BAB 1

Romance Completed 809

"Aku benci hidup aku! Aku benci sekolah! Aku benci Cikgu Dania ! Aku benci
Cikgu Uthman ! Aku benci semua orang!” Jika kata-kata itu dizahirkannya
sudah tentu semua orang akan tahu perasaannya selama ini. Tetapi
hakikatnya, suara itu hanyalah satu gema yang menyakitkan di dalam hatinya.

Nurani mengetap bibirnya setelah melihat apa yang berlaku tadi. Cikgu
Dania seolah-olah tahu apa yang bermain di dalam hatinya dan Cikgu Dania
seolah-olah sengaja mencetuskan kemarahannya.

“Jika cikgu ingin membuat saya marah, tahniah cikgu. Cikgu sudah
berjaya. Malangnya marah saya sentiasa diiringi air mata. Apalah sangat
marah saya yang tidak seberapa berbanding kesedihan yang tidak
tertanggung ini…” hanya hatinya yang mampu meratap sebelum dia mengambil
keputusan untuk beredar dari situ.

Tanpa menoleh lagi, dia terus berlari-lari anak sambil mengesat air
matanya yang berjurai. Dia memilih untuk merentas padang sekolah menuju
rimbunan pohon rhu di hujung pagar. Di situlah tempat dia selalu
bersendiri apabila hatinya dilanda keresahan. Seluar sukan hitamnya mula
kelihatan berbintik putih apabila bebunga kemuncup mulai hinggap. Dari
jauh kedengaran band sekolah mereka sayup-sayup membawa lagu ‘Sungai
Lui’ dan itu hanya menambahkan sebak di hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience