Chapter 7

Romantic Comedy Completed 22080

Bab 7

Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Kelibat kak Munirah masih lagi tidak kelihatan. Kenapa dia taidak sampai lagi?

Kak mun tak pernah lewat! Selalu memang akulah muka orang datang lambat di kinik ni pun. Kalau ada hal pun mesti akak Mun akan inform aku dari malam tadi.

Telefon bimbitku berbunyi. Satu mesej diterima. Oh, ia nya dari kak Munirah. Mesti ada perkara penting berlaku kepadanya. Selalu dia tidak pernah lewat. Waktu begini dia sudah datang. Tidak sabar rasanya untuk menekan punat telefon untuk membaca mesej darinya.

“Amy, kepala akak pening dari malam tadi. Akak tak datang kerja hari ni. Akak dah inform doctor. Amy seorang lah hari ni ya.”

Oh, nasib baik tiada perkara buruk berlaku kepadanya. Bukan apa, Kak mun adalah insan yang paling aku sayang. Dia seorang ibu tungal mempunyai seorang anak. Aku begitu kagum dengan dia. Bagaimana dia membesarkan anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami di sini. Suaminya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya 5 tahun yang lalu.

“Oh, okay akak. Patutlah akak tak sampai lagi. Amy ada belikan makanan untuk akak. Hurm, terpaksalah Amy makan sorang kedua-duanya. Akak jaga diri ya,” balas aku.

Dalam hati aku terdetik, apa perlu aku lakukan dengan makanan kak Munn i? takkan aku nak habiskan keduanya sekali. Makan sebungkus sahaja sudah mengenyangkan. Ah, membazir. Satu mesej diterima lagi dari kak Mun.

“Bagilah pada Doktor Iwan.hihi.”

Tergelak kecil aku membaca mesej nakal kak Mun itu. Dalam hati ku terdetik juga. Apa salahnya aku bagi padanya. Lagipun aku tak mahu membazir.

Okay, akan aku bagi nasi bungkus ini kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience