BAB 7

Romance Completed 809

Kelas yang dilalui oleh Nurani dirasakan begitu membosankan sekali.
Baginya sekarang, semua perkara dirasakannya tidak penting kecuali
menunggu masa untuk berjumpa Cikgu Uthman . Namun begitu, dia tetap cuba
sedaya upaya untuk menumpukan perhatian di dalam kelas walaupun hatinya
meruntun kegelisahan.

Pada masa yang sama, dia juga terfikir-fikir, siapakah pelajar yang
mencadangkan lagu ‘Sungai Lui’ untuk ditujukan kepadanya tempohari.
Tentu dia boleh sahaja bertanyakan rakan karibnya Fizzah tentang perkara
itu. Fizzah tahu semua perkara tentang sekolah mereka. Fizzah tahu
siapakah pelajar yang diminati Nora, penolong ketua pelajar mereka, dan
Fizzah tahu pada pukul berapakah Cikgu Rahim curi-curi keluar kawasan
sekolah untuk hisap rokok. Jadi apatah lagi perkara kecil seperti nama
pemain gitar band sekolah mereka. Dia yakin Fizzah tahu itu.

Tetapi masalah utamanya ialah, walaupun Fizzah adalah seorang yang serba
tahu, Fizzah juga terkenal dengan mulutnya yang becok. Jadi untuk
bertanyakan Fizzah tentang pelajar itu adalah seperti membuat pengumuman
meyatakan cintanya pada pemain gitar sekolah pada semua orang. Ya,
begitulah kehebatan mulut Fizzah yang tidak dapat ditandingi mana-mana
pelajar.

Jadi dia mengambil langkah untuk mendiamkan diri. Sesekali dia akan
menjeling ke arah Haikal yang berada di hujung kelas sambil termenung.
Kadang-kadang ingin sekali dia mengenali pelajar misteri itu. Dia tidak
banyak berkata-kata membuatkannya tidak berapa dikenali oleh
pelajar-pelajar namun Nurani sangat tertarik pada peribadinya yang
dirasakannya begitu dingin sekali di luarnya tetapi hangat dan ramah di
dalam. Mungkin suatu hari nanti dia akan memberanikan diri untuk menegur
Haikal, fikirnya.

Ketika loceng menandakan waktu rehat telah bermula pagi itu, Nurani masih
lagi cuba menyiapkan jawapan terakhir menyebabkan dia ditinggalkan
rakan-rakannya untuk ke kantin.

“Tunggulah dulu,” katanya sambil mengemas-ngemas mejanya sebelum
bergegas menuju pintu kelas dengan tergopoh-gapah. Dia tidak melihat
siapa di depannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience