Chapter 8

Romantic Comedy Completed 22080

Bab 8

Pintu itu aku ketuk perlahan. Tidak mahu mengganggunya. Mungkin dia sedang sibuk menyiapkan laporannya.

“Masuk, Amy”

Dengan segera aku mengatur langkah kecil sambil membawa bugkusan makanan kepadanya.

“Doktor ini ada makanan saya belikan untuk doctor. Eh, bukan untuk doc, tapi saya belikan untuk akak Mun, dia pulak tidak sihat hari ini. Jadi saya tidak mahu membazir. Saya berikan pada doc ya. Bila-bila doctor mahu, makanlah.”

“oh, apa itu?”

“Nasi dagang doctor”, jawabku.

“Sedap! Okay, nanti saya makan ya. Terima kasih Amy.”

“Okay Doc. Sama-sama,” sambil meletakkan bungkusan makanan di atas mejanya.

Berbunga-bunga hati kecilku kerana dia menerima makanan yang aku belikan dengan baik. Aduh, memang sudah gila bayang aku ni. Lupakan dia Amy. Kembalilah ke dunia yang nyata. Dia ibarat langit dan kau hanyalah mahluk kecil di bumi. Tidak setaraf. Tidak standing. Lupakan sahaja dia.

“Amy!”

Langkahku terhenti tatkala suara itu memanggil namaku.

“Ya, Doc?”

“ Kalau sudi awak makanlah sekali dengan saya tengah hari ini,” ujar Doktor Iwan sambil tersenyum manis.

“Oh, bo..boleh doctor,”jawabku pantas!

Ya tanpa berfikir dua kali atau tiga kali atau empat kali. Memang aku tak berfikir. Oh, apa yang telah aku lakukan. Buat pertama kali aku akan makan bersama doctor. Selalu dia hanya belanjan kami makan tapi tidak makan bersama.

Tapi kali ini dia mengajakku makan bersama! Terus aku berlalu pergi dari biliknya sambil mengukir senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience