlena disebelahnya. Ji hyo hanya membiarkan sahaja tae hyung berada dialam mimpinya. Menunggu dengan tenang sehingga tae hyung membuka matanya. Kepala tae hyung berada dibahu ji hyo. Tiba tiba rasakan sesuatu. Jantungnya berdegup laju. Tapi dibiarkan saja bahunya menjadi bantal untuk tae hyung.

Tepat jam 7. 40 malam, tae hyung tersedar dari tidurnya. Melihat ji hyo disebelahnya sedang membaca sesuatu ditelefon bimbit. Seperti novel cerita cinta. Tae hyung tersedar kepalanya dibahu ji hyo. Segera diangkat kepalanya dan melihat ji hyo sedang memandang kearahnya dengan senyuman. Terpaku tae hyung seketika melihat senyuman yang terukir dibibir ji hyo.

"good morning" ji hyo saja menyakat tae hyung yang baru terjaga dari tidurnya. 3 jam mereka berada disitu bersama. Tae hyung cuba memutarkan kembali ingatannya sewaktu mereka sampai ketaman itu. Ji hyo memakai perfume yang diberi oleh tae hyung. Mereka duduk melihat keindahan pemandangan dihadapan mereka, tidak sedar bila tae hyung terlena.

"kenapa kau tak kejutkan aku? Lama aku tertidur? " pertama kali tae hyung menujukan soalan demi soalan pada ji hyo. Kim ji hyo tersenyum melihat tae hyung. "kenapa pula aku nak kejutkan kau. Bukan sebab ini ke kau datang jumpa aku. Untuk kau tidur. " kim ji hyo masih dalam mood ingin menyakat tae hyung. Muka tae hyung berubah menjadi merah. Hanya diam mendengar kata kata ji hyo.

"erm. . Maknanya aku ni bidadari tidur kau la kan? " tae hyung terkejut mendengar kata kata ji hyo. "bi. . Bidadari? " ji hyo mengagguk laju kepalanya. "sebab duduk dengan aku kau boleh tidur lena. Waahhh. . Tak sangka aku ada kelebihan tidurkan orang. " hwang tae hyung memandang kim ji hyo dengan jelingan matanya. "jangan nak berangan" tae kwang menolak kepala ji hyo dengan jari telunjuknya lalu bangun dari tempat duduknya. Ji hyo mencapai tangan yang dihulurkan tae hyung kepadanya. Hwang tae hyung menarik tangan ji hyo membantu ji hyo bangun dari tempat duduknya.

"erm. . Terima kasih" hwang tae hyung berjalan beriringan dengan ji hyo sehingga dihadapan pintu pagar rumah ji hyo. "sama sama. " ji hyo tersenyum melihat tae hyung. Muka tae hyung comel selepas bangun dari tidur. Seperti muka yang tidak ada masalah dalam hidupnya. Hilang seketika muka serius yang selalu ditunjukkan oleh hwang tae hyung.

Setelah melihat hwang tae hyung hilang dibalik tembok rumahnya, ji hyo masuk kedalam biliknya tersenyum riang. Tak disangka hari ni menjadi hari yang paling gembira buat dirinya. Melihat tae hyung dari sisi lain. Sisi yang tak dapat dilihat oleh orang lain. Kecomelan tae hyung terserlah bila dia sedang tidur dan bila dia terjaga dari tidur. Digesek matanya dengan muka innocent. Hilang segala muka serius yang ditunjuk hari hari. Kim ji hyo cuba mengingati semula apa yang terjadi petang tadi. Tiba tiba dia tersenyum gembira. "eh! Sekejap! Kenapa aku nak gembira sangat bila fikirkan hwang tae hyung? " ji hyo menyoal dirinya sendiri. Jawapan yang tak dapat diungkap dengan kata kata.

Sampai dirumah tae hyung memikirkan sesuatu. "kenapa bila ji hyo pakai perfume itu, aku. . .  terus terlena.. bila spray dibantal tak lena pula. Spray di dirinya sendiri tidak berkesan juga. " banyak persoalan yang bermain di firkiran tae hyung. " betulkah apa yang dikatakan oleh ji hyo tadi. Dia. . Bidadari. . Aku? ? "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience