~But it has to be you then I can live~

Romance Completed 3131

Seorang senior perempuan sedang berdiri dihadapan tae hyung di tepi padang sekolah ketika itu. Cha jae hee seorang senior yang dikenali sebagai princess sekolah itu. Anak orang kaya yang dimanja dengan harta. Semua yang disukainya pasti akan menjadi miliknya.

"hwang tae hyung. . Sedap nama awak. Kena dengan muka awak yang handsome. Saya nak awak jadi boyfriend saya. " senior cha jae hee terpikat pada hwang tae hyung sejak dia melihat tae hyung bertanding dalam pertandingan basketball sekolah tempoh hari. Cha jae hee dengan yakin akan menjadikan hwang tae hyung sebagai miliknya.

Mendengar kata kata senior itu, hwang tae hyung terus berjalan meninggalkan cha jae hee dan kawan kawannya disitu. Cha jae hee terkejut dengan tindakan hwang tae hyung yang berlalu pergi begitu sahaja tanpa menghiraukan kata katanya. "tak guna! Tak pernah ada orang yang menolak permintaan aku tau! Aku akan pastikan dia menjadi milik aku! " cha jae hee rasa tercabar dengan tindakan hwang tae hyung.

Hwang tae hyung masuk ke kelas dan duduk di tempat duduknya sambil mendengar lagu di headphone. Kim ji hyo di sebelahnya hanya menulis mengulangkaji pelajaran. Melihat ji hyo yang kusyuk memandang buku itu, hwang tae hyung meletakkan kepalanya diatas meja dan memandang kearah ji hyo. Sesekali hwang tae hyung tersenyum melihat ji hyo. 'entah apa yang aku rasakan saat ni yang pasti aku gembira dia ada disini. ' hwang tae hyung berkata dalam hati.

Ji hyo perasan dirinya diperhatikan. Ji hyo mendekatkan mukanya kearah tae hyung. "kenapa pandang aku macam tu? Rindu? " ji hyo mengusik hwang tae hyung dan menyambung semula ulang kajinya. Hwang tae hyung tersenyum lebar mendengar kata kata ji hyo. ' haah. . Rindu. . . Kau dah ada dekat sebelah aku tapi aku tetap rindu. . ' kata kata hanya dalam hati. Tidak ada kekuatan untuk diluahkan lagi pada ji hyo.

Yuri berpusing memandang kebelakang. "korang. . Apa kata esok kita keluar tengok wayang nak? Jomla. . Keluar sama sama. Esok kan cuti. " yuri mengharapkan jawapan positif dari kawan kawan nya. " jom. . Jomm. . . Aku on! " seperti biasa ji hyo pasti akan mengikut cadangan yuri. "aku ok. " tae joon memberikan jawapannya. Semua mata memandang hwang tae hyung. "ok" .  Satu jawapan dari hwang tae hyung mengembirakan ji hyo dan yuri. Hwang tae hyung dan park tae joon tersenyum melihat gelagat ji hyo dan yuri.

Hari sudah menjelang petang. Kerana esok hari cuti, semua pelajar dikelas atmosphere mengemas kelas bersama sama.hanya tae hyung sahaja yang masih tidak berganjak dari tempat duduknya.  Tiba tiba satu group perempuan senior masuk kekelas mereka dari pintu belakang. Semua pelajar dikelas itu berhenti dari mengemas dan memandang group yang berada dihadapan tae hyung.

"ya hwang tae hyung. Saya nak awak jadi boyfriend saya. Saya tak boleh terima dengan tindakan awak tadi tapi tak apa. Sebab saya pasti awak akan menjadi milik saya. So ini dia, for you" cha jae hee meletakkan coklat mahal diatas meja dihadapan hwang tae hyung. Hwang tae hyung bangun dan memandang kearah cha jae hee yang sedang tersenyum senyum padanya. Hwang tae hyung memegang coklat yang diberikan oleh cha jae hee. Melihat coklat berada ditangan tae hyung, cha jae hee fikir dirinya diterima oleh tae hyung.'dasar lelaki  semuanya sama sahaja. Akhirnya pasti akan tertunduk pada aku' Senyumannya melebar.

"erm. . Boleh tolong tak? "hwang tae hyung tersenyum pada cha jae hee.

"sure. . Anything for you. " jae hee rasa dirinya sudah mendapatkan hwang tae hyung sebagai boyfriendnya.

"tolong tepi sikit."
Hwang tae hyung memberi semula coklat itu pada cha jae hee. Cha jae hee seakan terkejut melihat hwang tae hyung menyerahkan coklat padanya dengan pandangan yang tajam.

"sorry. . Aku sukakan orang lain. So excuse me" hwang tae hyung mengalas begnya dan mengambil beg sekolah ji hyo dan berjalan menuju kearah ji hyo. Ji hyo yang dari tadi melihat kejadian itu, terkejut dengan tindakan hwang tae hyung. "jom balik. " hwang tae hyung menarik tangan ji hyo dengan sengaja mengenggam tangan ji hyo. Semua pelajar di kelas itu gelak melihat cha jae hee yang direject oleh lelaki untuk pertama kalinya. Bukan semua lelaki menyukainya tetapi kerana kekayaan dan pengaruh ayahnya, ramai yang menunduk pada cha jae hee. Yuri memandang tae joon dan mereka tersenyum sesama sendiri memahami tindakan hwang tae hyung.

Didalam bas hwang tae hyung dan ji hyo duduk bersebelahan. Ji hyo tidak berani berkata apa apa memandangkan hwang tae hyung yang diam dari tadi. "ji hyo. . Aku nak tidur" ji hyo tersenyum mendengar permintaan hwang tae hyung. Ji hyo menepuk bahunya menyuruh hwang tae hyung meletakkan kepala dibahunya. Seperti biasa kerana ketinggian hwang tae hyung. Dia terpaksa kebawah sedikit untuk meletakkan kepalanya dibahu ji hyo. Hwang tae hyung menutup matanya. Kerana tak ramai penumpang pada waktu itu, keadaan dalam bas menjadi sunyi. Ji hyo memandang keluar tingkap. Hujan mula turun membasahi bumi pada waktu itu.

Ji hyo teringat jawapan yang diberikan oleh hwang tae hyung pada cha jae hee tadi. " sorry. . Aku sukakan orang lain. . So excuse me" ji hyo tertanya tanya siapa yang hwang tae hyung suka. Tiba tiba tangan tae hyung mengenggam tangan ji hyo. Ji hyo terkaku seketika. Matanya tak lepas memandang kearah tangan mereka. Hwang tae hyung masih menutupkan matanya sambil mengenggam erat tangan ji hyo. Jantung ji hyo berdegup laju. DIbiarkan saja tangan nya berada dalam genggaman tae hyung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience