Chapter 1

Romantic Comedy Completed 22080

Sebungkus Nasi Dagang Untuk Dia

Bab 1

“Mati aku hari ni!”

Amy menyorong motor skuternya sehingga berhenti di hadapan Klinik Anis. Dengan helmet masih tersarung di kepala, Amy berlari masuk ke dalam klinik.

Sempat lagi matanya mengamati beberapa pesakit yang sedang menunggu giliran. Dia yang berjalan melepasi pesakit hanya menguntumkan senyuman manis buat mereka yang sabar menanti giliran. Memang waktu pagi merupakan waktu sibuk di klinik ini. Adakalanya sehingga mereka terpaksa beratur panjang.

“Come on..come on..please…” omel Amy di hadapan mesin perakam waktu. Punch card di tangan dimasukkan ke dalam mesin tersebut. Tit…

Warna merah yang tercatat di kad tersebut mampu membuatkan Amy mengeluh berat. Mahu dihancurkan sahaja mesin perakam waktu yang melekat di dinding itu. Arghh lambat lagi…

Tak bertimbang rasa langsung! Dia bukan sengaja mahu lambat. Semuanya gara-gara skuternya buat hal ketika menuju ke sini. Boleh pula skuternya pancit secara tiba-tiba di tepi jalan.

Bukan nak bagi amaran dulu! Tak pasal-pasal dia terpaksa menyorong skuter sampai ke klinik. Sekadar lambat dua minit pun nak berkira. Takkan nak sorong skuternya sambil berlari? Boleh buasir nanti!

Hari ini merupakan hari yang menyedihkan buatku. Lepas satu-satu masalah yang datang ,menimpa. Tiba-tiba kedenganran lagu ‘Bad Day’ di telinga ku. Oh, memang hari ini hari ‘Bad’ aku.

Ada orang kata kalau terdengar lagu ini cepat tukar kepada lagu lain. Nanti ia ibarat sumpahan. Oh, aku harus fikirkan lagu lain.

“I wanna be a billionaire, lalallaa…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience