BAB 4

Romance Completed 809

Muka Nurani dirasakan panas sekali. Dia menundukkan mukanya dan cuba
berlindung di balik pohon rhu di situ. Jadi adakah perhatiannya selama
ini kepada Cikgu Kamal dapat dihidu oleh semua orang? Malunya dia hanya
dia yang tahu.

Setelah agak lama membatukan diri, akhirnya Nurani mula berani bersuara.
“Saya tidak keliru, cikgu.”

Cikgu Uthman kelihatan terkejut. “Maksud kamu?”

“Cikgu Dania tidak salah. Saya memang menyukai cikgu.”

Dia tidak tahu dari mana datangnya keberanian yang meresapinya sekarang
tetapi mulutnya lancar sekali menucapkan kata-kata keramat itu. Dia juga
tidak tahu samada Cikgu Uthman sudah tahu yang dialah penulis surat
cinta itu tempohari tetapi sekarang dia sudah tidak kisah lagi.

“Cinta? Jadi benarlah apa yang dikatakan oleh Cikgu Dania .” Cikgu Uthman
merenung wajah mulus anak gadis itu. Nurani hanya mengangguk perlahan.

Cikgu Uthman nampaknya tidak kaget malah kelihatan tenang sahaja
seolah-olah semua ini sudah dapat diagaknya. Dia menyambung, “Kamu tahu,
Nurani , saya sebenarnya tujukan lagu ‘Sungai Lui’ yang dimainkan oleh
kumpulan muzik sekolah kita kepada kamu.”

“Untuk saya?” soal Nurani pantas.

“Ya, untuk kamu. Selepas apa yang dibeDania hu oleh Cikgu Dania kepada
saya, saya fikir lagu itu sangat sesuai untuk kamu. Lagu itu dicadangkan
oleh pemain gitar sekolah kita. Dia seorang yang berbakat tetapi pendiam.”

Nurani cuba mengingati siapakah pemain gitar sekolah mereka tetapi tiada
satu pun yang berjaya diingatinya. Biasanya hanya penyanyi utama yang
menjadi tumpuan pelajar sekolah jika ada persembahan ketika hari guru.
Dia cuba berfikir lagi tetapi Cikgu Uthman terus bersuara.

“Perjalanan hidup kamu masih panjang lagi Nurani . Nikmati zaman remaja
kamu sebaiknya. Pelbagai perkara dalam hidup ini yang boleh dinikmati
selain cinta monyet yang tidak menjanjikan apa-apa. Terlalu luas dunia
ini untuk ditempuhi kamu. Kenapa mesti dihadkan pengembaraan kamu
kepada perasaan cinta yang sebentar cuma? Waktu remaja adalah waktu
yang tepat untuk memupuk persahabatan, minat, hobi…
err.. tentu kamu mempunyai sesuatu hobi atau kegemaran?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience