Chapter 6

Humor Completed 21868

Bab 6

Hari ini sekali lagi aku lewat ke klinik. Kelihatan kelibat Doktor Iwan sedang parking keretanya di luar sudut klinik.

Oh, aku harus bertanya kan hal semalam. Agaknya apalah yang ingin disampai kan dotor kepada aku. Mungkin ada hal penting? Sehingga dia snaggup menelefon telefon bimbit ku.

Atau mungkin dia sememangnya suka pada aku? Oh, jangan berangan please! Tapi kalau betul apa salahnya. Aku memang suka lelaki macma doctor Iwan tu. Dahlah muda.

Baru berumur 28 tahun tapi sudah ada klinik sendiri. Kereta sendiri. Plus, muka dia sangat hensem! Memang ciri-ciri lelaki idaman aku. Oh yeah.

Sudahlah Amy, jangan berangan kuat sangat. Nanti kau jugak yang terduduksedih. Lelaki macam doctor tu mesti sudah ada teman wanitanya sendiri. Perempuan mana yang akan tolak lelaki macam tu? Come on!

“Hi Amy, awal sampai?” tegur Doktor Iwan.

“Oh, selamat pagi doctor, ya awal sikit sebab saya keluar awa,” jawabku ringkas.

Doktor Iwan berlalu dengan senyuman yang manis. Memang manis. Aku cair. Siapa sahaja tidak cair dengan senyuman berlesung pipit itu.

Yang sebenarnya aku awal kerana ingin membeli makanan di kedai CIk Kiah. Kali ini aku pulak yang ingin belikan makanan untuk kak Mun. Dia memang baik. Jadi aku harus membalasnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience