Bab 4
Akhirnya Amy muncul setelah hampir lima minit dia menunggu. Dia menarik nafas lega. Lambat betul gadis itu! “Akak Mun, jom. Lia dah lapar ni.” Amy yang baru muncul di kaunter terus mengusap-usap perutnya.
“Amy okey ke? Muka pucat aje?” soal Munirah. Dia mula berdiri merapati gadis berumur 25 tahun itu.
“Okey.Amy okeylah.”
“Akak dah belikan nasi untuk Amy. Kita makan dekat sini ajelah.”
“Memang terbaiklah, Kak Mun. Amydah lapar gila ni.”
Masing-masing mengambil tempat di kerusi.
Mereka makan di kaunter klinik. Amy terus membuka nasi bungkus yang berada di hadapan mata. Lauk ayam masak kari bersama sayur kacang botor kelihatan begitu menyelerakan. Sebelum tangannya menyentuh nasi,Amy mencapai beg galas yang berada di bawah kaunter.
Dompetnya dikeluarkan dan sehelai not sepuluh ringgit dihulurkan kepada Munirah.
“Nah, kak Mun bayar duit nasi Amy ni.”
Munirah yang baru membasahkan tekak dengan air sirap limau terus menggeleng.
“Makanlah. Akak belanja.”Amy berkerut memandang Munirah. Selalu benar dia bersikap begini. Terlalu pemurah sedangkan wanita itu turut memerlukan duit. Bukannya duit jatuh dari langit pun. “Jangan nak mengada-ada. Ambil duit ni, Kak Mun .”
“Kan akak cakap dengan Lia, akak belanja Lia hari ni.”
“Dalam minggu ni aje akak dah belanja Amy makan dua kali. Kalau termasuk hari ni, dah tiga kali. Lauk memang best. Kalau belanja makan nasi dengan telur masin taklah rasa segan nak terima. Ini lauk ayam pula tu. Seganlah, Lia.
"Ambillah, kak. Kalau akak tak ambil, Amy tak nak makan. Lia pergi beli makanan dekat luar.”
Munirah mengambil duit yang dihulurkan kepadanya. Baru sahaja dia mahu mencapai beg tangannya yang di letak di kaunter, Amy terlebih dahulu bersuara.
“Tak payah nak bagi duit bakinya, Kak Mun.”
Munirah tersenyum kecil. Duit yang berada di tangan terus dimasukkan ke dalam poket seluar. Macam tahu-tahu saja yang dia mahu memulangkan duit lebih. Kemudian mereka terus menikmati makanan. Takut waktu rehat mereka berakhir pula.
Share this novel