Chapter 2

Humor Completed 21868

Bab 2

Kad yang sudah dikeluarkan daripada mesin diselitkan semula ke tempat asal. Amy keluar semula dari klinik. Dia memarkirkan skuternya ke tempat parkir kenderaan lalu mengunci skuter yang berwarna pink itu.

Takut dicuri orang pula. Kalau tak dicuri, tentu ada pesakit yang bising sebab motor itu diparkir betul-betul di hadapan laluan klinik. Susah untuk pesakit yang menghadapi kes kecemasan nanti.

“Dah macam lipas kudung akak tengok Amy hari ni.

Berlari ke sana sini. Lambat bangun ke?” komen Mun yang asyik memerhati gelagat Amy dari ruang kaunter klinik.
Longlai Amy berjalan ke kaunter. Masih penat. Penat menyorong motor menuju ke klinik. Nak harapkan mekanik, lagi lambatlah dia tiba nanti. Nak tak nak, dia laratkan juga tenaga untuk menyorong motornya itu. Dia memang takkan tinggalkan motor skuternya itu di tepi jalan.

Ansuran motor masih belum habis dibayar. Kalau hilang, memang putih mata!

“Tayar motor Amy boleh pula pancit, kak Mun. Sabar ajelah.Amy sorong motor dua puluh minit. Punyalah penat. Itu yang lambat tu. Menggigil dah kaki Amy ni. Dah tak rasa apa dah… Rasa lenguh aje,” rungut Amy.

Bukan kaki sahaja terasa penat, kepala pun macam berpusing ligat. Macam nak muntah pun ada juga.

“La, tayar motor pancit? Kenapa sorong motor?
Kenapa tak call abang Amy? Call akak ke… Akak boleh datang.” “Akak nak datang? Habis, kaunter klinik siapa pula nak jaga? Nanti doktor bising kalau akak keluar macam tu aje. Nak call abang , dia tentu sibuk kerja.”

“Alah, beritahu aje yang Amy ada masalah. Takkan dia tak faham? Lagipun Doktor Iwan belum masuk lagilah.”

Dahlia memandang Amy yang tekun membelek botol ubat di kaunter.

“Doktor Iwan tak masuk lagi?” Juliana menggeleng perlahan.

“Dah dua hari rasanya dia tak masuk klinik,” ucap Amy sambil mengusap dagunya. Merasakan ada tali yang terikat di dagu, Mun mengucap besar. Helmet masih belum dibuka! Astaghfirullah… Maknanya aku keluar masuk klinik dengan helmet di kepala? Berbual dengan Mun begitu rancak begini dengan helmet di kepala? Hebat!

“Akak! Kenapa tak cakap yang Amy tak buka helmet lagi? Malunya…” bising Amy. Dia menyalahkan orang lain padahal dia sendiri yang terlupa untuk membuka helmet. Patutlah kepalanya terasa berat semacam!

“Manalah akak tahu. Akak ingatkan Amy nak keluar semula. Ada hal dekat luar.” Polos Mun menjawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience