BAB 3

Romance Completed 809

Nurani mula mengesat air matanya tetapi dia yakin, dia tidak dapat
menyembunyikan matanya yang sembap dan pipinya yang masih lembap.
Setelah menarik nafas panjang dan cuba berbunyi senormal yang mungkin,
dia mula membuka mulutnya.

“Saya rasa tidak sedap badan.” Pendek sahaja jawapannya tetapi dia
pastikan matanya tidak bertentangan dengan Cikgu Uthman .

Cikgu Uthman tersenyum lembut. Dia mengeluarkan sekeping sapu tangan
putih dari kocek seluarnya dan dan cuba mengesat sisa air mata di pipi
Nurani yang masih berbaki. Melihat reaksi Nurani yang mengelak
daripadanya, Cikgu Uthman terus memberikan sapu tangannya lantas
disambut oleh anak gadis 17 tahun itu.

“Tadi saya tengok kamu baik-baik sahaja? Adakah kerana apa yang
dilakukan oleh Cikgu Dania tadi?” tebak Cikgu Uthman .

Nurani memilih untuk diam. Dia tahu yang guru itu sudah maklum tentang
keadaannya. Dia tidak perlu meneka. Dan soalan itu seolah sengaja
menayangkan kembali aksi mereka berdua sebentar tadi.

“Kami memang akan berkahwin pada hujung tahun ini, Nurani ,” sambung Cikgu
Uthman .

Esiya hanya mengetap bibirnya sambil cuba menahan air matanya yang
bertakung kembali mengalir. Hakikatnya dia terlalu lemah untuk
menanggung kesedihan ini seorang diri. Dedaun rhu yang yang seperti
jarum itu seolah-olah menusuk terus ke dalam hatinya, tajam dan menikam.

“Jadi saya harap kamu dapat maafkan kelakuan Cikgu Dania dan saya tadi.”

Antara sebak dan sendu, Nurani menggagahkan dirinya untuk bersuara. “Jadi
pengumuman tadi juga dirancang oleh cikgu?”

“Saya tidak tahu berkenaan hal tadi. Saya sedang memberi latihan kepada
band sekolah kita ketika dipanggil oleh Cikgu Dania untuk turun ke padang.”

“Tentu cikgu seronok, bukan? Dapat berpakat dengan Cikgu Dania untuk
menyakitkan hati saya?” Nurani tidak dapat menahan lagi air matanya.
Seperti empangan yang menunggu masa untuk pecah, begitulah jua dengan
air matanya yang tidak berhenti mengalir. Kenapalah hati ini begitu
rapuh? Kenapalah perasaan ini begitu lemah? Nurani tidak peduli lagi
untuk mengesat air matanya. Biarlah dia mengalir. Biarlah Cikgu Uthman
tahu. Biarlah semua orang tahu.

“Kamu jangan fikir yang bukan-bukan, Nurani . Saya tidak akan melakukan
sesuatu untuk menyakiti hati kamu. Saya hairan juga pada mulanya kenapa
Cikgu Dania beria-ria ingin mengumumkan pertunangan kami pada sesi
latihan olahraga petang ini. Sekarang barulah saya tahu kenapa…”

“Kenapa?” soal Nurani pantas.

“Kerana dia cemburukan kamu.”

“Cemburukan saya?”

Cikgu Uthman mengangguk-anggukkan kepalanya dan bibirnya tidak lekang
dari melontarkan senyuman mesra. “Mugkin kamu tidak berniat untuk
mempamerkan perasaan kamu, tetapi sebenarnya Cikgu Dania dapat merasakan
yang kamu menyukai cikgu. Kelakar, bukan?”

Nurani seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Adakah surat
tanpa nama yang ditulis olehnya sudah dapat dikesan penulisnya oleh
Cikgu Uthman dan Cikgu Uthman membeDania hu perkara itu pada Cikgu Dania ?
Ah, kalau perkara itu benar, tentu memalukan sekali. Surat itu
mengandungi segala luahan hatinya kepada Cikgu Uthman dan walaupun surat
itu tidak bernama, dia rasa puas kerana dapat menulis sesuatu kepada
guru kesayangannya itu.

Cikgu Uthman menyambung. “Dia pernah memberitahu saya tentang hal ini
dan saya sudah tentu tidak mempercayainya. Tetapi apabila melihat kamu
lari tadi, barulah saya tahu yang kata-kata Cikgu Dania itu ada benarnya.
Saya rasa sebenarnya kamu keliru, Nurani .”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience