Chapter 3

Humor Completed 21868

Bab 3

Amy meletakkan helmet dan beg galasnya di bawah kaunter. Kemudian dia membetulkan tudung bawal yang terasa seperti senget sahaja. Setelah puas betulkan tudung, dia mula bertugas seperti biasa.

Amy akui dia masih belum mahir lagi dalam bidang perubatan. Dia masih memerlukan banyak pengalaman sebelum berjaya menjadi jururawat yang lebih bertauliah. Lagipun dia sekadar lepasan diploma dan baru sahaja bekerja di klinik ini selama lima bulan.

Munirah meletakkan nasi bungkus yang baru sahaja dibeli di restoran yang berada di hadapan klinik. Nasi bungkus untuk Amy juga dibeli sama. Memang rutin mereka silih berganti. Adakalanya Amy yang membeli makanan buat mereka dan sebaliknya juga buat Dahlia. Bergantung kepada kesibukan
tugasan mereka.

“Lambatnya Lia ni…” Munirah menyentuh polystyrene di hadapannya. Perutnya sudah berbunyi-bunyi.
Sudah bergendang kuat. Jam di dinding menunjukkan pukul dua petang. Hampir setengah jam dia menunggu Amy.

Gadis itu masih belum keluar dari bilik rawatan padahal tak ada pesakit di dalam klinik. Takkan Amy masih sibuk?
Bunyi deringan telefon bimbit mengejutkan Munirah. Dia mula tercari-cari dari mana datangnya bunyi deringan itu. Hendak dikatakan datang dari pesakit, klinik baru sahaja ditutup sementara waktu rehat. Mana ada orang di dalam klinik melainkan Amy dan dirinya. Doktor dan pekerja lain juga sudah keluar berehat. Lagipun bunyi deringan begitu dekat dengan kaunter. Bukan deringan yang datang dari telefon bimbitnya. Barangkali milik…

“Siapa call ni?” Amy mengambil telefon bimbit yang berada di dalam beg galas milik Amy. Takut panggilan kecemasan pula. Mana tahu datang dari keluarga Amy dan ada hal penting yang mahu disampaikan?

“Doktor Iwan?” Juliana pantas menyentuh skrin telefon bimbit. Dia menjawab panggilan daripada pemilik klinik ini. Tentu ada hal penting yang mahu dipesan kepada Amy. Tetapi kenapa Doktor Iwan tidak menelefon klinik saja?

“Assalamualaikum…” sahut Mun.

“Waalaikumussalam. Amy, awak ada dekat klinik ke?” soal Doktor Iwan dari hujung talian.

“Doktor , Amy tengah busy. Saya Mun.Saya jawabkan panggilan telefon dia. Doktor ada apa-apa nak pesan ke? Saya boleh maklumkan dekat Amy.”

“Saya ada hal sikit nak cakap dengan Amy. Ingat dia keluar pergi lunch. It’s okay. Nanti saya telefon dia balik.”
“Baik, doktor. Assalamualaikum.” Sempat Mun mendengar Ridzwan menjawab salam sebelum menutup panggilan telefon. Entah kenapa Iwan tidak masuk ke klinik?

Dahlah tak tinggalkan notis. Baru hari ini Mun mendengar khabar daripada Iwan sendiri. Itupun sekadar mahu berbincang dengan Amy. Tentu ada perkara yang hendak disampaikan. Tetapi kenapa dia maklumkan kepada Amy saja? Mun pantas menggeleng untuk mengelak daripada berfikir yang bukan-bukan.

Kemudian dia meletakkan semula telefon bimbi Amy ke dalam beg galas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience