Chapter 5

Humor Completed 21868

Bab 5

“Oh, ya… Akak terlupa pula.”

Munirah menelan kunyahan nasi yang berada di dalam mulut. Kemudian dia melihat Amy yang begitu tekun menikmati makanan. Memang lapar betul! Langsung tak toleh ke kiri dan ke kanan.

“Amy dengar tak?” soal Mun. Bahu gadis itu disentuh lembut.

“Ya. Amy dengar. Cakaplah.”

“Tadi Doktor Iwan call phone Amy. Akak jawabkan. Katanya dia ada benda nak cakap dengan Amy.”

Kunyahan nasi di mulut Amy mula perlahan. Apa pula yang Doktor Iwan mahu? Ada perkara mustahak yang mahu dibincangkan ke? Tak pernah pula Doktor menelefon dirinya dan mengatakan ada perkara yang hendak dibincangkan. Inilah kali pertama.

“Pasal apa?”

Munirah mengangkat bahu.

“Itu dia tak beritahu pula. Dia nak cakap dengan Amy . Amy tak ada, dia tak cakap apa-apa dekat akak. Tapi, dia kata nanti dia call Amy balik.”

Malas Amy mahu ambil pusing. Dia menyambung menikmati makanannya semula. Tak dinafikan hatinya resah dengan perkara yang mahu dibincangkan oleh Doktor Iwan. Tipu jika dia tidak melalut memikirkan perkara yang bukan-bukan.

Jangan fikir yang bukan-bukan, Amy! Tak ada maknanya lelaki macam Doktor I wan tu nak dekat kau.
Silap-silap, isu kecil aje yang dia cuba nak sampaikan.

Kau aje yang berangan lebih! Ada hati dengan Doktor Iwan konon… Huh! getus hati kecil Amy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience